Hina Rela: Polis sudah ambil keterangan Shafie Apdal
05:01 Jan 24, 2018  |  By SabahKini2
Hina Rela: Polis sudah ambil keterangan Shafie Apdal

Polis telah membuka kertas siasatan dan mengambil keterangan Shafie Apdal termasuk penganjur

SHAH ALAM - Polis sudah merakam percakapan terhadap Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Shafie Apdal yang didakwa mempersoalkan kredibiliti dan memperlekeh peranan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

"Kita telah merakam percakapan beliau (Shafie) beberapa hari lalu. Selain itu, kita juga akan mengambil keterangan daripada pihak penganjur sebelum kertas siasatan dihantar ke Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi.

Baru-baru ini Shafie mempersoalkan kredibiliti dan memperlekeh peranan anggota Rela yang ditugaskan di Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esszone).

Menerusi video berdurasi 21 saat yang telah tular, Shafie ketika berucap dalam Program Bicara Presiden Warisan di Tuaran mempertikaikan tindakan menempatkan anggota Rela yang tidak mahir dalam mengendalikan senjata di Esszone.

16 Januari lalu, Rela dalam satu kenyataannya menyatakan kekesalannya dengan kenyataan  Shafie.

Rela berpendapat kenyataan Shafie adalah mengelirukan terutamanya kepada masyarakat Sabah dan ia adalah satu penghinaan kepada 3.05 juta ahli Rela di seluruh negara.

Bagaimanapun Shafie bertegas tidak akan meminta maaf terhadap Rela kerana kenyataannya terkandung dalam Akta 752 (Akta Pasukan Sukarelawan Malaysia 2012) dan bukannya menghina.

Shafie tidak mahu menerima hakikat betapa perana Rela sudah dinaik taraf kepada Jabatan Rela sejak 2013 dan punya peruntukan tahunan sehingga RM250 juta pada tahun 2018.

Sementara itu Polis Sabah sudah membuka kertas siasatan berhubung kenyataan Pengerusi Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang didakwa menghina anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din, mengesahkan perkara tersebut.

 

 

2 Comments