Kekal benarkan 'dine-in' di restoran, ini pendirian kita kata Hajiji
11:07 Jul 10, 2021  |  By SabahKini2
Kekal benarkan 'dine-in' di restoran, ini pendirian kita kata Hajiji

Menurut Masidi Manjun, 'dine in' tidak disentuh dalam SOP PPN Sabah Fasa 2. Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor bertegas membenarkan 'dine-in' di restoran. Ini pendirian Kerajaan Sabah!

Semalam tular disebarkan Prosedur Operasi Standard SOP Pelan Pemulihan Negara Fasa 2 Negeri Sabah yang hanya membenarkan operasi restoran, café, kedai makan, gerai makan, kenderaan bersaji(foodtruck) ,penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera, pusat penjaja, gerai makan tepi jalan dan kiosk dari jam 6 pagi hingga 9 malam.

Ia mencetuskan polemik baru dikalangan rakyat untuk SOP PPN Fasa 2 itu walaupun SOP berkenaan hanya menyatakan secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran dan tidak menyatakan larangan ‘Dine-In’dan perkhidmatan ‘Park & Dine’.

Sementara itu Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun dalam satu pesanan ringkas yang tular aplikasi whatapps hari ini menjawab kekeliruan yang timbul berhubung SOP dine-in.

“Tafsir sendiri. Dine in tidak disentuh dalam SOP Sabah. Ertinya tidak dilarang”,

"Makan dalam restoran atau 'dine-in' sepatutnya hanya dibenarkan dalam Fasa 3 Pelan Pemulihan Nasional.Buat masa ini Sabah berada dalam Fasa 2. Ia tidak disentuh dalam SOP kerana Kerajaan Negeri Sabah telahpun membenarkan 'dine-in' ini. Ini bermakna 'dine-in' tidak dilarang di Sabah". katanya dalam aplikasi whatapps. 

 

Datuk Masidi menjelaskan tidak dilarang

 

Pada 28 Jun 2021, Kerajaan Sabah membenarkan beberapa aktiviti sosial dan ekonomi beroperasi semula sekalipun berlaku berbeza pendpat SOP antara Kerajaan Pusat dan juga Kerajaan Sabah. Termasuk salah faham pegawai persekutuan di negeri seperti MKN dan JKNS yang melaksanakan SOP itu.

Bagaimanapun Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menjawab kekusutan rakyat hari ini bahawa Kerajaan Negeri kekal dengan keputusan membenarkan Dine-in di dalam restoran, kedai makan dan restoran dalam premis hotel di negeri ini.

Kenyataan Hajiji hari ini membenarkan aktiviti itu dikuatkuasakan Kerajaan Negeri pada 29 Jun lalu, berikutan pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara – Fasa 1 masih berkuatkuasa,

“Ini pendirian kita,” kata Hajiji.

 

 

2 Comments