Sabah ‘Second Class’, KJ ‘capati’ agihan vaksin Sabah!
17:07 Jul 19, 2021  |  By SabahKini2
Sabah ‘Second Class’, KJ  ‘capati’ agihan vaksin Sabah!

Sabah dijanjikan 1 juta dos bulan julai, 1.2 juta lagi ogos tetapi malangnya dicapati. Sarawak boleh dapat lebih 2 juta dos. Mengapa? KJ anggap Sabah 'Second Class' ke? Sabah sentiasa yang terakhir ke? tunggu Sabah kembali catat 1000 kes ke?

Kerajaan mengumumkan jumlah pemberian vaksin COVID-19 sehingga 18 Julai 2021 ialah 14,347,285 dos. Sebanyak 344,961 dos harian dicatatkan pada 18 Julai.

Daripada jumlah itu, dos pertama ialah 9,815,735 orang. 4,531,550 orang pula telah menerima dos kedua. Infografik CITF itu jelas menunjukan Sabah kekal terendah. 

Jika mengikut rekod Kerajaan Sabah, jumlah keseluruhan yang menerima vaksin ialah 841,477. Daripada jumlah itu dos pertama ialah 484, 519 dan dos kedua 356, 958.

Kadar vaksinasi ini masih rendah jika kerajaan Sabah mahu mencapai imuniti kelompok menjelang disember 2021. Sabah cuba mensasarkan 30 ribu pemberian vaksin sehari namun semalam hanya mencapai 22,790 kurang dari 25 ribu.

Jumlah populasi rakyat Sabah ialah 3,908,484 juta namun  layak menerima vaksin bagi umur 18 tahun ke atas ialah 2,932,700 dan golongan 60 tahun ke atas ialah 238,963 orang.

Sebelum ini Sabah dijanjikan 720 ribu dos vaksin pada bulan julai ini dan dijangka 1.1 juta dos lagi akan diterima pada bulan ogos nanti. Malah Ketua Menteri Datuk Hajiji Mohd Noor berkata lebih 2 juta dos sepatutnya diterima Sabah julai dan ogos. Janji bulan julai nampaknya sudah dicapati. Jika bulan ogos ini Sabah tidak menerima jumlah vaksin dijanjikan ia akan menjejaskan sasaran imunisasi kelompok hujung tahun ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Sabah sasar 2.9 juta rakyat terima vaksin, capai imuniti kelompok hujung tahun 2021 ]

Menurut sumber Kabinet Persekutuan memutuskan agar keutamaan pemberian vaksin kepada negeri-negeri yang terjejas teruk iaitu Selangor, Kuala Lumpur (termasuk Labuan) dan Negeri Sembilan negeri penyumbang kes harian terbesar negara. Lebih 50 peratus kes Covid-19 disumbangkan negeri-negeri PH ini.

 Infografik CITF

Namun rekod menunjukkan Negeri Sarawak menerima 2.3 juta dos vaksin bulan julai dan hari ini jika kita melihat status 18 Julai 2021 Sarawak telah menerima 1,563,346 juta dos 1 dan 894,373 dos 2. Keseluruhannya melebihi 2.4 juta dos. Apa sudah jadi? Sarawak dapat lebih banyak berbanding negeri Sabah. Nak kena melawan dulu ke baru diberi vaksin yang sama banyak dengan Sarawak. Atau Kerajaan Sarawak lebih istimewa kerana menghadapi Pilihanraya Negeri bakal menjelang tiba. 

Sarawak kes teruk ke? Negeri Sabah tidak pernah teruk ke selepas Pilihanraya Negeri pada September 2020? Bukankah gelombang kes hari ini adalah kerana daripada PRN Sabah!.

 
Kini Sabah catat kes 666. 3 hari berturut-turut lebih 600 kes


Sabah 'Second Class'?

Tidak ada pun arahan kabinet untuk Sarawak tetapi mendapat jumlah yang banyak. Kepada Menteri Penyelaras PICK Khairy Jamaluddin Sabah ni Negeri 'Second Class' ke? Masa pemilihan UMNO nanti untuk 25 bahagian mahu jadi Presiden, Timbalan, Naib Presiden atau Majlis Tertinggi baru nak letak Sabah sebagai 'First Class' ke? Tak mungkin Timbalan Perdana Menteri daripada UMNO Datuk Seri Ismail Sabri tidak boleh membuat keputusan hantar vaksin ke Sabah sama banyak dengan Sarawak. Apakah kerana Ketua Menteri Sabah daripada Bersatu dan Timbalan Ketua Menteri daripada UMNO dalam GRS maka keputusan menghantar vaksin di Sabah boleh dikemudiankan. Sarawak boleh diutamakan bimbang mereka bersuara terhadap kerajaan pusat, Sabah pula boleh dikemudiankan. Ini cara yang sangat tidak betul.

Negeri Sabah bukan Wilayah Malaysia ke? KJ nak tunggu rakyat Sabah mendapat vaksin bersama-sama dengan warga asing termasuk PATI ke pada bulan ogos ini sebagaimana beliau umumkan ke? Negara Thailand yang sanggup utamakan rakyatnya pun menghentikan bekalan vaksin Astrazeneca kepada negara luar memberi tumpuan kepada rakyatnya. Cara KJ Menteri PICK menasihat Perdana Menteri sangat salah. Jelas 'menganaktirikan' Sabah

KJ nak tunggu kes Covid-19 Sabah mencanak naik semula ke? Pada 17 dan 18 julai, kes Covid-19 di Sabah mula mencanak naik melepasi 600 kes gara-gara kluster tembok (Penjara) yang menyumbang lebih 50 peratus kes Sabah. Nak tunggu kes Sabah naik semula melebihi 1000 ke baru vaksin dihantar lebih banyak? Jangan lupa kes Sabah naik selepas PRN Sabah adalah bermula daripada kluster tembok. Jangan nanti bila dah teruk macam Labuan baru terhegeh-hegeh mahu menyelesaikan masalah. 

Hari ini 19 julai kes Covid Sabah ialah 651 kes. Bermakna 3 hari berturut-turut kes Sabah melepasi 600 kes.


Tunai Janji segera

Khairy Jamaluddin Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan mesti segera menunaikan janji Kerajaan Pusat. Malulah nanti Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Bung Moktar sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri bahawa Timbalan Perdana Menteri (Menteri Pertahanan), Menteri Kesihatan, Menteri MOSTI atau Penyelaras PICK dan Menteri Luar Negeri yang menguruskan Covid-19 daripada UMNO tetapi pemberian vaksin Sabah hanya bertaraf ‘Second class’.

[ARTIKEL BERKAITAN-  460 ribu dos sehari, Sabah terendah! KJ mana vaksin dijanjikan kepada rakyat Sabah? ]

Labuan jiran Sabah yang diserang Varian Delta kini mendapat imuniti kelompok pertama dalam negara apabila 90% penduduk dewasa telah mendapat vaksin. 

Siapa kata Rakyat Luar bandar tak mahu Vaksin? Program Outreach Sabah dapat sambutan rakyat luar bandar

Sabah perlu memberi vaksin 2.9 juta kepada rakyat dewasanya. Hantar dan Kerajaan Sabah lakukan apa yang perlu tanpa bergantung kepada pendaftaran My Sejahtera atau ataupun laman sesawang portal Jawatankuasa Vaksin (JKJAV). Biar kerajaan cari sendiri rakyatnya di semua daerah. Mahu mengharapkan  pendaftaran online amat tidak sesuai dengan Sabah. Tapi kalau vaksin yang sepatutnya dihantar julai ini  pun tidak sampai nak vaksin guna apa?

Semakan laporan media menunjukkan program outreach di luar bandar mendapat sambutan. Satu daerah dan kampung yang hadir pun cecah 1500 orang. Misalnya di Tenom kira-kira 1500 yang hadir. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilantik yang juga Ketua Penerangan UMNO Datuk Raime Unggi sendiri membangkitkan keperluan Program Jangkauan Luar (Outreach) ini kerana sedar orang kampung di luar bandar sukar untuk membuat pendaftaran menerusi MySejahtera ataupun laman sesawang.

“Saya faham kekangan rakyat khususnya di luar bandar yang mungkin sukar untuk membuat pendaftaran melalui MySejahtera namun semangat mereka amat tinggi sekali dan lihat sahaja melalui pelaksanaan Program Jangkauan Luar di Tenom

“Ramai yang keluar untuk mendapatkan vaksinasi kali ini, ternyata tanpa pendaftaran MySejahtera mereka juga boleh membuat pendaftaran secara manual.  Saya juga difahamkan, penduduk luar bandar menanti untuk divaksinasi namun permintaan rakyat lebih tinggi berbanding bekalan vaksin yang dibekalkan ke Sabah,”katanya sebagaimana dilaporkan portal Sabah Media.com

Raimi mempersoalkan di mana vaksin 1 juta dos yang dijanjikan itu. Malahan Bung Moktar Timbalan Menteri pun sebelum ini sudah mempersoalkan awal vaksin yang tertangguh sampai. Ada sesetengah PPV ditutup kerana kehabisan vaksin. Lagi malang jika orang kampung sampai dari jauh tetapi vaksin tidak mencukupi.

“Kerajaan Sabah telah melaksanakan pelbagai program untuk menjayakan PICK di negeri ini dan saya difahamkan Sabah akan menerima 1 juta dos secara berperingkat pada bulan ini namun proses pemberian vaksin masih agak perlahan.

“Kita tidak mahu kesungguhan rakyat untuk menerima vaksin itu luntur, ia perlu disegerakan dan tidak perlu ‘pilih bulu’ dalam penghantaran bekalan ke negeri-negeri, sasaran kita yang utama adalah imuniti kelompok itu dapat dicapai dengan segera dan kita dapat menikmati kehidupan seperti biasa,” katanya.

Di Tenom juga seramai 1,400 penduduk dari 20 buah kampung dari Mukim Saga menerima suntikan vaksin dos pertama Sinovac dihadiri oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Masnah Matsalleh.  berkata, sambutan penduduk untuk menerima vaksin Covid-19 didapati semakin meningkat dan perkembangan positif tersebut amat penting dalam usaha menyekat penularan pandemik yang telah meragut ramai nyawa di seluruh dunia.

Begitu juga program outreach lain seperti di Kota Marudu, Ranau, Sipitang dan daerah lain dilihat mendapat sambutan yang sangat baik. Namun apalah ertinya jika ramai datang tetapi vaksin pula tidak mencukupi. Tentulah ia mengecewakan jika hanya sekadar mendaftar sedangkan mereka perlu datang kembali. Bukannya dekat. Sebab itu perlunya Vaksin dihantar segera dan Kerajaan Sabah menguruskan supaya rakyat cepat mendapat vaksin.

Kepada Khairy Jamaluddin usah dianggap Sabah ini 'second class' dan semua keputusan pun perlu dilihat Sabah yang terakhir. Ini tidak bagus. Jika Sarawak  boleh mendapat vaksin lebih banyak apa alasan Sabah tidak mendapat vaksin sama banyak dengan Sarawak?  Janganlah double standard. Sabah Wilayah Malaysia. Mengapa dilayan sedemikian rupa. Kita harap semua pemimpin di Sabah bersuara. Tunjukkan solidariti kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Haji Hajiji Mohd Noor untuk Sabah mendapat vaksin kadar segera. 

 

27 Comments