Curi duit parti RM1 juta, Syarikat Armada Bumi Bersatu Enterprise tamat pendaftaran jerat Syed Saddiq
22:07 Jul 22, 2021  |  By SabahKini2
Curi duit parti RM1 juta, Syarikat Armada Bumi Bersatu Enterprise tamat pendaftaran  jerat Syed Saddiq

Selepas PH tumbang Februari 2020, Pada Mac Syed Saddiq keluarkan RM1 juta. Lebih malang kantoi syarikat Armada Bumi Bersatu Enterprise yang tamat pendaftaran Januari 2018 terus disalahgunakan. Kerana itu dua pertuduhan untuk Syed Saddiq

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan pecah amanah dana sebuah parti politik berjumlah RM1 juta, dan menyalahgunakan wang sumbangan RM120,000 untuk kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

[ARTIKEL BERKAITAN- Syed Saddiq didakwa di mahkamah seleweng dana RM1.12 juta ]

Bagaimanapun, Syed Saddiq, 29, yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Bagi pertuduhan pertama, Syed Saddiq didakwa sebagai Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), yang telah diamanahkan penguasaan ke atas dana ARMADA, telah melakukan pecah amanah ke atas dana itu, dengan membuat pengeluaran wang berjumlah RM1 juta melalui cek CIMB Bank Berhad, tanpa mendapat kebenaran daripada Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di CIMB Bank Berhad, Tingkat Bawah, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Stesen Sentral 2, di sini pada 6 Mac 2020, mengikut Seksyen 405 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 406 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dengan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Syed Saddiq juga menghadapi tuduhan menyalahgunakan harta iaitu, wang sumbangan untuk kempen PRU14 sebanyak RM120,000 yang dikutip melalui akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Maybank Islamic Berhad, Jalan Pandan 3/6A, Taman Pandan Jaya di antara 8 April sehingga 21 April 2018, mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun dengan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Armada Bumi Bersatu Enterprise merupakan syarikat yang didaftarkan atas nama Rafiq Hakimi Razali, Bendahari Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang ditahan SPRM pada jun 2020.

Armada Bumi Bersatu Enterprise dilaporkan telah tamat pendaftaran pada 3 JANUARI 2018 tetapi masih mengutip sumbangan dan derma menggunakan akaun syarikat terbabit malah menerima RM120,000 dana kempen PRU14 sebagaimana pertuduhan kepada Syed Saddiq


Oleh itu benarkah ia pertuduhan politik sebagaimana dakwaan Syed Saddiq? Sedangkan secara terang dana RM120 ribu dimasukkan ke akaun syarikat yang telah ditutup!Apa motif kalau bukan sebab kepentingan peribadi.

Mungkinkah Rafiq Hakimi Razali, Bekas Bendahari Angkatan Bersatu Anak Muda akan menjadi saksi utama kes ini? memandangkan Rafiq sebagai bendahari tidak didakwa bersama dalam kes ini.

Pendakwaan dikendalikan Pengarah Kanan Bahagian Perundangan dan Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Faridz Gohim Abdullah dan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Muhammad Asraf Mohamed Tahir serta Mohd 'Afif Ali.

Syed Saddiq Presiden MUDA itu diwakili peguam tua Gobind Singh Deo, Datuk S Ambiga dan Haijan Omar.

Hakim Azura membenarkan Syed Saddiq diikat jamin RM300,000 bagi pertuduhan pertama, dengan seorang penjamin, dengan RM50,000 perlu bayar pada hari ini dan bakinya selewat-lewatnya pada Selasa ini.

Bagi pertuduhan kedua, beliau diarah membayar ikat jamin RM30,000, dengan seorang penjamin dan perlu dibayar sepenuhnya, hari ini.

Tertuduh juga diarah menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah sehingga kes selesai dibicarakan dan melaporkan diri ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur, sekali dalam sebulan.

Selain itu, mahkamah tidak mengeluarkan sebarang perintah larangan (gag order) terhadap tertuduh, seperti yang dipohon pihak pendakwaan.

Hakim Azura menetapkan 10 September depan bagi sebulan semula kedua-dua kes.

Terdahulu, dalam hujahannya, Faridz Gohim memohon supaya mahkamah mengeluarkan perintah larangan supaya tertuduh tidak membuat sebarang komen terbuka mengenai pertuduhan berkenaan kerana ia sudah pun dituduh di mahkamah.

Bagaimanapun, permohonan itu dibantah Gobind, yang menyifatkan ia sebagai tidak berasas dalam undang-undang dan jika ada sebarang kenyataan yang tidak wajar dikeluarkan anak guamnya, pihak pendakwaan boleh mengemukakan permohonan yang perlu kepada mahkamah.

Gobind turut mempersoalkan mengapa pertuduhan ke atas Syed Saddiq dibuat tiga hari sebelum Sidang Parlimen diadakan, sedangkan izin dakwa bagi pertuduhan pertama sudah diperoleh pihak pendakwaan pada 4 Januari lalu.

Faridz Gohim menjelaskan, tidak ada tarikh luput bagi izin dakwa dan terpulang kepada pihak pendakwaan untuk membawa kes itu ke mahkamah pada masa yang ditentukan.

Beliau turut memaklumkan, tertuduh akan berdepan satu lagi pertuduhan di Mahkamah Sesyen Johor Bahru dalam masa terdekat dan kes itu akan dipohon untuk dipindahkan ke sini. Ia pasti akan menjawab misteri wang rampasan RM600 ribu atau berkaitan AMLA yang dihadapi Syed Saddiq

 

24 Comments