Dr Christina terbukti gagal! Dr Rose Nani lonjak lebih 1 juta dos rakyat Sabah divaksin
19:07 Jul 26, 2021  |  By SabahKini2
Dr Christina terbukti gagal! Dr Rose Nani lonjak lebih 1 juta dos rakyat Sabah divaksin

Pemimpin Warisan dan DAP bengang Dr Christina dipindahkan ke Putrajaya. Hakikatnya Christina gagal. Mereka bidas Dr Rose Nani. Hanya dua minggu Dr Rose Nani Pengarah JKNS baharu boleh capai lebih 1 juta dos suntkan vaksin.

Desas desus bekas Pengarah Kesihatan Sabah, Christina Rundi mahu bersara lebih awal akhirnya terjawab apabila beliau memilih untuk bersara selepas Kementerian Kesihatan mengekalkan keputusan memindah beliau ke ibu pejabat di Putrajaya.

Keputusan telah ditetapkan anak jati Sabah orang Papar, Dr Rose Nani Mudin, pakar kesihatan awam dalam bidang epidemiologi dan penyakit disebarkan vector yang sebelum membantu Dr Norhayati di Bahagian Kawalan Penyakit Berjangkit bertugas di Sabah. Jika mahu dibanding atas isu ‘Sabahan’ Dr Rose Nani juga adalah Sabahan pakar.

Tidak mungkin Kerajaan Persekutuan akan  ‘U-turn’ di atas pelantikan itu. Warisan Plus di Sabah menjadikan ia sebagai isu politik wal hal perpindahan penjawat awam perkara biasa.

Lagipun di KKM Christina dilantik sebagai Pengarah Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga dan Gred JUSA  sebelum ke jawatan lebih tinggi. Bermakna Christina bakal naik pangkat di KKM Pusat. Beliau sudah lama lama berkhidmat di Sabah sejak tahun 2012. Beliau perlu mencari pengalaman baru.

Apapun alasan Christina Rundi bersara itu adalah haknya namun sebagai penjawat awam beliau tahu mereka perlu berkhidmat di tempat lain. Jika pun beliau membuat rayuan semua itu kuasa ketua jabatannya di KKM samada KSU atau Ketua Pengarah.

Christina Rundi perlu menerima hakikat beliau bukan lagi bertugas mengikut gaya Datuk Shafie Apdal yang beliau puja. Cara menangani pendemik Covid-19 dan program vaksinasi Sabah bukan lagi seperti cara dahulu.

Lembapnya program vaksinasi di Sabah bawah seliaannya membuktikan Christina Rundi gagal. Kes harian makin memuncak tetapi program vaksinasi terlalu perlahan. Beliau sepatutnya lebih agresif untuk mendapatkan vaksin segera daripada KKM dan CITF tetapi menjadi sebaliknya.

Dan bertukar sahaja Pengarah JKNS yang baharu kini Sabah menerima lebih 1 juta vaksin pada bulan julai. Dan dijangka bulan ogos 1.2 juta lagi. Beliau bekerjasama rapat dengan Ketua Menteri, Menteri Datuk Masidi Manjun dan Kerajaan GRS.

[ARTIKEL BERKAITAN- Sabah kini terima lebih 1 juta vaksin pada bulan julai ]

Lihat saja program vaksinasi di Sabah daripada lembap kini melepas 1 juta dos dan kadar vaksin harian mencecah 35 ribu sehari berbanding sebelum ini. Laporan vaksinasi portal SabahMedia.com membuktikan kadar vaksinasi Sabah melepasi 1 juta dos. Bukankah ini yang kita mahu? Jika bekalan vaksin terus mencukupi dijangka tidak sampai pun bulan disember imuniti kelompok Negeri Sabah boleh dicapai.

 


Kredit: SabahMedia

 

Selepas 13 julai saja menjadi Pengarah JKNS beliau segera mengubah strategi dengan menggandakan jumlah pemberian vaksin sehingga dua kali ganda bagi memastikan sasaran 40 peratus kadar vaksinasi yang ditetapkan Pelan Pemulihan Negara direalisasikan secepat mungkin

"Sabah juga tidak mahu ketinggalan dalam konteks ini kerana misi dan visi kita untuk memvaksinasi semua penduduk secepat dan seramai mungkin," katanya.

Bagi kawasan pedalaman, Dr Rose Nani berkata Kementerian Kesihatan (KKM) dan Jawatankuasa Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) Sabah telah menetapkan beberapa strategi termasuk memperkenalkan pemberian vaksin satu dos seperti CanSino. Menteri Penyelaras PICK baru -baru ini menjanjikan Sabah negeri pertama menerima vaksin tunggal Cansino.

[ARTIKEL BERKAITAN- Janji KJ Sabah negeri pertama mendapat vaksin CanSino

 Sabah Kini2

Dr Rose Nani terlibat secara langsung dalam program vaksinasi di peringkat kebangsaan sebelum ini  memanfaatkan pengalamannya untuk meningkatkan kadar serta keupayaan pemberian vaksin kepada penduduk Sabah.

Beliau  berperanan dalam pembukaan PPV mega di Kuala Lumpur seperti di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia, selain pembukaan PPV mega di Selangor seperti Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines, Serdang dan Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam.

"Saya fikir kaedah yang digunakan di PPV terbabit boleh digunakan di Sabah supaya lebih ramai rakyat dapat divaksin," katanya.

2.9 juta rakyat Sabah perlukan suntikan vaksin daripada 3.9 juta populasi rakyat Sabah.  DAP memang benci pertukaran Christina dengan Dr Rose Nani ini maklumlah senang ‘kawtim’ namun mereka gagal menafikan kepakaran Sabahan Sabah seperti Dr Rose Nani.

[ARTIKEL BERKAITAN- DAP Sabah tidak setuju ‘Sabahan’ Dr Rose Nani Pakar Penyakit Berjangkit ganti Christina Pengarah JKNS ]

 DAP Sabah tidak setuju ‘Sabahan’ Dr Rose Nani Pakar Penyakit Berjangkit ganti Christina Pengarah JKNS

 

Hentikan polemikkan isu Christina Rundi

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun dalam satu kenyataan media hari ini berkata, polemik pertukaran Pengarah Kesihatan Sabah ini perlu dihentikan agar kita menumpukan semua usaha kita mengurus dan melawan ancaman penularan virus COVID-19 yang semakin merunsing.

“Kita harus memberi peluang kepada Pengarah Kesihatan baharu, Dr Rose Nani Mudin untuk membuktikan kewibawaan dan kemampuannya mengurus ancaman COVID-19 ini, sama dengan peluang yang kita telah berikan kepada Datuk Dr Christina Rundi.

“Dr Rose Nani Mudin berasal dari daerah Papar, anak jati sabah, bapa berbangsa Kadayan dan ibu, Kadazan,” kata Masidi.

Tambahnya, Dr Rose Nani juga mempunyai latar belakang kepakaran yang sama dengan Dr Christina.

Kerajaan berterima kasih atas sumbangan Christina namun katanya kita menerima hakikat beliau juga seorang pegawai perkhidmatan awam yang tertakluk kepada pertukaran pada bila-bila masa untuk bertugas di tempat lain.

 

 

 

23 Comments