Laporan Ketua Audit Negara buktikan MOF Sabah laksana senggaraan Jalan PBT, JKR laksana jalan seliaan JKR!
14:06 Jun 03, 2021  |  By SabahKini2
Laporan Ketua Audit Negara buktikan MOF Sabah laksana senggaraan Jalan PBT,  JKR laksana jalan seliaan JKR!

Siapa kata MOF Sabah tidak pernah laksana Senggaraan Jalan Negeri? Laporan Ketua Audit Negara buktikan MOF Sabah laksana Jalan PBT dan JKR laksana jalan Seliaan JKR. MOF hanya ambil alih selepas kegagalan Cawangan Pemeliharaan Jalanraya JKR.

Sabahkini2 telah mendedahkan punca sebenar pengambil alihan semula kerja penyenggaraan jalan kepada Kementerian Kewangan Sabah  kerana kelemahan dan ketirisan di Bahagian Cawangan Pemeliharaan Jalanraya yang diketuai oleh Ir. CHONG KOK HOWE @ MAX sebagai Ketua Penolong Pengarah yang menguruskan semua projek Senggaraan jalan di Sabah.

Fokus utama masalah paling besar ialah 'mark up' harga konsesi yang terlalu tinggi sehingga 40 kali ganda di zaman Datuk Peter Anthony sebagai Menteri Pembangunan Infrasruktur. Malah sekalipun kerja-kerja senggaraan jalan tidak dibuat berdasarkan bukti 300 ribu gambar yang diambil diserah kepada JKR dan SPRM. Pegawai JKR Max Chong Kok Howe itu tetap membuat bayaran kepada konsesi kroni Datuk Peter Anthony.

Situasi di JKR tidak dapat dikawal sehingga menyebabkan kerugian ratusan juta  kepada kerajaan setiap tahun.

Akhirnya konsesi kroni Peter Anthony seperti AK Kontraktor Sdn Bhd (RM 325 Juta), Borneo Nabalu Builders Sdn Bhd (RM 500 juta), AK Setia Bina Sdn Bhd (RM400 juta) dan Sinaran Mewah (RM325 juta) telah ditamatkan pada 28 April lalu.

Arahan SPRM 2016? Pekeliling Arahan Perbendaharan 182.1?

Benarkah terdapat arahan daripada SPRM mengarahkan kerja senggaraan jalan negeri yang dulunya diuruskan MOF kepada JKR? Jika ada pekeliling mana membuktikan arahan itu dan apa kuasa SPRM mengarahkannya? Dari mana Pegawai JKR mendapat maklumat dan arahan ini? Menurut sumber SPRM tidak ada arahan seumpama ini. Jika sekalipun ada ia hanya cadangan ia tidak bermakna arahan mandatori.

Jika dikatakan tahun itu ada ketirisan apa beza tahun 2016 dengan 2020 dan tahun 2021 projek senggara jalan negeri juga penuh dengan ketirisan?

Mengenai arahan Pekeliling atau Arahan Perbendaharan 182.1, MOF sedar tentang mendapatkan khidmat perkhidmatan Jabatan Teknikal namun sudah pasti atas pertimbangan tertentu perubahan dari semasa ke semasa boleh berlaku. Ia sama seperti juga projek pembangunan dan senggaraan Kementerian dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Ada yang dilaksanakan kementerian, nasihat JKR serta dilaksanakan oleh JKR.

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA TAHUN 2014  SIRI 3- PENYENGGARAAN JALAN NEGERI OLEH SYARIKAT KONSESI

Asas kepada isu yang diperdebatkan ialah merujuk Jalan Negeri. Berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara tahun 2014 jelas disebutkan Penyenggaraan Jalan Negeri oleh syarikat konsesi yang dilantik kerajaan negeri.

Jalan Negeri merupakan mana-mana jalan awam, selain daripada Jalan Persekutuan yang diwartakan mengikut Akta Jalan Persekutuan 1959, yang boleh dilalui oleh orang ramai. Jalan-jalan ini perlu disenggarakan secara berterusan dan teratur bagi memastikan kualiti jalan berada dalam keadaan baik dan selamat digunakan oleh orang awam.

Seperti yang disebut sebelum ini Jalan Negeri adalah jalan yang layak mendapat pemberian geran jalan tahunan daripada Kerajaan Persekutuan seperti yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 109(1)(b), Jadual 10, bahagian 11,3b. Pemberian tersebut diperakaunkan dalam satu akaun kumpulan wang amanah khusus untuk tujuan ini iaitu Kumpulan Wang Amanah Jalan-jalan Raya Dan Jambatan-jambatan (Pengendalian Dan Penyenggaraan) yang  dikawal oleh Kementerian Kewangan Negeri.

Kumpulan wang ini digunakan untuk menampung perbelanjaan kerja-kerja penyenggaraan jalan Negeri termasuk jalan-jalan Negeri yang terletak di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Sebagai contoh pada tahun 2012, 2013 dan 2014, Kerajaan Persekutuan telah menyalurkan pemberian tersebut kepada Kerajaan Negeri masing-masing berjumlah RM427.43 juta, RM507.77 juta dan RM542.92 juta. Kerajaan Negeri juga memperuntukkan sejumlah RM130 juta, RM35 juta dan RM30 juta masing-masing pada tahun 2012, 2013 dan 2014 untuk menambah dana kumpulan wang ini.

Jalan Negeri terbahagi kepada dua iaitu ;

  1. Jalan Negeri di kawasan PBT yang dikawal selia oleh Kementerian Kewangan Negeri Sabah (Sebelum ini)
  2. Jalan Negeri yang dikawal selia oleh JKR seperti SRT1, SRT2 dan SRT3

Ini data tahun 2014. Untuk tahun 2019 hingga 2021 sudah tentu berbeza. 

Apa yang berlaku sekarang ialah MOF mahu mengambil semula tugas sebelum ini bahawa Jalan Negeri di Kawasan PBT diuruskan oleh MOF Sabah tidak mencampuri urusan Jalan Negeri diuruskan JKR. Bermakna Jalan Seliaan JKR sedia ada tidak pernah diganggu dan diteruskan oleh JKR seperti biasa. Menuduh menarik balik kuasa JKR secara total dalam penyenggaraan jalan Negeri adalah tidak TEPAT. 

Pelantikan Konsesi Jalan Negeri Seliaan JKR dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

Bagi jalan-jalan JKR, JKR telah melantik Syarikat GLOBINACO Sdn. Bhd. Satu lagi ialah WKW Eramaju Sdn. Bhd   Ini dibawah pemantauan dan seliaan JKR sepenuhnya. Sabahkini2 pernah mendedahkan status dua syarikat ini sehingga diambil aih oleh kroni Peter Anthony untuk menyambung nyawa mereka. Harga konsesi mereka juga mahal setiap PerKM tetapi Globinaco dan WKW teruskan walaupun di zaman Warisan berkuasa. Siapa tidak kenal Michael Chin taukeh rumah urut terkenal di Sabah? tiada siapa boleh membuang Globinaco.

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2018, Siri 2, dikeluarkan April 2020 membuktikan pengurusan penyelenggaraan jalan berturap di Sabah oleh konsesi atau kontraktor penyelenggaraan Globinaco dan WKW adalah kurang cekap dan tidak mencapai objektif penyelenggaraan jalan yang ditetapkan sepenuhnya.

Laporan itu menyebut berdasarkan Road Condition Index pada 2018,55.3 peratus jalan berturap negeri berada di bawah skala 3 (sederhana) dan skala 4 (teruk) yang memerlukan penyelenggaraan berkala, manakala 4.5 peratus berada di bawah skala 5 (jalan tidak boleh disenggara) yang memerlukan kerja pembinaan semula.

Pengurusan penyelenggaraan jalan berturap Sabah adalah di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri. Kelemahan ini adalah jelas dari pemantauan JKR serta kelemahan konsesi yang dilantik. Lebih teruk peruntukan penyenggaraan tidak diberi secukupnya sedangkan penyenggaraan dan pembaikan mempunyai kos yang tinggi. Globinaco Sdn. Bhd (611943-X) dan WKW Eramaju Sdn. Bhd 1000264-A gagal melaksanakan tanggungjawab mereka.

Tempoh konsesi bagi jalan JKR adalah 15 tahun. MOF Sabah tidak pun menganggu atau menamatkan konsesi Globinaco Sdn. Bhd  dan WKW Eramaju Sdn. Bhd ini dari zaman pemerintahan BN, Warisan Plus hinggalah GRS sekarang. 

Jika mahu membaca lebih lanjut Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2018, Siri 2 boleh baca di sini;

 

Jalan PBT

Manakala jalan PBT, Kementerian Kewangan Negeri Sabah sebelum ini telah melantik Pembinaan Kekal Mewah Sdn. Bhd. (Konsesi) secara rundingan terus untuk melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan jalan menggunakan kaedah program kerja bagi jalan JKR dan performance based bagi jalan di kawasan PBT. Pihak Konsesi bertanggungjawab merancang dan melaksanakan sendiri kerja-kerja penyenggaraan yang perlu dilaksanakan supaya matlamat Kerajaan Negeri untuk memastikan kualiti jalan berada dalam kedaan baik dan selamat digunakan tercapai. Bagi jalan PBT, pihak Konsesi melantik Juruperunding yang telah dipersetujui oleh Kementerian Kewangan Negeri untuk menyelia kerja-kerja penyenggaraan dan mengesahkan tuntutan pembayaran.

Jalan PBT ini  tempoh konsesi adalah selama 10 tahun bermula daripada tahun 2002 hingga 2012 dan dilanjutkan 15 tahun lagi bermula tahun 2013 hingga 2027. 

Dan di zaman Warisan memasukkan 4 kroni utama Peter iaitu AK Kontraktor Sdn Bhd (RM 325 Juta), Borneo Nabalu Builders Sdn Bhd (RM 500 juta), AK Setia Bina Sdn Bhd (RM400 juta) dan Sinaran Mewah (RM325 juta) sebagaimana yang didedahkan sebelum ini selama 5 tahun dengan 'mark up' PerKM' yang melampau. 

[ARTIKEL BERKAITAN- Dalang Pegawai JKR Skandal RM1.5B Punca MOF Sabah ambil alih projek selenggaraan jalan? ]

Kontrak ini 5 tahun mencecah RM1.5 bilion

Bagi jalan PBT  sebelum ini memang Unit Khas Pemantauan Projek Kementerian Kewangan (UKP) yang diketuai oleh Pengarah Projek (Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Negeri, Bahagian Pembangunan) dipertanggungjawabkan untuk memantau kerja-kerja penyenggaraan yang dilaksanakan oleh Konsesi secara random dan pematuhan Konsesi terhadap syarat dan spesfikasi kontrak manakala di peringkat daerah, pemantauan dibuat oleh Wakil Pengarah Projek (WPP), iaitu Jurutera PBT yang dilantik mengikut mengikut zon.

Oleh itu di mana salahnya MOF mahu menggunakan semula cara yang lama sebagaimana dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara tahun 2014. Tak ada isu pun? Sila BACA LAPORAN PENUH KETUA AUDIT NEGARA 2014 KETIKA ITU pembahagian jelas antara MOF Sabah dan JKR.

Tak ada pun MOF dan JKR bergaduh peranan ketika itu.

Tak kan Pegawai JKR Bahagian Cawangan Pemeliharaan Jalanraya tidak menjelaskan hal sebenar tahun-tahun itu? atau Tak mungkin Pengarah JKR yang baharu sekarang tidak mengetahuinya? Pengarah JKR sekarang orang lama. Pegawai mesti menerangkan hal sebenar bukan menyembunyikannya sehingga menyebabkan kekeliruan.

Kerana sangat  jelas Bagi Jalan Seliaan JKR, Jabatan Kerja Raya Negeri Sabah lah selaku wakil dan Juruaudit kontrak  bagi pihak Kerajaan bertanggungjawab memantau pematuhan Konsesi terhadap kehendak kontrak.

Apa yang berlaku sekarang MOF Sabah mahu membetulkan segala ketirisan Pegawai JKR Bahagian Cawangan Pemeliharaan Jalanraya yang sebelum ini diperalatkan oleh Datuk Peter Anthony untuk meminta kerja penyenggaraan Jalan-jalan  PBT - Majlis Perbandaran/Daerah diuruskan oleh JKR. 

Rakyat di kawasan PBT bawah Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah perlukan jalan yang baik. Wang rakyat perlu dibelanjakan dengan betul bukan di 'mark up' melampau, tuntutan bayaran dibayar walaupun kerja tidak dilaksana.  Sama ada konsultan atau pihak PBT melaksanakannya yang penting ialah senggaraan jalan dilaksanakan mengikut KPI yang ditetapkan. Jangan jadi macam apa yang berlaku sekarang di semua jalan PBT.

Mahukah lagi rakyat  Bahagian Cawangan Pemeliharaan Jalanraya yang diketuai oleh Ir. CHONG KOK HOWE @ MAX menguruskannya?

Borneo Nabalu Builders Sdn Bhd - Selenggara Jalan Zon Tawau, Lahad, Datu, Semporna dan Kunak

AK Setia Sdn Bhd- Beaufort, Kuala Penyu Sipitang

                                                AK Setia Bina Sdn Bhd- Konsesi Zon Keningau, Tambunan,Nabawan, Beaufort , Sipitang, Kuala Penyu

 

Projek Sinaran Mewah Sdn Bhd- Selenggara Jalan Zon Tuaran, Kota Belud, Ranau, Kota Marudu, Kudat dan Pitas

 

 

 

 

19 Comments