Sabah kini terima lebih 1 juta vaksin pada bulan julai
09:07 Jul 23, 2021  |  By SabahKini2
Sabah kini terima lebih 1 juta vaksin pada bulan julai

Lebih 1 juta dos bulan julai dan dijangka lebih 1 juta dos lagi bulan Ogos. Diharap tiada lagi gangguan bulan seterusnya sehingga imuniti kelompok dicapai.

Sabah dijadual menerima lebih 1 juta dos vaksin COVID-19 untuk bulan ini (Julai), kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun.

Beliau yang juga jurucakap rasmi kerajaan Sabah berkenaan COVID-19 berkata, untuk bulan ini Sabah telah menerima 747,980 dos vaksin itu setakat ini termasuk penghantaran terbaharu 152,100 dos yang telah sampai ke sini petang semalam.

Masidi berkata mengikut jadual penghantaran Sabah akan menerima 30,000 dos vaksin COVID-19 pada 23 Julai dan satu lagi bekalan vaksin dalam kuantiti yang besar iaitu 308,880 dos dijangka sampai pada Rabu depan (28 Julai).

“Kita mengharapkan tidak ada lagi gangguan ke atas penghantaran bekalan vaksin bagi bulan Ogos dan seterusnya, ini akan membolehkan kita meningkatkan kadar vaksinasi bagi penduduk Sabah,” katanya dalam satu kenyataan

Pada 8 Julai lepas, Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor dilaporkan sebagai berkata, Sabah dijangka menerima 2.2 juta dos vaksin COVID-19 pada bulan ini dan awal bulan depan (Ogos) bagi melancarkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Sabahkini2 sebelum ini mempersoalkan Khairy Jamaluddin Menteri Penyelaras PICK berhubung kelewatan penghantaran vaksin ke negeri Sabah yang terganggu kerana kehabisan  vaksin.

Rakyat Sabah mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin yang mendengar suara denyut nadi rakyat dengan mengarahkan penyelesaian segera kekurangan vaksin di Sabah.

Terima kasih kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Haji Hajiji yang mengutamakan rakyat Sabah agar segera  mendapat vaksin.

Kepada Datuk Seri Masidi Manjun jurucakap bencana Covid-19, Menteri kabinet negeri, pemimpin parti dalam GRS, NGO, ahli perniagaan malah Menteri-menteri kabinet daripada Sabah yang memainkan peranan penting menyampaikan suara rakyat kesegeraan vaksin di Sabah.

Jika semua bekalan vaksin mencukupi Sabah yakin sasaran imuniti kelompok menjelang disember nanti akan tercapai.

20 Comments