Ribuan kes kluster kilang: Mampukah 'OP Patuh' Menteri KDN kurangkan kes COVID-19?
16:06 Jun 26, 2021  |  By SabahKini2
Ribuan kes kluster kilang: Mampukah 'OP Patuh'  Menteri KDN kurangkan kes COVID-19?

Kluster Kilang punca terbesar kes Covid-19 di negara ini. Kluster ini sedang meranapkan Negeri Selangor dengan kes tertinggi harian. Kilang berani langgar SOP kerana denda rendah hanya RM50,000 sedangkan keuntungan pemilik kilang berjuta malah bilion.

Sejak November tahun 2020 ‘Kluster Teratai’ yang dicetuskan oleh kilang milik Top Glove meletakkan Selangor kes tertinggi mengatasi Sabah selepas Pilihanraya Negeri September 2020.  Lebih 1000 kes sehari daripada Top Glove menyebabkan 28 kilang Top Glove di daerah Klang  ditutup secara berperingkat.

[ARTIKEL BERKAITAN- Kluster 'Top Glove' mengganas lebih 1000 kes, 28 kilangnya ditutup secara berperingkat ]

Kluster Teratai- titiik hitam kluster kilang

PKPD juga terpaksa dilaksanakan di perumahan dan asrama pekerja kilang. Begitulah teruknya kluster kilang ini.

Bermula daripada itu kluster ‘Kilang’ tidak pernah berhenti hingga sekarang. Terus merebak dan berleluasa sebagai kluster utama.

Dua utama punca utama merebaknya ‘kluster kilang’  ialah majikan dikesan menyembunyikan status kesihatan pekerja  yang positif Covid-19 kerana bimbang tidak dapat menjalankan operasi perniagaan dan kedua membayar rasuah kepada pihak penguasa.

[ARTIKEL BERKAITAN - Majikan bayar rasuah sembunyi status pekerja positif Covid-19 punca kluster ‘kilang’ merebak?

Sama ada suka atau tidak suka, kes itu berlaku cuma bezanya tertangkap atau tidak saja.

Kluster kilang penyumbang utama kes Covid-19

Hari ini dilaporkan sebanyak 719 kluster kilang dikesan sejak penula­ran pandemik Covid-19 di negara ini yang mengakibatkan 102,269 kes jangkitan positif sehingga se­malam. Daripada keseluruhan kluster pengilangan yang direkodkan itu, ada di antaranya merekodkan 100 peratus pekerja dijangkiti daripada jumlah disaring. Lebih membimbangkan kluster pengilangan merupakan ter­tinggi dalam kluster tempat kerja

Mengapa ada kluster tempat kerja termasuk kilang? Jawapannya bukan sahaja rasuah tetapi pemilik kilang berani melanggar SOP.

Contohnya kilang pembuatan plastik di Taman Medan, Petaling Jaya dilaporkan dikompaun RM10,000 kerana beroperasi melebihi masa yang ditetapkan sekali gus melanggar SOP PKP3.0. Kilang masih menggunakan surat kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang sudah tamat tempoh, iaitu bertarikh sebelum 1 Jun 

Apabila ditutup pemain industri kilang marah, mereka kata kerajaan menyekat ekonomi tetapi hakikatnya mereka melanggar SOP. Saban hari kita mendapat maklumat kilang sebenar-besar kilang sehingga sekecilnya bila ada pekerja positif pemilik kilang tidak menutup operasi kilang malah membiarkan pekerja positif bercampur. Akhirnya ribuan pekerja kilang positif.

Lihat saja kawasan industri seperti di Negeri Selangor, Johor, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur. Negeri-negeri ini menyumbang kes tertinggi negara sekarang.

160 kilang diarahkan tutup kerana langgar SOP

18 Jun lalu Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan sebanyak 160 kilang dan 17 premis perniagaan yang beroperasi tanpa kebenaran dan melanggar prosedur operasi standard (SOP) diarahkan tutup. Operasi Task Force Operasi Pematuhan diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat pemeriksaan ke atas 496 kilang

Bukan itu sahaja Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah menerima sebanyak 382 aduan mengikut kategori yang memerlukan tindakan penguatkuasaan daripada pelbagai kementerian dan agensi. Majoritinya melibatkan aduan pelanggaran arahan had peratusan kehadiran pekerja ke premis pekerjaan, non-essential, dan kategori ketidakpatuhan SOP AM.

OP Patuh dan Menteri KDN Datuk Seri Hamzah Zainudin

Begitu banyak kes kluster kilang dan tempat kerja akhirnya kerajaan melalui KDN akan melaksanakan Op Patuh bagi membanteras ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) di peringkat nasional.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata operasi itu bakal melibatkan pemeriksaan, pemantauan yang lebih tersusun dan pantas.

"Jawatankuasa koordinasi pematuhan SOP COVID-19 (JKPS) bersetuju melancarkan operasi membanteras ketidakpatuhan SOP diperingkat nasional secara bersepadu dan besar besaran dikenali sebagai Op Patuh.

"Ops ini memberikan fokus dan bersepadu penguatkuasaan, pematuhan sop seperti kilang dan premis perniagaan yang beroperasi termasuk penyalahgunaan surat kelulusan dikeluarkan kementerian, jabatan dan agensi," katanya.

Selain pemeriksaan, jawatankuasa itu jelas Hamzah turut menambahbaik prosedur aduan, pelaksanaan pemantauan serta tindakan penguatkuasaan yang lebih tersusun dan pantas.

"Sekatan jalan raya atau SJR bergerak akan ditumpukan di kawasan hotspot COVID-19 diseluruh negara terutama di kawasan kilang dan industri.

"Termasuk penggunaan aset strategik akan diatur gerak secara bersepadu seperti helikopter, dron dan pemantauan ini dengan lebih berkesan secara pemetaan," jelasnya lagi.

Sehingga 24 Jun jelasnya, sebanyak 123,000 premis perniagaan, 22,000 buah kilang telah diperiksa di seluruh negara.

Sebanyak 885 kompaun telah dikeluarkan, 265 premis diarahkan tutup, 39 tangkapan dilakukan kerana melanggar sop PKP.

Hamzah turut mengumumkan penubuhan Jawatankuasa koordinasi pematuhan SOP COVID-19 (JKPS) yang akan mengetuai dan koordinasi aspek penguatkuasaan sop PKP di seluruh negara.

Jawatankuasa itu bakal melibatkan kerjasama 21 kementerian, jabatan dan agensi yang berkaitan.

"Tindakan penguatkuasan di lapangan lebih pantas dan tersusun, Angkatan Pertahanan Awam (APM) bertindak sebagai pasukan respons pantas.

"Kita akan pastikan mereka turun ke lokasi telah dikenal pasti sistem Hotspot Identification for Dynamic Engagement (HIDE) sebelum tindakan susulan diambil agensi penguatkuasa berkaitan,"

Jika Hamzah berjaya mengawal Covid-19 dengan tindakan tegasnya memantau serta menyerbu semua kilang sehingga kes menurun kita yakin rakyat akan mengenangkan Hamzah Menteri KDN paling tegas. KKM, MITI, MKN malah Menteri Kanan Pertahann sudah melakukan segala cara. Kluster Kilang tak mahu turun-turun juga. Kini kita berharap pada Hamzah selaku Menteri KDN pula. Kuasa ditangannya.

Masalah PATI di Kilang-kilang

Hamzah juga perlu bertegas terhadap Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang ramai bekerja di kilang-kilang secara haram terutama di Selangor dan Pulau Pinang. Jika tertangkap pun mereka tiada dokumentasi. Majikan juga tidak mahu membuat saringan terhadap mereka. Majikan menyembunyikan status mereka yang akhirnya bila PATI keluar ke komuniti rakyat menjadi mangsa dijangkiti Covid-19. 

Penularan Covid-19 dalam kalangan warga asing ibarat bom jangka di negara ini. Daripada rekod yang diperoleh setiap hari, terbukti tahap penularan dalam kalangan pekerja asing dan PATI masih serius apabila disahkan positif dijangkiti wabak koronavirus (Covid-19) selepas menjalani pemeriksaan. KKM sendiri turut melahirkan rasa bimbang mengenai perkembangan itu. PKP sebelum ini membuktikan pusat tahanan Depot Tahanan Imigresen (DTI) menyebabkan penularan Covid-19 secara besar-besaran. Kini ada kalangan mereka bekerja di kilang-kilang secara haram. Lihat video ini bukti pekerja kilang tanpa dokumen ditangkap di Pulau Pinang.

Kredit Video Berita Harian.


Hamzah perlu persetankan Azmin Ali jika Azmin melebih-lebih untuk mempertahankan kilang-kliang dibawahnya. SOP tetap SOP. 

Kes Covid- 19 Selangor

Saban hari kes Covid-19 tidak terus merekodkan kes tertinggi purata sehari kekal 2000 kes. Ini bermakna ada yang tidak kena dengan penguatkuasaan serta jawatankuasa di negeri.

Dalam kes Selangor terbukti Task Force Covid-19 diketuai Dr Dzulkefly Ahmad dibarisi pakar ‘budak-budak’ Dr Dzulkefly gagal melaksanakan tanggungjawabnya tetapi asyik menyalahkan KKM.

Kilang-kilang di Selangor gagal dipantau operasinya sehingga kes Covid-19 melibatkan kluster kilang di Selangor merebak dengan cepat dan tidak pernah menurun.

Jawapan sebenarnya kepada Selangor ialah penguatkuasaan. Jawatankuasa koordinasi pematuhan SOP COVID-19 (JKPS) yang ditubuhkan Datuk Hamzah Menteri KDN ini perlu tegas melaksanakan pematuhan SOP. Jika melanggar SOP perlu terus diambil Tindakan.

SPRM juga wajar bertindak. Jika terdapat mana-mana penguasa termasuk pejabat Kesihatan Daerah (PKD) yang ambil rasuah atau ‘kawtim’ kes mereka lapor dan ambil Tindakan tegas.

Sama ada Jawatankuasa koordinasi pematuhan SOP COVID-19 (JKPS) ini akan berjaya kita akan lihat apa langkah Datuk Seri Hamzah terbaru ini. Jika PDRM dan penguatkuasa bertegas kita percaya kluster kilang pasti akan berhenti. 

Denda Syarikat RM50,000 terlalu murah - Syarikat mampu bayar

Naib Presiden 2, Persatuan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (MSOSH), Zanuddin Kisman menyatakan  melalui peruntukan Seksyen 15, subseksyen (1) Akta Kesihatan Dan Keselamatan Pekerjaan (AKKP)1994, adalah menjadi kewajipan am majikan dan tiap-tiap orang yang bekerja sendiri untuk memastikan - setakat yang praktik - setiap aspek keselamatan, kesihatan, dan kebajikan pekerjanya semasa bertugas, dipatuhi.

Tingkatkan denda lebih besar

Adalah jelas kes tinggi kerana ketidakpatuhan SOP sehingga  majikan sanggup memperjudikan keselamatan dan kesihatan pekerja industri perkilangan dan akhirnya rakyat apabila mereka menyebarkan kepada komuniti.

Beliau sendiri mengaku pemeriksaan pihak berkuasa sangat terbatas. Keutamaan syarikat pula ialah keuntungan.

"Kami percaya isu kemampuan pihak berkuasa tempatan (PBT)dalam melakukan rondaan dan pemeriksaan di semua premis adalah terbatas. Maka dengan itu, industri tidak berasa takut untuk melanggar SOP yang diwujudkan kerana merasakan pengeluaran dan keuntungan syarikat adalah lebih utama dan sekiranya melanggar SOP yang ditetapkan, penalti yang dikenakan mampu dibayar oleh mereka," katanya

Zanuddin berpandangan salah satu usaha untuk membendung isu ini dari terus berlaku adalah pihak berkuasa perlu meningkatkan denda selain saringan yang ketat dilakukan kepada industri yang memohon untuk beroperasi semasa tempoh PKP.

"Dengan tahap denda terkini, MSOSH melihat pemain industri masih mampu untuk membayar penalti yang dikenakan kerana jumlah yang tidaklah begitu besar dibandingkan keuntungan yang mereka perolehi sekiranya operasi dijalankan secara kapasiti penuh.

Menurut Ordinan Darurat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021 melalui Warta Kerajaan Persekutuan yang dimuat naik dalam portal rasmi Jabatan Peguam Negara, " individu yang melanggar peraturan atau prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi pencegahan dan kawalan pandemik COVID-19 boleh berdepan hukuman denda maksimum RM10,000 mulai 11 Mac 2021."

Ordinan itu turut menyatakan syarikat atau perbadanan yang melakukan kesalahan berkaitan SOP juga boleh didenda sehingga RM50,000.

Apalah sangat denda RM50,000 jika kilang besar boleh mengumumkan keuntungan berates juta atau berbilion setahun. Syarikat sarung tangan misalnya mereka tak kisah bayar denda daripada menutup operasi. Oleh itu penguatkuasa juga dikawal oleh mereka.

Jika kluster kilang tidak dapat dikawal jangan mimpi kes Covid-19 di Selangor turun bawah 1000. Dalam keadaan sekarang apa jenis PKP pun nampaknya kes Selangor sukar turun. Ini hakikat yang terpaksa kita telan sekarang

 

4 Comments