Sumbangan 'Scam' : KM Pulau Pinang mohon maaf, Lim Guan Eng terkena 'kepala otak dia'
00:05 May 23, 2021  |  By SabahKini2
Sumbangan 'Scam' : KM Pulau Pinang mohon maaf, Lim Guan Eng terkena 'kepala otak dia'

KM Pulau Pinang dan Lim Guan Eng sebelum ini sengaja cetuskan isu sumbangan vaksin. Namun kantoi Yong Chee Kong Pengarah Urusan Xintai Development Enterprise Ltd adalah 'scam'. Selepas disiasat polis KM Pulau Pinang minta maaf

GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow memohon maaf berhubung kontroversi sumbangan dua juta dos vaksin COVID-19 dari sebuah syarikat ‘scam’ Hong Kong baru-baru ini.

Chow berkata, matlamat utama kerajaan negeri adalah mendapatkan bekalan vaksin Covid-19 dalam kadar segera memandangkan peningkatan kes yang mendadak.

Bagaimanapun, katanya, tawaran sumbangan dua juta dos vaksin Covid-19 kepada Pulau Pinang menjadi satu kontroversi yang menyimpang daripada tujuan asal kerajaan negeri yang sebelum ini melalui sidang media bersama Lim Guan Eng memaki kerajaan PN dengan perkataan ‘ Kepala Otak Dia’.  

"Perkara ini dilihat sebagai suatu perkembangan yang amat malang. Adalah ditegaskan bahawa bukan menjadi hasrat kerajaan negeri untuk berperang mulut dengan mana-mana pihak termasuk kerajaan Persekutuan.

"Oleh itu, saya mengambil kesempatan untuk memohon maaf kerana tercetusnya kontroversi ini dan berharap kita akan meneruskan segala usaha dalam menghadapi cabaran pandemik COVID-19 seterusnya demi kebaikan seluruh rakyat di negara ini

“Memandangkan menteri Khairy Jamaluddin telah mendakwa bahawa sumbangan tersebut adalah ‘scam’ dan laporan polis telah dibuat terhadap isu tersebut.

“Saya bagi pihak kerajaan negeri Pulau Pinang berjanji akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa,” katanya dalam sebuah kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, jelas beliau, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) Pulau Pinang yang bermesyuarat kelmarin memutuskan untuk menggunakan dana kerajaan negeri bagi membeli vaksin tambahan untuk dihantar segera selain yang bakal dibekalkan kerajaan Persekutuan.

"Bagi tujuan itu, saya menghantar surat kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi pada hari ini untuk mendapatkan kebenaran pembelian vaksin secara terus daripada syarikat pembekal yang diluluskan kerajaan Persekutuan dalam negara atau secara langsung daripada syarikat pengeluar vaksin.

"Saya berharap kerajaan Persekutuan akan memberi maklum balas positif terhadap permohonan berkaitan, "katanya.

Pada Selasa lalu, Pulau Pinang meminta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi kelulusan menerima sumbangan dua juta dos vaksin COVID-19 selepas permohonan pertama mereka ditolak.

Bagaimanapun, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin dalam sidang media mengesahkan derma dua juta dos vaksin oleh syarikat Xintai Development Enterprise Ltd berpangkalan di Hong Kong kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah tawaran palsu.

Berdasarkan siasatan dan carian yang dilakukan pihaknya, Khairy dilaporkan berkata, syarikat Xintai Development Enterprise Ltd tidak wujud dan telah membuat laporan polis berkaitan isu berkenaan.

Terdapat banyak keraguan terhadap surat Yong Chee Kong yang dihantar secara peribadi kepada Ketua Menteri Pulau Pinang beralamatkan rumah di Kota Kinabalu dan bukannya kepala surat syarikat Xintai Development Enterprise Ltd.

[ARTIKEL BERKAITAN- Kantoi syarikat tipu Yong Chee Kong 'Scam' kata 'Bos' Hong Kong dia yang derma! ]

Kantoi syarikat tipu Yong Chee Kong 'Scam' kata  'Bos' Hong Kong dia yang derma!

Selepas kantoi dilaporkan Yong Chee Kong menukar pengakuannya bahawa  bukan dirinya sebagai penderma tetapi ‘bosnya’ di Hong Kong.

Yong Chee Kong dilaporkan telah disiasat dan diambil keterangan oleh Polis Sabah semalam. Namun tidak dinyatakan sama ada Yong Chee Kong direman atau ditahan.

[ARTIKEL BERKAITAN- Polis Sabah siasat Yong Chee Kong syarikat 'scam' Hong Kong ]

Polis Sabah siasat Yong Chee Kong syarikat 'scam' Hong Kong

Sementara itu, Kon Yeow yang juga Pengerusi DAP Pulau Pinang memaklumkan, satu laporan polis telah dibuat berhubung dakwaan parti DAP yang membantu menulis surat untuk Yong Chee Kong Pengarah Urusan Xintai Development Enterprise Ltd bagi mendapatkan sumbangan vaksin COVID-19.

Lim Guan Eng bersedia minta maaf

Lim Guan Eng Setiausaha Agung DAP yang menggunakan kata kesat sebelum ini turut menyatakan kesediaan meminta maaf berhubung dakwaan kerajaan Pulau Pinang ditipu oleh syarikat ‘scam’ Hong Kong menawarkan sumbangan vaksinasi kepada negeri itu

Lim Guan Eng bagaimanapun berdolak-dalik dengan isu itu dengan berkata sama ada syarikat itu ‘scam’ atau benar adalah tidak penting. Kerajaan pusat katanya perlu segera membenarkan negeri itu mendapatkan bekalan vaksin sendiri.

“Sekiranya apa yang dikatakan oleh Khairy benar, maka saya bersedia meminta maaf.

“Sama ada syarikat itu wujud atau tidak adalah perkara kedua,” katanya

 

1 Comment