KP JPN sahkan sindiket 'Projek IC' untuk warga asing didalangi kakitangan JPN
23:06 Jun 13, 2021  |  By SabahKini2
KP JPN sahkan sindiket 'Projek IC' untuk warga asing didalangi kakitangan JPN

Ketua Pengarah JPN Ruslin Jusoh berkata, tiga modus operandi dikenal pasti JPN berkaitan kes pemalsuan MyKad yang disifatkannya penyalahgunaan kuasa serta melanggar integriti.

Media baru-baru ini melaporkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berjaya mengenal pasti rangkaian sindiket pemalsuan MyKad hasil bantuan ‘orang dalam’ atau bantuan kakitangan agensi itu bagi membekalkan kad pengenalan asli.

Ketua Pengarahnya, Ruslin Jusoh berkata, itu antara tiga modus operandi dikenal pasti JPN berkaitan kes pemalsuan MyKad yang disifatkannya penyalahgunaan kuasa serta melanggar integriti.

Pertama, pemalsuan kad pengenalan melibatkan aktiviti mencetak permukaan kad pengenalan dengan maklumat palsu, lebih kepada tujuan memiliki dokumen pengenalan diri sah, termasuk memohon mendapatkan peluang pekerjaan,” katanya

Biasanya ini dilakukan warga asing untuk terus tinggal di negara ini tanpa permit.

Kedua ialah penggunaan kad pengenalan individu lain untuk mendapatkan kemudahan dan keistimewaan sama seperti warganegara, antaranya pendidikan, perubatan serta pekerjaan.

Ketiga, penglibatan sindiket dibantu kakitangan JPN sendiri membekalkan MyKad asli yang membabitkan pelanggaran integriti, penyalahgunaan kuasa dan penglibatan rasuah.”

Katanya, hasil siasatan JPN mendapati rangkaian sindiket itu didalangi kakitangan JPN bersekongkol agen serta warga asing menjual MyKad pada harga RM100 hingga RM2,000 setiap keping.

Beliau berkata, statistik menunjukkan 200 orang, termasuk 10 warga tempatan didakwa dipercayai di mahkamah kerana disyaki terbabit dalam kegiatan pemalsuan kad pengenalan sejak 2019 hingga April lalu.

Bagi empat bulan pertama tahun ini, katanya, 33 individu didakwa, termasuk 18 warga Filipina, Indonesia (tujuh) dan warga tempatan (lapan).

Ruslin berkata, kegiatan pemalsuan MyKad ibarat mahu menjual negara dan jenayah itu mampu menggugat kepercayaan rakyat terhadap JPN selaku peneraju utama pengurusan rekod penduduk negara.

“JPN juga tahu sekiranya jenayah ini tidak dibendung, keselamatan negara tergadai dan JPN akan memastikan pegawai terlibat dengan kes jenayah berkaitan akan diambil tindakan di bawah Kanun Keseksaan atau mana-mana peruntukan perundangan terbabit, jika didapati bersalah.”

Katanya, JPN sentiasa bekerjasama penuh dengan agensi lain seperti polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), jika mendapati ada pegawainya menyalahgunakan kuasa mereka.

September tahun 2019 sehingga April 2020 ketika PH memerintah kecoh dengan sindiket Projek IC dijual kepada warga China dari RM400 ribu hingga RM600 ribu di Pulau PInang. Turut ditahan dan didakwa di mahkamah ketua sindiket bernama Datuk Lai Chin Wah dan Mohd Faizul Arifin.

Lebih teruk lagi DAP membela pengkhianat negara ini melalui firma guaman dimiliki oleh Ahli Parlimen DAP

[ARTIKEL BERKAITAN- MP DAP jadi Peguam Bela Datuk Lai Chin Wah 'Dalang DAP' jual MyKad

Faizul Pegawai JPN, Datuk Lai Chin Wah dan 4 lagi dalang ‘Cina Penang’ didakwa sindiket jual MyKad

[ARTIKEL BERKAITAN- Faizul Pegawai JPN, Datuk Lai Chin Wah dan 4 lagi dalang ‘Cina Penang’ didakwa sindiket jual MyKad

[ARTIKEL BERKAITAN- Jual MyKad: Lagi kakitangan JPN Pulau Pinang akan ditahan tangkapan fasa kedua]

[ARTIKEL BERKAITAN- Sekat Rohingya dan virus Projek IC RM400 ribu Lai Chin Wah, Pegawai JPN Pulau Pinang!

[ARTIKEL BERKAITAN-  RM600 ribu jual MyKad kepada warga China, Pegawai JPN, 20 individu ditahan Polis

[ARTIKEL BERKAITAN- Mengejutkan bukan 8 tetapi 1000 MyKad dijual Pegawai JPN januari hingga mei kepada warga asing

Seorang warga China bernama Wang De Qun Ahli Perniagaan China membayar RM400,000 membeli MyKad, pasport dan lessen Malaysia juga didakwa di mahkamah oktober 2019.

[ARTIKEL BERKAITAN-  Wang De Qun Ahli Perniagaan China bayar RM400,000 beli MyKad, pasport Malaysia ]

Wang De Qun Ahli Perniagaan China bayar RM400,000 beli MyKad, pasport Malaysia

 

Di Sabah pula ketika Warisan PH memerintah, pada November 2018 Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah Ismail Ahmad ketika itu mengesahkan terdapat sekitar 500,000 penduduk warga asing merangkumi pelarian, warga asing yang tinggal melebihi masa dan kanak-kanak tanpa kerakyatan di Sabah lebih bermasalah berbanding PTI

[ARTIKEL BERKAITAN- 500,000 warga asing 'tanpa dokumen' pedalaman Sabah lebih bermasalah, kata Pengarah JPN ]

Tahun yang sama Shafie Apdal dan Warisan begitu giat melaksanakan projek IC serta mendaftarkan kategori warga asing lewat pendaftaran, pasangan yang berkahwin dengan warga asing dan anak tanpa kerakyatan.

[ARTIKEL BERKAITAN- Projek IC 2: Shafie bantu dapatkan MyKad yang kahwin pendatang asing ]

Projek IC 2: Shafie bantu dapatkan MyKad yang kahwin pendatang asing

Paling membuka mata rakyat dan menyebabkan kekalahan Warisan dalam PRK Kimanis ialah usaha giat melaksanakan Pas Sementara Sabah (PSS). Ia dilihat sebagai penamat kepada projek IC sebelum ini.

[ARTIKEL BERKAITAN- 20 bulan Kerajaan Warisan: Strategi dan kronologi menjayakan Pas Sementara Sabah (PSS) demi PTI!

 

11 Comments