Bukan kali pertama Kerajaan Sabah menyesuaikan SOP MKN Pusat dengan kerajaan negeri. Tidak ada halangan setakat ini. Sabah melakukan terbaik dari negeri terbanyak kes kepada terendah kes dan terkawal. Kini Sabah sesuaikan SOP baharu iaitu boleh 'Dine-In'.
Kerajaan Sabah semalam mengumumkan membenarkan beberapa aktiviti sosial dan ekonomi beroperasi semula bermula Selasa.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kerajaan negeri akan melaksanakan Pelan Pemulihan Negara (PPN) fasa pertama bermula Selasa.
Hajiji berkata, PPN itu dilaksanakan dengan mengekalkan sebahagian besar prosedur (SOP) Sabah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
"Beberapa aktiviti sosial dan ekonomi dibenarkan beroperasi antaranya 'dine-in' di restoran, kedai makan dan restoran dalam premis hotel, membuka gerai menjual sayur, ikan dan buah-buahan di tepi jalan raya dan kedai gunting rambut.
"Aktiviti sukan dan rekreasi tidak bersentuhan fizikal seperti senaman, golf, memancing dan berbasikal dibenarkan selain aktiviti pembuatan dan perkilangan diperluaskan kepada getah, simen dan cat, kilang berasaskan kayu dan perabot," katanya melalui kenyataan pada Isnin.
Keputusan Kerajaan Negeri
Keputusan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berbeza antara Kerajaan Pusat dan Negeri bukanlah sesuatu yang baru di negeri Sabah. Misalnya pembukaan sektor ekonomi, rentas daerah, saringan masuk Sabah, PKPD, pembukaan sektor sosial termasuk kebenaran merayakan perayaan baru-baru ini.
Ketika pelaksanaan sistem Hotspot Identification for Dynamic Engagement (HIDE) 10 Mei lalu yang diumumkan oleh Khairy Jamaluddin Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mengarahkan penutupan pasaraya dalam senarai HIDE, Kerajaan Sabah sebaliknya membenarkan tiga pasar raya tersenarai dalam sistem HIDE itu terus beroperasi. Kerajaan Negeri menganggap HIDE satu kekeliruan.
[ARTIKEL BERKAITAN- Sabah buat keputusan benarkan 3 Pasar Raya dalam senarai HIDE beroperasi]
11 Mei lalu Ketika Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, mengumumkan perintah kawalan pergerakan (PKP) di seluruh negara mulai Rabu hingga 7 Jun, Sabah mengumumkan tidak melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan itu sebaliknya hanya terus menggunakan SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.
[ARTIKEL BERKAITAN- Sabah tidak laksana PKP seperti Semenanjung, SOP sedia ada kekal kata Masidi ]
Begitu juga Sabah membenarkan aktiviti ziarah rumah ke rumah dan kubur sempena Aidilfitri sehingga raya ketiga, tetapi penganjuran majlis hari raya dan rumah terbuka dilarang sama sekali. Ziarah rumah ke rumah juga terhad kepada 20 ahli keluarga terdekat, manakala ziarah kubur tidak melebihi 30 minit dan enam orang untuk satu lot kubur.
[ARTIKEL BERKAITAN- SOP terbaru PKPB dan Hari Raya Sabah ]
Ketika kes Covid-19 kembali meningkat akibat rentas negeri Sabah sempena hari raya, Kerajaan Sabah mengambil tindakan tegas mengetatkan semula pintu masuk ke Sabah dari Labuan, Semenanjung dan Sarawak dengan menetapkan wajib kuarantin 14 hari serta saringan PCR-RT 3 hari sebelum memasuki Sabah susulan kebimbangan varian Delta dari Labuan yang semakin mengganas.
[ARTIKEL BERKAITAN- Ketegasan Masidi, ketatkan SOP masuk Sabah kuarantin 14 hari, ujian saringan kawal jangkitan COVID-19]
Bermakna semua perkara PKP yang ditentukan oleh YAB Perdana Menteri dan MKN tetapi Kerajaan Negeri boleh melaksanakan mengikut SOP sesuai di Negeri Sabah
Mengapa keputusan ‘Dine in’ bermula selasa terhalang?
Belumpun SOP Baharu itu dikeluarkan nampaknya arahan terbaru itu dilaporkan terhalang selepas bantahan oleh PENGARAH Jabatan Kesihatan Negeri Datuk Dr Chistina Rundi kononnya atas arahan Ketua Pengarah KKM Tan Sri Dr Noor Hisham. Begitu juga atas nasihat yang salah dari Pengarah Keselamatan Negeri Puan Sharifah Sitti Saleha Habib Yussof.
Antara mesej Pegawai yang tular.
Hari ini pegawai-pegawai MKN Sabah dan JKNS sudah mula mempersoalkan cadangan kelonggaran tiada punca kuasa perundangan Akta 342 yang kononnya masih terpakai di Sabah. Persoalannya jika alasan Akta 342 bagaimana dengan kelulusan perubahan SOP sebelum ini seperti yang dilaporkan di atas? Bagaimana dengan keputusan SOP yang berbeza dengan kerajaan pusat sebelum ini ketika Shafie Apdal Ketua Menteri? Di bawah pemerintah Datuk Seri Haji Hajiji Mohd Noor Ketua Menteri beliau bertindak mengikut apa yang terbaik untuk rakyat Negeri Sabah.
Kenapa baru sekarang timbul isu punca kuasa jika selama ini sudah beberapa kali dilaksanakan mengikut kesesuaian Negeri Sabah?
Sabahkini2 sebelum ini sudah mendedahkan sikap Datuk Dr Chistina Rundi Pengarah JKNS dan Pengarah Keselamatan Negeri Puan Sharifah Sitti Saleha Habib Yussof ini sepatutnya mereka dah ditukar awal. Siapa tidak kenal Sharifah Sitti Saleha Habib Yussof orang Semporna keluarga Shafie Apdal ini? orang yang bertanggungjawab kepada Pas Sementara Sabah (PSS). Beliau dilantik disyorkan oleh Azis Jamman ketika itu Timbalan Menteri KDN
Ketika Shafie Apdal berkuasa boleh pula mereka mengikut semua arahan Shafie walaupun tak ada pun punca kuasa Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342]. Boleh saja mereka sesuaikan.
Ketika isu pelajar IPT berasal Sabah balik ke Sabah tahun 2020, Shafie Apdal buat keputusan sendiri dan Pengarah JKNS dan MKN Sabah ikut sahaja. Mengapa sekarang tak boleh? Tak timbul pun kuasa Akta 342!
[ARTIKEL BERKAITAN- Pengarah JKNS, MKN Negeri dikecam ikut 'SOP' Shafie Apdal susahkan 10,000 pelajar IPT lepas tu U-Turn! ]
Dan sekarang ketika Datuk Seri Haji Hajiji Mohd Noor Ketua Menteri mereka kata tak boleh. Kena cari 'Punca Kuasa'
Lihat sahaja ketika isu Datuk Peter Anthony Warisan melanggar kuarantin 10 hari hanya 5 hari saja diberi pelepasan JKNS Sabah pada 25 April lalu. Apa istimewanya Peter? Pendekkan kuarantin perlu kelulusan jawatankuasa dan penilaian risiko KKM. Christina ok sahaja luluskan. Tiada pula penjelasan Christina kalau pemimpin Warisan. Semua ok kalau Warisan. Malah ADUN yang dalam kuarantin datang bersidang di DUN pun Christina luluskan secara aplikasi Whatapps saja.
[ARTIKEL BERKAITAN- Dr Christina Pengarah JKNS perlu jelaskan mengapa Peter Anthony diberi kuarantin 5 hari sahaja? Pegawai dibayar? ]
Jadi isu serangan Pembangkang kepada GRS
Akhirnya tindakan pegawai MKN dan JKNS ini menyebabkan Kerajaan GRS diserang oleh pihak Pembangkang. Mereka mempersoalkan sepatutnya makan di restoran dan premis makanan sudah dibenarkan mengikut kenyataan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor semalam tapi tidak dibenarkan oleh JKNS Sabah.
Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin menerusi laman Facebooknya menyatakan beliau menerima aduan daripada pengusaha restoran dan penjaja di kawasan Damai, Lintas dan Foh Sang yang memaklumkan mereka diberi amaran oleh penguatkuasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) agar tidak membuka meja makan kerana SOP belum tersedia. Foong Hin berkata, pengusaha restoran memberitahu sekiranya mereka membuka meja makan untuk membenarkan pelanggan makan di restoran, mereka akan dikenakan kompaun. Tindakan penguatkuasa ini amat bertentangan dengan kebenaran makan di restoran yang diumumkan Ketua Menteri semalam.
Mengapa begitu? MKN Pusat dan Kerajaan Negeri telah memuktamadkan dalam mesyuarat MKN mengapa tak ikut? Soal warta lambat itu boleh diuruskan kemudian. SOP baharu paling penting dikeluarkan dahulu. Soal Ketua Pengarah KKM tak setuju itu pendapat dia. Dia pun sebagai KP KKM mendapat penurunan kuasa daripada Menteri KKM. Yang punya data dan tentukan apa yang terbaik untuk kerajaan negeri adalah Kerajaan Negeri. Dulu boleh je Christina Rundi ikut arahan Ketua Menteri buat bermacam perkara. Mengapa pula sekarang tidak boleh? Kerana Ketua Menteri Datuk Haji Hajiji Mohd Noor bukan Shafie Apdal ke?
Kerana Christina merasakan kini dia kekurangan kuasa berbanding ketika Shafie Ketua Menteri. Semua sekarang ditentukan oleh Ketua Menteri dan Datuk Masidi Manjun. Ketika Shafie Apdal KM, Christina nak buat apa termasuk berniaga pun boleh. Yayasan Osimal bawah bekas Ketua Hakim Negara Tan Sri Richard Malanjum yang tiada lesen sah kelulusan MDA KKM mengimport dan membekal kit ujian COVID-19 di bawah Akta Peranti Perubatan 2012 (Akta 737) pun beliau luluskan. Tak ada pun Christina tanya
Tak ada pun Christina merujuk kepada KP KKM atau Menteri KKM tentang pembelian itu?. Punca kuasa pun jelas tiada lesen MDA tak boleh berniaga RTK. Ok je dia belasah. Elok juga diaudit Yayasan Osimal ni.
[ARTIKEL BERKAITAN - Yayasan Osimal, Richard tiada lesen MDA KKM bekal Rapid Test Kit (RTK) di Sabah? ]
[ARTIKEL BERKAITAN - Yayasan Osimal milik bekas Ketua Hakim Monopoli Projek Rapid Test Kit (RTK) dari Singapura?
Kalau Shafie dan Richard Malanjum semuanya dibolehkan
Apapun percayalah semua ini pasti diluluskan oleh YAB Perdana Menteri segera. Kerajaan Negeri Sabah tentukan yang terbaik untuk negeri. Rakyat Sabah sudah terhimpit. Sabah bukan Selangor atau negeri di Semenanjung sana.
Sabah perlu pulih segera majukan ekonomi negeri. Dulu Datuk Hajiji dituduh pro Malaya dan dan kononnya hanya akur Kerajaan Pusat. Nampaknya semua itu tidak benar. Buktinya hari ini beliau menyesuaikan SOP MKN dengan kerajaan negeri. Hajiji buat keputusan demi rakyat Sabah.
Kepada Datuk Seri Haji Hajiji lawan tetap lawan. Negeri Sabah kita yang punya. Kita tentukan cara kita. Paling penting buang Pengarah MKN Sabah dan Pengarah JKNS yang dari dulu pro Warisan. Lantik pegawai yang boleh pertahankan Ketua Menteri. Bukan yang memalukan Ketua Menteri. Bagi kerajaan Pusat pula dan MKN sepatutnya melihat dahulu SOP baharu 'Dine-in' dan lain-lain itu bukan menghalang dahulu sehingga menunjukkan komunikasi kerajaan negeri dan pusat tidak berlaku. Jagalah bahasa. Pegawai berdepan dengan Ketua Menteri. Hormatlah Ketua Menteri Sabah.
TAK KAN ORANG SABAH MAHU MAKAN DAN BERNIAGA MAHU TANYA 'BIG BOS' MALAYA? SABAH SENDIRI BUAT KEPUTUSANLAH.