[VIDEO] Philip seorang pemangsa, “misogynistic” dan “narcissistic” penghina wanita - Dane Kovacs
23:06 Jun 08, 2021  |  By SabahKini2
[VIDEO] Philip seorang pemangsa, “misogynistic” dan  “narcissistic” penghina wanita - Dane Kovacs

Dane Kovacs pekerja Phillip Among di Syarikat Darvel Bay Borneo Holidays Asia City, Kota Kinabalu berkata Philip merupakan pemangsa, kaki cabul DAN “narcissistic” yang suka menghina wanita atau sesiapa sahaja..

Nama saya ialah Dane Kovacs. Saya merupakan seorang warganegara Australia dan saya telah menetap di Sabah sejak tahun 2013. Saya dengan ini merujuk kepada satu rakaman video yang telah saya buat melalui Facebook Live pada 6 Jun 2021 serta satu laporan polis yang telah dibuat oleh seorang peserta pertandingan Unduk Ngadau pada 21 Mei 2021. Saya dengan ini, dengan sesungguhnya dan suci hati ingin mengatakan seperti berikut.



Saya telah bekerja di syarikatnya bernama Darvel Bay Borneo Holidays, di Asia City, Kota Kinabalu, dan majikan saya ialah Phillip Among. Saya telah bekerja disana selama hampir 2 bulan. Saya ditugaskan sebagai Sales and Marketing Manager, akan tetapi skop tugasan saya adalah berdasarkan apa yang diarahkan oleh majikan saya, Philip Among, termasuklah menyediakan gambar dan rakaman video untuk para peserta Pertandingan Unduk Ngadau 2021.

Pada 19 Mei 2021, saya berada di Studio yang terletak di atas Ever Best Bridal di Asia City. Pada masa itu, saya bersama pasukan media saya sedang menyunting video peserta pertandingan Unduk Ngadau. Sekitar jam 3 petang, saya dimaklumkan bahawa saya perlu melakukan satu penggambaran foto dan video bagi seorang peserta Unduk Ngadau, yang telah memakai gaun yang terbaik. Apabila saya mempersoalkan siapakah wanita tersebut dan mengapa kami secara tiba-tiba perlu melakukan penggambaran khas untuk peserta ini, Phillip Among memberitahu saya bahawa dia adalah peserta Pertandingan Unduk Ngadau dari Kota Marudu, Sabah, yang dia taja secara peribadi.

Philip Among menyatakan bahawa kami perlu menyediakan kandungan untuk membantu peserta tersebut dalam pertandingan Unduk Ngadau itu. Semasa saya mengambil gambar peserta tersebut, Philip Among juga turut ada disitu, seperti kebiasaan apabila kami mengambil gambar gadis-gadis yang agak menarik atau penting dimata beliau. Peserta tersebut malu, segan, janggal serta kelihatan tidak selesa dalam penggambaran. Dia menyatakan bahawa dia tidak mempunyai pengalaman dengan pemodelan atau penggambaran sebelum ini, maka saya mula memberi arahan secara lisan untuk beberapa gaya yang berbeza yang boleh dia cuba praktikkan untuk tujuan penggambaran tersebut. Kemudian, secara tiba-tiba, Philip Among berjalan ke arah wanita itu dan tanpa meminta persetujuannya, meletakkan tangannya di beberapa bahagian badan wanita tersebut, dan mengarahkannya untuk membuat beberapa gaya untuk penggambaran. Philip Among juga membuat beberapa kata-kata berbaur lucah dan menjengkelkan termasuklah beberapa kali merujuk kepada wanita tersebut sebagai teman wanitanya semasa sesi penggambaran dan juga selepas ia selesai.

Sepanjang tempoh pekerjaan dan pengalaman peribadi saya dengan Philip Among, saya berpendapat bahawa Philip Among adalah orang yang kasar, “misogynistic” dan “narcissistic” yang suka menghina wanita atau sesiapa sahaja yang dianggapnya lebih rendah atau kekurangan nilai. Philip Among sering mengeluarkan kata-kata yang berbaur lucah, menghina dan menjatuhkan maruah dan sering mengherdik atau “body shaming” pekerjanya sendiri di hadapan kakitangan lain atau bahkan tetamu yang datang ke pejabatnya. Philip Among juga sering membuat mesyuarat kakitangan di mana dia akan menjerit pada semua orang ataupun individu tertentu yang dia rasa tidak mempunyai prestasi yang memberangsangkan, dan berbuat demikian di hadapan kakitangannya yang lain supaya mereka berasa malu. Philip Among juga sering melaungkan nama dan kebiasaannya mengugut kakitangannya dengan hukuman memotong atau menahan gaji mereka jika mereka tidak memenuhi jangkaanya yang terlalu tinggi dan agak tidak munasabah.
 
Philip Among tidak menjaga kebajikan pekerjanya dan mengarahkan mereka bekerja sehingga 12 hingga 14 jam setiap hari, selama tujuh hari seminggu. Terutamanya sepanjang pelaksanaan Unduk Ngadau ini, dimana Philip Among menuntut semua pekerjanya untuk bekerja lebih masa setiap hari, termasuklah cuti umum dan juga hujung minggu. Malah, pekerjanya tidak dibenarkan mengambil cuti untuk apa jua alasan sekalipun. Saya sendiri secara peribadi telah bertemu dengan Philip Among beberapa kali untuk menyatakan ketidakpuasan hati terhadap layanannya kepada pekerja. Saya menjelaskan kepada Philip Among bahawa adalah menyalahi undang-undang untuk menuntut pekerjanya terus bekerja lebih masa, tanpa sebarang rehat dan cuti. Walau bagaimanapun, dia sentiasa mengabaikannya dan menyatakan bahawa jika pekerjanya tidak berpuas hati dengan layanannya, mereka harus cuba memfailkan saman kepadanya dan lihat apa yang akan berlaku.

Saya juga menyatakan ketidakpuasan hati saya kepada Philip Among yang selalu mengamuk secara agresif dan saya memberitahunya bahawa saya tidak bersetuju dengan cara dia menjerit pada semua orang kerana saya percaya semua orang layak untuk menikmati rasa hormat pada tahap asas. Philip Among, bagaimanapun, menuduh saya tidak memahami budaya tempatan dan mendakwa bahawa saya seorang yang kuat mengadu dan juga cerewet. Philip Among berkata bahawa dia mahu mendidik saya untuk menjadi seorang ahli perniagaan yang lebih baik supaya lebih berguna kepadanya dan mendakwa bahawa saya perlu menjadi seperti dia dalam cara saya bercakap dan cara melayan pekerja di bawah pengurusan saya. Philip Among sering memanipulasikan dengan menyatakan bahawa ramai orang sedang mencari pekerjaan dan bahkan beberapa tukang masak dan pembersihnya adalah pemegang ijazah kedoktoran PHD, jadi jika sesiapa tidak menyukai keadaan di syarikatnya, mereka boleh berhenti dan mencuba dan mencari pekerjaan lain. Walau bagaimanapun, berhenti juga bukan pilihan yang terbaik kerana sesiapa yang ingin keluar sebelum kontrak tiga bulan tamat tempoh, mereka diancam untuk didakwa dan apa-apa juga gaji tertunggak akan ditahan. Beliau juga telah mengarahkan pekerjanya untuk bekerja walaupun negara berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan [PKP] yang bermula 1 Jun 2021, walhal beliau mengetahui bahawa perniagaannya tidak dianggap sebagai perkhidmatan perlu.

Philip Among juga sering berbangga dengan saya tentang eksploitasi seksualnya pada masa lalu secara terperinci, walaupun saya tidak pernah mengajak perbualan sedemikian atau bahkan tidak menunjukkan minat untuk mendengar cerita-ceritanya. Philip Among memberitahu saya tentang beberapa situasi di mana dia akan membawa beberapa gadis muda yang didakwanya adalah semua masih dara sekitar umur 18 dan 19 tahun ke bilik hotel atau apartmen dan melakukan hubungan seks dengan mereka berkali-kali sehingga dia merasa bosan.

Philip Among juga menyatakan bahawa dia akan mengadakan majlis yang sama untuk saya jika saya berminat, selepas Unduk Ngadau berakhir. Semasa penggambaran Unduk Ngadau, di kedua-dua tempat iaitu di pejabat/studio Asia City dan juga di Magellan Sutera Harbour Resort, Philip Among berulang kali bertanya soalan kepada saya seperti "Mana satu kau mau?" dan meneruskan mengeluarkan kata-kata berbaur lucah tentang bahagian-bahagian badan yang berbeza bagi setiap peserta, sama ada dia rasa menyenangkan atau sebaliknya.

Philip Among adalah pemangsa yang benar-benar percaya bahawa tidak ada yang salah dengan cara percakapannya atau tindakannya terhadap wanita yang berbaur lucah dan tidak menyenangkan itu, dan beranggapan bahawa sesiapa yang menjadikan percakapan dan tindakannya itu sebagai satu isu adalah orang yang bermasalah. Philip Among tidak pernah mengaku kesilapan atau kesalahannya sendiri dan juga akan merasakan dia adalah mangsa apabila orang bersuara menentangnya.

Oleh itu, saya menyeru kepada semua wanita yang pernah menjadi mangsa kepada tindakan Philip Among untuk bangkit dan mengambil tindakan terhadapnya. Sekarang adalah masa untuk kita berdiri teguh dan bersatu menentang lelaki seperti Philip Among atau mana-mana lelaki dan juga wanita lain, tanpa mengira kedudukan mereka, tahap kuasa yang mereka miliki, atau berapa banyak jumlah wang yang mereka miliki. Kita mesti lantang menyuarakan kepada mereka bahawa apa yang mereka lakukan sama ada ucapan atau tingkah laku sedemikian adalah "SALAH", tidak akan diterima dalam komuniti kita dan ia tidak sepatutnya berlaku lagi. Tindakan tegas perlu diambil untuk menunjukkan bahawa tiada sesiapa pun yang berada di atas undang-undang!

Yang benar,

12 Comments