Dr. Rose Nani 'Orang Sabahan' Putrajaya ganti Dr Christina sebagai Pengarah JKNS
00:07 Jul 14, 2021  |  By SabahKini2
Dr. Rose Nani 'Orang Sabahan' Putrajaya ganti Dr Christina sebagai Pengarah JKNS

Dr Rose Nani Mudin seorang Sabahan yang telah berkhidmat di Semenanjung sejak 1992 merupakan Timbalan Pengarah (Penyakit Berjangkit) Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan di Putrajaya amat sesuai melaksanakan tugas di Sabah.

Akhirnya Datuk Dr. Christina Rundi kini bukan lagi Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah. 

Tempat beliau kini digantikan dengan Dr. Rose Nani Mudin seorang Sabahan yang telah berkhidmat di Semenanjung sejak 1992 merupakan Timbalan Pengarah (Penyakit Berjangkit) Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan di Putrajaya.

Dr. Rose Nani adalah antara individu penting bersama Datuk Dr Norhayati Rusli Pengarah Kawalan Penyakit yang mengurus bencana COVID-19 dalam negara sekarang. Oleh itu pengalaman dan khidmat beliau sangat diperlukan membantu Kerajaan Sabah dan Jawatankuasa Bencana Covid-19 Negeri Sabah.

Desas-desus penukaran Datuk Dr. Christina bulan ini sudah dijangka selepas kegagalan beliau memberikan kerjasama kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Mohd Noor malah sehingga ke tahap memalukan Ketua Menteri dalam insiden SOP ‘Dine-in’ di Sabah.

Sabahkini2 telah mendedahkan sikap Dr Christina ini sehingga kepada gesaan menyingkirkan beliau sebagai Pengarah.

[ARTIKEL BERKAITAN - SOP baharu Sabah demi rakyat, singkir Pengarah MKN dan JKNS Malukan Ketua Menteri! ]

SOP baharu Sabah demi rakyat, singkir Pengarah MKN dan JKNS Malukan Ketua Menteri!Bukan kali pertama kontroversi melibatkan Dr Christina..

Dr Christina telah berkhidmat selama lebih 8 tahun sebgai Pengarah Kesihatan Negeri Sabah namun lebih taat dan memberi Kerjasama kepada bekas Ketua Menteri Warisan Datuk Seri Shafie Apdal berbanding Ketua Menteri sekarang.

Perpindahan ini turut disahkan Tan Sri Dr Noor Hisham Ketua Pengarah Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan dan Pejabat kesihatan negeri Sabah yang mengucapkan tahniah atas pelantikannya di laman facebook rasmi KKM dan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.  

Menurut sumber Dr Christina akan berpindah ke Putrajaya Jawatan JUSA sebagaimana yang disandang beliau sekarang untuk membantu ibupejabat Kementerian Kesihatan Malaysia. Beliau dilaporkan dinaikkan pangkat di Putrajaya. Oleh itu perpindahan dan penempatan penjawat awam di jabatan kerajaan adalah perkara biasa. Ada pihak menyatakan Dr Christina mungkin meletakkan jawatan jika tidak mahu menerima pertukarannya ke Putrajaya. Semuanya terletak kepada diri masing-masing mahu berkhidmat dalam kerajaan atau berhenti.

Dakwaan Warisan bahawa lantikan Dr. Rose mengetepikan kenaikan pangkat enam orang Timbalan Pengarah JKNS yang lain seperti Dr. Jackson Taguah (Pengurusan), Dr. Abd Kahar Abd Asis (Perubatan), Dr. Asits Sanna (Kesihatan Awam), Dr. Zaiton Tahir (Pergigian), Dr. Mohd. Zamri Baharudin (Farmasi) dan Dr. Jeyaletchumi S. Ponniah (Keselamatan & Kualiti Makanan) adalah TIDAK BENAR kerana gred jawatan mereka hanya Gred 52, 54, 56 dan hanya seorang saja Gred JUSA C Bahagian Kesihatan Awam.


Pengalaman Dr. Rose Nani Mudin sebagai orang Sabah lama berkhidmat di KKM Putrajaya merupakan Pakar Perunding Perubatan Kesihatan Awam dalam bidang kesihatan awam dan klinikal selain pakar bidang epidemiologi, penyakit bawaan vektor adalah kelebihan utama untuk mengemudi Negeri Sabah. JKNS perlukan Pengarah baharu yang bukan saja berpengalaman tetapi boleh menjaga hubungan baik antara KKM Putrajaya dan Kerajaan Sabah.

Selamat maju jaya diucapkan kepadaa Dr Christina di Putrajaya dan selamat menjalankan tugas diucapkan kepada Dr Rose Nani Mudin – SK2

15 Comments