Katil COVID-19 Hospital Tawau hampir penuh
20:05 May 06, 2021  |  By SabahKini2
Katil COVID-19 Hospital Tawau hampir penuh

Sebelum ini Dr. G. Navindran sahkan jangkitan Covid-19 di Tawau kerana majlis sosial. Kini Timbalan Pengarah Hospital Tawau Dr Azman pula sahkan katil Covid-19 cecah 90 peratus penggunaannya.

Kapasiti 150 buah katil untuk pesakit COVID-19 di Hospital Tawau hampir penuh dan penggunaannya ditahap maksima berikutan kenaikan kadar jangkitan di daerah ini sejak beberapa bulan lalu.

Kini Timbalan Pengarah Hospital Tawau, Dr Azman Ibrahim pula mengesahkan kebimbangan kapasiti Hospital Tawau yang katanya ramai pesakit COVID-19 memerlukan bantuan pernafasan berbanding Oktober tahun lalu semasa Hospital Medan dibuka di sini.

“Bilik Unit Rawatan Rapi (ICU) memang hampir penuh, penggunaannya sekarang sudah mencecah 90 peratus.

Bagaimanapun, pihak hospital sudah mengubah suai sedikit wad lain untuk dijadikan seperti bilik ICU bagi menampung pesakit sekiranya terdapat keperluan mendesak,”katanya

Katanya, setelah bilik ICU sudah penuh, kami akan menempatkan mereka di tingkat dua dan empat sebab kami sudah siapkan empat katil untuk ICU di setiap tingkat tersebut.

Dr Azman berkata, sekiranya keadaan semakin membimbangkan dan hospital tidak dapat menampung pesakit COVID-19, pihaknya akan mencadangkan untuk pembukaan semula Hospital Medan.

“Pada masa ini, kami sangat berjaga-jaga, jika semua ini berlaku, pihak hospital akan memaklumkan kepada pihak kerajaan melalui saluran tertentu untuk pembukaan semula Hospital Medan,”katanya

Majlis Sosial punca merebak Covid-19 di Tawau

Sebelum ini pada 29 April, Pengarah Kesihatan Kawasan Tawau, Dr. G. Navindran mengesahkan semua perkara berlaku hari ini akibat kelonggaran mengadakan majlis sosial sebelum ini.

[ARTIKEL BERKAITAN- Majlis sosial punca Covid-19 Tawau merebak, wad, pusat kuarantin hampir penuh- Dr G Navindran ]

Majlis sosial punca Covid-19 Tawau merebak, wad, pusat kuarantin hampir penuh- Dr G Navindran

“Kita mendapati ramai yang dijangkiti wabak ini disebabkan mereka menghadiri majlis-majlis perkahwinan, kenduri dan majlis sosial.

“Sebulan yang lalu, kluster-kluster yang dikesan juga berpunca daripada majlis sosial dan telah merebak di kebanyakan kawasan di daerah ini,”katanya.

Kenyataan Dr. G. Navindran mengenai pelanggaran SOP majlis sosial dan pihak berkuasa bukan suka-suka mahu mengadakan PKPD di beberapa kawasan di Tawau mendapat kecaman daripada netizen Tawau.

“Saya menyeru kepada semua masyarakat Tawau supaya jangan ingkar SOP, kita juga boleh bebas daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti daerah lain sekiranya semua memberikan kerjasama,”katanya.

 

Comment