Syed Saddiq didakwa di mahkamah seleweng dana RM1.12 juta
05:07 Jul 22, 2021  |  By SabahKini2
Syed Saddiq didakwa di mahkamah seleweng dana RM1.12 juta

Gara-gara hilang RM250 ribu akhirnya mendedahkan kepada lebih banyak rasuah, salah guna kuasa Syed Saddiq sebagai Menteri Belia dan Sukan. Berlagak suci perangi rasuah tetapi dialah kaki rasuah sebenar. Kali ini SPRM heret Saddiq seleweng RM1.12 juta

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan didakwa di mahkamah hari ini atas pertuduhan menyelewengkan dana Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) membabitkan jumlah RM1.12 juta.

Bekas menteri belia dan sukan yang penuh kontroversi ketika berkuasa itu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Jalan Duta Kuala Lumpur pada 9 pagi..

Terdahulu media melaporkan seorang "bekas menteri" akan menghadapi dua pertuduhan mengikut Seksyen 403 dan 405 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan pecah amanah jenayah.

"Jumlah keseluruhan penyelewengan yang terbabit dianggarkan berjumlah RM1.12 juta membabitkan wang milik parti politik yang beliau adalah ketua pemudanya ketika itu.

"Ahli Parlimen itu dijangka akan turut dituduh mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) di Mahkamah Sesyen Johor Bahru dalam masa terdekat," kata laporan itu

Syed Saddiq sebelum ini merupakan menteri belia dan sukan ketika pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan, dan juga ketua pemuda Bersatu pada masa itu.

Hilang wang RM250,000

Tahun lalu, Syed Saddiq membuat laporan polis berkenaan kehilangan kira-kira RM250,000 dari peti besi di rumahnya di Petaling Jaya.

Namun, kehilangan wang itu mencetuskan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana jumlah wang tunai yang "mencurigakan". 

 

Syed Saddiq tipu, dulu RM250K tidak pasti kini RM90K miliknya, RM50K ibu, RM70K ayah

Pelbagai polemik di atas kehilangan wang itu sekejab bukan miliknya tetapi milik parti Bersatu, jumlah wang hilang tidak diketahui, kemudian bertukar pula kepada wang simpanan milik Ibu dan bapanya.

ARTIKEL BERKAITAN - Syed Saddiq tipu, dulu RM250K tidak pasti kini RM90K miliknya, RM50K ibu, RM70K ayah]

Akhirnya SPRM menyiasat kes tersebut bawah Seksyen 17(a) yang berkaitan penerimaan suapan.

SPRM Tangkap Exco Armada

Sekitar jun 2020 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan Bendahari Armada Parti Bersatu, Rafiq Hakim Razali yang juga Presiden Youth Power Club (YPC) Kebangsaan bagi membantu siasatan berhubung kes kehilangan wang tunai sebanyak RM250,000 yang disimpan di dalam peti besi di rumah Syed Saddiq Abdul Rahman.

SPRM juga telah merampas wang tunai berjumlah RM600,000 dari rumah dua anggota Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Banyak perkara baru ditemui seperti Bendahari Armada mewujudkan satu akaun di bawah nama Armada Bumi Bersatu Enterprise bagi menyeleweng dana.

Empat lagi Armada direman SPRM selain Rafiq Hakim Razali iaitu Adam Mukhriz, pembantu kepada Tun Mahathir, Hannan Khairy, Exco Armada, Redzuan Shafi, penolong setiausaha Armada dan Daniel Kusairi, ketua Armada Setiawangsa. Tidak mustahil beberapa orang daripada mereka akan menikam Syed Saddiq di mahkamah nanti.

Syed Saddiq kata pendakwaan politik?

Hakikatnya Syed Saddiq dan ‘budak-budaknya’ yang direman sebelum ini memang memang mengaku dalam siasatan berhubung dana politik dan wang yang diselewengkan itu.

Rakaman video yang dimuat naik Syed Saddiq kononnya beliau diugut menyertai Perikatan Nasional hanyalah wayang semata untuk memberi naratif baharu kepada kisah rasuahnya.Saddiq kata dia sanggup ke mahkamah. Pendedahan dalam pendakwaan nanti pasti menemukan perkara yang mengejutkan mengenai penyelewengan dana serta rasuah Syed Saddiq.

Jika benar Syed Saddiq tidak bersalah mengapa tidak beliau melawannya di mahkamah sebagainya pemimpin UMNO seperti Najib, Zahid, Tengku Adnan dan Ahmad Maslan. Lim Guan Eng DAP sendiri pun menentangnya di mahkamah.

Biarkan mahkamah tentukan Syed Saddiq menerima rasuah atau kes pengubahan wang haram.

Misteri rasuah Syed Saddiq adalah sama misteri dengan kemunculan Wanita 'Marslerose' dalam pelukannya sebelum ini. Ia mungkin dilupakan oleh netizen tetapi internet tidak pernah melupakan skandal Syed Saddiq!

 

 

2 Comments