3 lagi laporan polis, reman Philip Among kes cabul unduk ngadau disambung
07:06 Jun 08, 2021  |  By SabahKini2
3 lagi laporan polis, reman Philip Among kes cabul unduk ngadau disambung

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata, lanjutan tempoh tahanan reman berkenaan dibuat oleh pasukan siasatan polis mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan.

KOTA KINABALU: Reman Philip Among berhubung kes cabul peserta Unduk Ngadau Kaamatan (UNK) disambung sehingga 9 Jun 2021.

Kes berkenaan yang membabitkan bekas Penyelaras Parlimen Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Putatan turut melibatkan kira-kira tiga laporan polis yang dibuat terhadapnya.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata, lanjutan tempoh tahanan reman berkenaan dibuat oleh pasukan siasatan polis mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan.

Menurutnya, permohonan tahanan reman itu juga bagi membantu siasatan berhubung suspek sebelum tindakan selanjutnya termasuk kemungkinan pendakwaan dilakukan.

“Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan,” katanya

Sebelum ini, polis menahan Philip Among di pejabatnya di Asia City di sini kira-kira jam 1 petang pada 3 Jun lepas.

Philip didakwa mencabul salah seorang peserta UNK 2021 selepas satu laporan polis dibuat terhadapnya pada 21 Mei lepas.

Dalam laporan itu, mangsa mendakwa diraba di bahagian badan termasuk paha, belakang badan, leher serta tangannya dan mangsa turut bertindak menepis perbuatan suspek

Peguam Philip, Marcel Jude sebelum ini membantah pelanjutan reman terhadap anak guamnya berikutan tiada saksi yang melihat kejadian ‘ramas’ itu

[ARTIKEL BERKAITAN- Philip direman 4 hari, peguam bantah kerana tiada saksi lihat kejadian 'ramas' ]

Philip direman 4 hari, peguam bantah kerana tiada saksi lihat  kejadian 'ramas'

 

7 Comments