Menghadap Agong: Tangani COVID-19 lebih utama, Darurat bakal dilanjut disember?
11:06 Jun 09, 2021  |  By SabahKini2
Menghadap Agong: Tangani COVID-19 lebih utama, Darurat bakal dilanjut disember?

Tumpuan hari ini terarah ke Istana Negara berikutan berlangsungnya beberapa siri pertemuan melibatkan wakil pemimpin setiap parti politik bersama Agong. Benarkah tukar kerajaan? Kes Covid-19 makin memuncak. Atau Darurat bakal dilanjutkan disember?

Parlimen tidak bersidang Ketika Darurat dilaksanakan. Semua Pilihanraya kecil kekosongan kerusi DUN dan Parlimen tidak diadakan kerana proklamasi Darurat. Gelombang Covid-19 berlaku lagi memaksa kerajaan melaksanakan PKP3 semula untuk memutuskan rantaian Covid-19 yang kini berada dalam komuniti.

Berbeza dengan PKP 1.0 pandemik Covid-19 masih belum berada dalam komuniti jadi mudah untuk disekat. Covid-19 Malaysia pernah mencatatkan ‘sifar’ kes sehari namun kerana Pilihanraya Negeri Sabah akibat pembubaran DUN oleh Shafie Apdal ia menyumbang kepada Gelombang Ketiga yang akhirnya sebagai permulaan kepada penularan ke seluruh negara.

 
Rakyat Malaysia jangan lupa kunci utama masalah ini

Kini Malaysia sudah pernah mencatatkan kes tertinggi 9,020 kes sehari. Itulah harga kita perlu bayar pada sebuah Pilihanraya. Kerajaan Negeri Sabah sendiri bergelut menangani Covid-19 sebelum kes menurun dua angka dan Selangor kembali dicarta teratas kes Covid-19. Bayangkan jika Pilihanraya kecil seperti Dun Bugaya (Semporna), Parlimen Batu Sapi, Gerik, Adun Melor (Kelantan) dan terbaru  Pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak diadakan. Pastinya kesan lebih buruk. Nasiblah ada Proklamasi Darurat boleh menangguhkan semua itu. 

Kerajaan hari ini terpaksa melaksanakan semula Total Lockdown bagi mengatasi kes Covid-19 di negara ini. 

[ARTIKEL BERKAITAN- 'Total lockdown' bermula 1 hingga 14 jun ]

 


Penghujung Mei sebelum pelaksanaan 'Total Lockdown' 1 Jun kes cecah 9,020 kes. Penyumbang terbesar ialah kegagalan
Kerajaan PH Negeri Selangor

 

Hari ni Kementerian Kesihatan melaporkan status terkini situasi jangkitan COVID-19 di Malaysia bagi tempoh 2 minggu epidemiologi (ME) iaitu ME ke-21 (dari 23-29 Mei 2021) dan ME ke-22 (dari 30 Mei - 5 Jun 2021) penularan jangkitan masih dalam situasi genting walaupun berlaku penurunan kes sejak PKP 3.0 dilaksanakan.

Statistik menunjukkan penurunan jumlah kes positif COVID-19 pada ME ke-22 iaitu sebanyak 1,379 kes (penurunan sebanyak 2.6%) berbanding ME ke-21.  Namun begitu dalam tempoh yang sama, jumlah kes aktif didapati terus meningkat berikutan peningkatan kes yang mendadak pada ME ke-20 dan ME ke-21. Pada awal ME ke-21 (23 Mei 2021), jumlah kes aktif adalah sebanyak 57,022 kes dan pada awal ME ke-22 (30 Mei 2021), ianya meningkat kepada 78,017 kes [peningkatan sebanyak 20,995 kes (37%)]. Meskipun terdapat penurunan 2.6% kes mingguan, namun jumlah kes aktif masih terus meningkat. Pada 8 Jun 2021, jumlah kes aktif COVID-19 yang masih dalam rawatan dan pemerhatian adalah sebanyak 82,797 kes.
 


Pemimpin 'Gila kuasa' rakus tukar kerajaan atau pilihanraya?

Desakan mengadakan Dewan Rakyat hanyalah helah politik bagi pemimpin yang rakus mahu kuasa. Tujuannya mudah sekumpulan yang mahu kuasa ini mahu mengira kerusi parlimen membuktikan Tan Sri Muhyiddin kehilangan majoriti sokongan ahli parlimen. Mereka tahu apa pun berlaku tidak akan menurunkan Muhyiddin tetapi mereka mahu persepsi awam rakyat dibentuk bahawa Muhyiddin perlu berhenti sebagai Perdana Menteri. Mereka mahu PM interim dilantik atau kerajaan ditukar tetapi apakah semudah itu? 

Bagi Pembangkang seperti Anwar Ibrahim mereka pasti tidak berhenti untuk terus mendesak jika boleh dalam keadaan pandemik ini Yang DiPertua Agong mengangkatnya sebagai Perdana Menteri. Anwar sebelum ini sudah melakukan beberapa kali strategi mendakwa istana melantiknya sebagai PM namun terus gagal  hingga kini.

PM dan Pemimpin Parti mengadap Yang Dipertuan Agong

Tumpuan hari ini terarah ke Istana Negara berikutan  berlangsungnya beberapa siri pertemuan melibatkan wakil pemimpin setiap parti politik bersama Agong.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menjadi pemimpin pertama mengadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah di Istana Negara hari ini.

Beliau dilihat memasuki pintu utama Istana Negara diiringi polis pengiring sekitar 7.50 pagi tadi sebelum keluar melalui pintu sama pada 8.55 pagi.

Pastinya Perdana Menteri akan melaporkan semua situasi terkini Langkah kerajaan mengatasi kes Covid-19.  Lebih seminggu pelaksanaan PKP 3 tanda-tanda penurunan kes Covid-19 semakin jelas. Disusuli dengan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di Malaysia yang dilaporkan media semalam mencatat kemajuan memberangsangkan apabila kadar pemberian dos pertama vaksin COVID-19 berbanding populasi Malaysia kini melepasi purata di Asia. 

Perdana Menteri hari ini dilaporkan meneruskan mempengerusikan mesyuarat mingguan Jemaah Menteri pada setiap Rabu seperti kelazimannya.

Sementara itu antara pemimpin parti lain yang dijangka bertemu baginda hari ini termasuk Presiden PKR Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pula dijangka mengadap Agong esok.

Tindakan Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima semua ketua parti politik, termasuk pembangkang, untuk mengadap merupakan tindakan terbaik meredakan desakan Ahli Parlimen yang mahukan pertukaran PM dan Pilihanraya diadakan memilih kerajaan baru.

Dengan kes harian lebih 5000 sehari kes adalah amat tidak waras mengadakan pilihanraya atau menukar kerajaan sekali lagi memandangkan pandemik Covid-19 ini sesiapa saja kerajaan akan menghadapinya.

Kerajaan PH sebelum ini telah gagal melakukannya sehingga ‘kluster tabligh’ menjadi punca terbesar dalam gelombang pertama sehinggalah kerajaan baharu PN mengambil alih kes menurun ke tahap ‘Sifar’.

Apa yang berlaku sekarang adalah kerana gelombang PRN Sabah yang dipersetujui PH dan juga Shafie Apdal melaksanakannya.

Beberapa PKP yang lalu membuktikan PKP memang berjaya menurunkan kes Covid-19. Namun sampai bila semua ini berakhirnya jika selepas kes turun dan sektor ekonomi dibuka kes Covid-19 merebak kembali. Rakyat Malaysia cepat lupa. Bila berjaya kerajaan dipuji bila kes meningkat kerajaan dipersalahkan wal hal rakyat sendiri gagal mematuhi SOP.

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan sedang dilaksana, fasa pertama untuk frontliners telah berjaya dicapai namun fasa kedua sedang berlangsung disusuli fasa ketiga hanya perlu menunggu bekalan vaksin mencukupi dari pengeluar vaksin seperti Pfizer, Sinovac dan Astrazeneca. Semuanya bergantung kepada pembekal vaksin lebih cepat sampai maka lebih cepat program vaksin dilakukan.

Jika hari ini kerajaan mampu melaksanakan program vaksin 80 ribu hingga 150,000 sehari dalam bulan jun dan julai ini kerajaan akan mampu melaksanakan sehingga 300 ribu sehari jika bekalan vaksin sampai. Jika sasaran Imuniti Kelompok 80 peratus dicapai tidak mustahil pengeluar vaksin boleh mengedarkan secara terus kepada negeri dan hospital swasta selepas perjanjian pembekalan vaksin kepada kerajaan dapat ditunaikan terlebih dahulu.

Menurut Menteri KKM Dr Adham Baba lebih 3.6 juta dos vaksin telah diberikan. 

Lanjutkan Darurat?

Oleh itu pertemuan pemimpin politik dengan YDP Agong sebelum perjumpaan Raja-Raja Melayu hanyalah untuk mendengar pandangan semua pihak sebelum membuat keputusan mengenai Darurat yang akan berakhir 1 Ogos ini.

Menurut sumber Darurat akan disambung sehingga 31 Disember 2021 sehingga Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) mencapai tahap 80% imuniti kelompok sebelum PRU ke 15 dan PRN Sarawak boleh diadakan.

Buat masa ini apa yang perlu dilakukan semua pemimpin politik fokus menangani kes Covid-19. Bukan melawan 'geng ada nombor' gila kuasa.

Siapa berkuasa dan jadi kerajaan pun akan mati kerana COVID-19. Jadi selesaikan Covid-19 kemudian kita lawan dalam PRU ke 15. 

8 Comments