Ketuai PH: Muhyiddin sahkan Shafie dan Warisan agen PH di Sabah
09:01 Jan 24, 2018  |  By SabahKini2
Ketuai PH: Muhyiddin sahkan Shafie dan Warisan agen PH di Sabah

Jika dulu Shafie berdrama berkeras dikaitkan dengan Mahathir dan PPBM. Hari ini Shafie dan Warisan mengetuai kem PH di Sabah. Dulu anti parti Semenanjung kini Warisan mengetuainya. Apa pandangan rakyat Sabah?

PAKATAN Harapan Sabah bersetuju untuk membenarkan Warisan mengetuai pertempuran di negeri itu, menawarkan parti pembangkang yang baru terbentuk itu dengan 60% bilangan kerusi negeri, sebagai balasan bagi 60% kerusi Parlimen negeri.

Tawaran itu dibuat kepada parti pembangkang hari ini bersama tarikh akhir untuk menyelesaikan rundingan kerusi sebelum akhir bulan, kata Timbalan Pengerusi PH Sabah dan Pengerusi DAP Sabah Stephen Wong.

"Ini adalah yang terbaik mampu kami tawarkan kepada Warisan. Inilah persetujuan PH. Kami mencadangkan 60% kerusi kepada mereka, yang kami anggap sangat adil," katanya.

Persetujuan itu datang susulan mesyuarat panjang antara PH Sabah dan timbalan pengerusi PH kebangsaan merangkap Pengarah Pilihan Raya PH, Muhyiddin Yassin, malam tadi.

Wong, yang berbalah dengan Warisan berhubung kerusi luar bandar dua minggu lalu, dengan nada berdamai mengatakan perkara itu hanya "masalah kecil".

Sabah mempunyai 60 kerusi DUN dan 25 kerusi Parlimen. Proses persempadanan semula yang sedang dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya sekarang akan menambah 13 kerusi negeri baru di Sabah, menjadikan keseluruhannya 73 kerusi.

14 November 2016 Shafie Apdal berkata Parti Warisan Sabah (Warisan) tidak akan bergabung dengan blok pembangkang dari Semenanjung

Shafie Apdal terus bermain dengan penafian Warisan sebagai agen Mahathir dan Parti Pribumi Bersatu (PPBM) di Sabah. Meniup slogan Sabah untuk Sabah kini ‘Sabah Ubah’ dengan sentiment tolak parti dari Semenanjung.

Walaupun sebelum ini dibuktikan beberapa ucapan Tan Sri Muhyiddin dan juga Dr Mahathir yang mengatakan Warisan adalah agen Pakatan di Sabah.

Hari ini rakyat Sabah sendiri melihat Muhyiddin membuktikannya dirinya sebagai ‘Abang Besar’ berunding dengan Warisan Sabah agar menyertai Pakatan Harapan dan menawarkan kerusi terbanyak dalam PH Sabah.

Muhyiddin perlu mengumumkan tarikh akhir untuk mencapai kata sepakat itu berkata, beliau menganggap presiden yang juga pengasas Warisan Shafie Apdal adalah "rakan baik".

"Sebelum akhir bulan ini, mengenai peruntukan kerusi antara parti-parti yang berunding harus dimuktamadkan menurut majlis presiden PH.

Muhyiddin mengaku berhadapan tugas sukar untuk mengubah Kerajaan Persekutuan

"Sabah mungkin pernah berdepan pertukaran kerajaan sebelum ini, tetapi untuk mengubah kerajaan persekutuan bukan satu perkara yang mudah," katanya

Shafie Apdal dan Warisan pastinya akan berhadapan cabaran membuktikan kata-katanya sebelum ini yang anti Semenanjung dengan mengatakan UMNO dan BN berasal dari semenajung. Kini Warisan bergabung dalam PH yang juga berasal dari Semenanjung.

Impian untuk slogan “Sabah Ubah’ mungkin boleh membawa bencana kepada Warisan jika rakyat Sabah menilai bahawa lebih baik kekal dengan Kerajaan BN yang sedia ada telah terbukti membangunkan Negeri Sabah berbanding parti baru pembangkang di Sabah.

Gabungan Sabah (GS) pasti melihat ini sebagai keuntungan politik untuk mereka untuk terus menggunakan slogan "SABAH UNTUK ORANG SABAH". Pengundi atas pagar Sabah pasti melihat perkembangan politik baru ini sebagai satu permainan politik.

"Jika Warisan dilihat pro Semenanjung lebih baik kekal dengan kerajaan sedia ada BN yang berpengalaman memerintah" antara komen netizen dalam media sosial.

2 Comments