Philip Among akan didakwa di mahkamah esok
16:06 Jun 09, 2021  |  By SabahKini2
Philip Among akan didakwa di mahkamah esok

Menurut sumber Philip yang juga bekas Ahli Parti STAR dan Penyelaras Parlimen Putatan itu bakal didakwa selepas beliau ditahan dan direman empat hari lalu

KOTA KINABALU – Philip Among  yang dilaporkan mencabul seorang peserta Unduk Ngadau baru-baru ini bakal didakwa di Mahkamah esok.

Menurut sumber Philip yang juga bekas Ahli Parti  STAR dan Penyelaras Parlimen Putatan itu bakal didakwa selepas beliau ditahan dan direman empat hari lalu

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali  pada khamis lalu berkata, suspek ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk tindakan selanjutnya.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan.

"Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan," katanya

Peserta Unduk Ngadau berusia 20-an yang menjadi mangsa dalam kejadian itu juga sudah dipanggil untuk hadir dirakam keterangannya.

Semalam Dane Kovacs bekas pekerja Phillip Among di Syarikat Darvel Bay Borneo Holidays Asia City, Kota Kinabalu turut mendedahkan Philip merupakan bos yang kasar jenis pemangsa, kaki cabul dan “narcissistic” yang suka menghina wanita atau sesiapa sahaja.

Polis turut memanggil Dane Lenard Kovacs bagi melengkapkan siasatan kes cabul itu.

ARTIKEL BERKAITAN -[VIDEO] Philip seorang pemangsa, “misogynistic” dan “narcissistic” penghina wanita - Dane Kovacs

 [VIDEO] Philip seorang pemangsa, “misogynistic” dan  “narcissistic” penghina wanita - Dane Kovacs

 

16 Comments