Lebih 2000 kes sehari, Dr Dzulkefly Ketua Task Force Covid-19 Selangor mengaku gagal lagi?
12:05 May 14, 2021  |  By SabahKini2
Lebih 2000 kes sehari, Dr Dzulkefly Ketua Task Force Covid-19 Selangor mengaku gagal lagi?

Dr Dzulkefly beri amaran. Namun lupa beliau Ketua Task Force Covid-19 dan MB Selangor gagal tangani Covid-19. Lebih 2000 kes sehari. Berjuta dibelanja. Cadangan MB Selangor PKP 6 Daerah pun gagal dipatuhi menyebabkan PKP satu negara terpaksa dibuat.

Apabila bekas menteri kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad membuka mulut sahaja mesti beliau nampak bodoh dan seakan-akan menembak diri sendiri.

Soalan yang sepatutnya ditanya apa Dr Dzulkefly buat di Selangor selaku Ketua Task Force Covid-19 Selangor buat sehingga negeri di bawah pemerintahan PH itu kekal juara kes harian tertinggi di negara ini sejak 20 April sehingga 4 Mei?

Dr Dzukefli kata PKP Gagal? Ketika PKP 1 kerana kegagalan PN jangan lupa langkah itu Kerajaan PN berjaya mencatatkan hanya 1 kes Covid-19 harian (Kes Import) dalam ertikata 'Kosong' bagi warganegara.

Jangan lupa ketika PKP2.0 Selangor berhadapan 3285 kes sehari. Apa Ketua Task Force Covid-19 Selangor buat?

Terbaru pada 12 Mei 2021 ketika 4,765 kes, Selangor mencatatkan kes tertinggi 2,082 kes. Dalam tempoh dua minggu bulan Mei kes Selangor mencatatkan lebih 1000 hingga 1500 kes sehari. Apa sudah jadi?

Sebelum pelaksanaan PKP seluruh negara Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob mengumumkan enam daerah di Selangor dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di daerah ini bermula 6 ke 17 Mei.

Perkara itu dipersetujui sendiri oleh Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari dan MKN Selangor selepas membentangkan cadangan kepada (Majlis Keselamatan Negara) MKN untuk melaksanakan PKP," Kata Ismail Sabri.

MB Selangor yang bentang, rakyat marah Kerajaan PN

PKP kali ini tetap membenarkan kegiatan ekonomi di semua daerah di Selangor. Sekalipun data Kementerian Kesihatan jelas menunjukkan insiden tertinggi akibat COVID-19 berpunca daripada sektor perkilangan (48.06 peratus), komuniti (12.5 peratus), kawasan pembinaan (11.56 peratus), manakala pusat beli belah dan kawasan kedai hanya (4.78 peratus) kegiatan ekonomi di Selangor tetap diberikan keutamaan.

Semua tahu kilang di Selangor seperti Top Glove merekodkan lebih 7000 kes namun terus dibenarkan beroperasi mengikut SOP ditetapkan oleh kerajaan. 

 

 

Persoalannya bukankah Dr Dzulkefly Ketua Task Force Covid-19 Selangor yang menasihatkan MB Selangor untuk pelaksanaan PKP Selangor? Jika Dr Dzulkefly tahu perkilangan di Selangor sebagai punca terbesar kepada kes Selangor mengapa beliau selaku Ketua Task Force Covid-19 Selangor tidak mengesyorkan kepada MB menutup kilang saja?

Atau Dr Dzulkefli dan MB Selangor masih sedar jika sektor ekonomi ditutup secara total rakyat pasti lebih susah. Jika kerajaan negeri Selangor benarkan kilang ditutup ekonomi Selangor pasti cepat melingkup!

Oleh itu amaran Dr Dzulkefly hanyalah gimik semata. Cakap tak serupa bikin.  Beliau sepatutnya memulakan strategi baru yang beliau maksudkan di Selangor itu.

Jika Dr Dzulkefly bersetuju dengan peranan sistem amaran awal kluster Covid-19 menerusi “Hotspot Identification For Dynamic Engagement” (HIDE) beliau jangan lupa data HIDE yang didedahkan baru-baru ini banyak menunjukkan premis yang disenaraikan dalam HIDE adalah dari Negeri Selangor. Penutupan premis yang disenaraikan dalam HIDE 3 hari pun pemilik premis dah meroyan. Inikan penutup total lebih lama. 

Apakah strategi baru yang dimaksudjan Dr Dzulkefli itu mahu menutup sektor perkilangan atau premis pasaraya di Negeri Selangor yang direkodkan dalam HIDE itu?

Dr Dzulkefli mahu kerajaan pusat mengakui kegagalan sendiri dengan mengambil tindakan sama kononnya rakyat Selangor “terus dizalimi”. Bukankah Selangor sendiri gagal dengan kes harian tertinggi melebih 2000 kes sehari dan mengapa Dr Dzulkefli tidak mengaku kegagalan mereka? Cukup sekadar PKP 6 Daerah cadangan MB dan Task Force Covid-19 Selangor saja dah cukup sakit melaksanakannya. 

Jika diikutkan cadangan KKM kepada MKN ialah PKP sepenuhnya. Tetapi sanggup ke semua untuk bertahan seperti PKP 1.0?

Dr Dzulkefli sendiri mengaku keberkesanan PKP. Beliau juga setuju sektor ekonomi di Selangor dibuka. Jadi apa beliau mahu lagi?

“PKP memang berkesan dan boleh menurunkan angka jangkitan, tetapi kesannya sangat parah untuk ekonomi dan kehidupan rakyat, khususnya golongan yang tidak makan gaji seperti berniaga dan sebagainya.”

PKP 2.0 tidak gagal, kes harian berjaya diturunkan kepada 1000 sehari malah di Negeri Sabah yang teruk kerana Covid-19 Pilihanraya Negeri Sabah pun berjaya menurunkan kes sehingga ke tahap dua angka. Negeri Sabah menetapkan SOP tersendiri serta melarang rentas negeri dan daerah. Sabah berjaya dari sebuah negeri terteruk kes kepada paling hijau di negara ini!.

Tan Sri Dr Noor Hisham Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia sendiri mengakui langkah Kerajaan Sabah dan JKNS melaksanakan tugas mereka.

[ARTIKEL BERKAITAN- (VIDEO) Tangani Covid-19, negeri lain perlu belajar dari Sabah- KP Kesihatan ]

Sabah berjaya bendung penularan kes

Di kala Seluruh Semenanjung melaksanakan PKP 3.0 di hari raya, Kerajaan Sabah pula mengumumkan mereka berada di PKPB. Rakyat Sabah boleh berhari raya seperti biasa dengan SOP ditetapkan dan larangan rentas daerah dikekalkan.

[ARTIKEL BERKAITAN- Sabah tidak laksana PKP seperti Semenanjung, SOP sedia ada kekal kata Masidi ]

Sabah tidak laksana PKP seperti Semenanjung, SOP sedia ada kekal kata Masidi

PKP 3.0 jika tidak dilaksanakan tentu Selangor dan negeri-negeri di Semenanjung lebih teruk boleh mencecah 10,000 kes setiap hari di musim perayaan. Ditambah lagi pada 31 Mei ini terdapat perayaan Pesta Keamatan dan 1 Jun Pesta Gawai sudah tentu PKP 3.0 diperlukan di Sabah dan Sarawak.

Dr Dzulkefli menggelarkan pelaksanaan PKP 3.0 sebagai cara “cara mudah” untuk membendung penularan Covid-19 tetapi kaedah paling mudah PKP Larangan Rentas 6 Daerah di Selangor pun mereka payah nak ikutkan! Bermacam-macam alasan. Jika Negeri Sabah boleh mengurangkan kes dengan cara ini mengapa Selangor tidak?

PKP 6 Daerah pun macam-macam songeh alasan tak mahu ikut. Konon menyusahkan.
Negeri Sabah buat 6 Zon Daerah berjaya sekat penularan

Kena terima hakikat selagi semua sektor ekonomi dibuka dan terdapat pergerakan rakyat tidak mungkin penyebaran total kes Covid-19 dapat diputuskan secara mutlak. Kes tetap berlaku sebagai mana Kerajaan berjaya melaksana PKP1.0 dan PKP2.0.

Apa yang dilakukan oleh Datuk Seri Dr Adham Baba Menteri Kesihatan dan Kerajaan PN sekarang melaksanakan PKP3.0 adalah langkah tepat membendung pandemik Covid-19 yang mungkin merebak ketika perayaan Hari Raya Aidilfitri. Nyawa rakyat lebih utama.

Kegagalan Projek 'Kroni' Selangkah!

Dzulkefly juga menggesa kerajaan dan Kementerian Kesihatan (KKM) perlu memperkasakan strategi “finding” (kenal pasti), “tracing” (kesan), “testing” (ujian), “isolation” (kuarantin) dan “support” (sokongan) atau FTTIS seperti dituntut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tetapi beliau yang melaksanakan projek Selangkah Selangor gagal.

Dr Dzulkefly mahu sistem amaran awal kluster Covid-19 menerusi “Hotspot Identification For Dynamic Engagement” (HIDE) data daripada MySejahtera Kementerian Kesihatan Malaysia itu perlu diperluaskan. Dr Dzulkefli sedar sistem 'tracing' Selangkah Selangor tu nampak telah dibakulsampahkan. Buang Wang Rakyat lebih RM3 juta kepada syarikat Dr Dhesi pegawai khas kroni Dr Dzulkefly tetapi hampeh!. Akhirnya semua data MySejahtera digunakan.

Anak Syarikat Kerajaan Negeri Selangor Selgate dan kroni Dr Dzulkefly terus untung kerana lebih banyak projek saringan Covid-19 dibuat maka lebih untunglah mereka. 

Sebenarnya Selangor lebih suka jika kes terus meningkat 'business' terus berjalan. Wang perlu dibelanjakan.

[ARTIKEL BERKAITAN- 3285 kes sehari, Dr Dzulkefly Ketua Pasukan Khas Covid-19 Selangor gagal tapi untung dapat projek jutaan ringgit dana negeri ]

3285 kes sehari, Dr Dzulkefly  Ketua Pasukan Khas Covid-19 Selangor gagal tapi untung dapat projek jutaan ringgit dana negeri

Kini dilaporkan Dr Dhesi berada di MDEC. Habislah MDEC untuk kroni saja

 

3 Comments