Skandal JKR parah! 4 konsesi ‘kroni’ ditamat kontrak prestasi teruk dilantik semula laksana projek, mana SPRM?
17:08 Aug 02, 2021  |  By SabahKini2
Skandal JKR parah! 4 konsesi ‘kroni’ ditamat kontrak prestasi teruk dilantik semula laksana projek, mana SPRM?

SIRI 1- Bila SPRM mahu heret Ir Max KPP JKR? Makin teruk. Hanya jawatan KPP JKR tetapi boleh tandatangan surat projek bagi pihak Pengarah JKR. Ratusan juta bakal terbang lagi. Syarikat teruk, tipu 'claim' tak buat kerja tetapi diberi semula projek!

Apa sudah jadi dengan Skandal RM1.5bilion di JKR di zaman Peter Anthony sebelum ini? Peter diheret ke SPRM tetapi pegawai JKR belum diangkat lagi malah lebih berkuasa.

Sekalipun  semua kepincangan Ir. CHONG KOK HOWE @ MAX Ketua Penolong Pengarah di Bahagian Cawangan Pemeliharaan Jalanraya projek Senggaraan jalan di Sabah beliau tetap berkuasa di JKR! Salahlaku Ir Chong Kok Howe inilah punca mengapa Kementerian Kewangan Sabah mengambil alih semula projek senggaraan jalan Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah (MCDC). Banyak helah dan kos tersembuyi beliau lakukan sehingga merugikan kerajaan. 

[ARTIKEL BERKAITAN- Dalang Pegawai JKR Skandal RM1.5B Punca MOF Sabah ambil alih projek selenggaraan jalan? ]

Bahagian Operasi Khas (BOK) SRPM juga telah menyiasat skandal ini. Lebih 300 ribu gambar serta fail diambil oleh SPRM. Namun apa status siasatan kes ini? Berjuta wang kerajaan di bayar pada 4 konsesi itu pada kerja yang dilakukan selain harga kontrak ‘mark up’ melampau.

[ARTIKEL BERKAITAN- Dalang Pegawai JKR bayar konsesi ‘kroni’ ratusan juta terbongkar! SPRM digesa siasat ]

Sabahkini2 sebelum ini telah mendedahkan semua butiran 4 Konsesi RM1.5 bilion kroni Peter iaitu AK Kontraktor Sdn Bhd,  Borneo Nabalu Builders Sdn Bhd, AK Setia Bina Sdn Bhd  dan Sinaran Mewah telah DITAMATKAN kontrak. Notis penamatan semua syarikat itu telah dimulakan sejak 7 Januari 2021 melalui surat rujukan HQ.7(2020 (5)/ sehinggalah penamatan penuhnya pada 28 April 2021 rujukan KEW (S) 100-15/1/1Kit 3.6.

Sekalipun Peter Anthony kini tiada di kementerian lagi tetapi kerana Pegawai JKR yang sama masih berkuasa maka 4 konsesi ini terus kenyang. Pemimpin GRS hanya gigit jari di kawasan parlimen apabila melihat kroni Warisan mendapat projek. Kerajaan berkuasa GRS tapi yang kutip ufti syarikat kroni Warisan.

Menjadi persoalan lagi semua konsesi yang dibayar ratusan juta itu ditamatkan namun satu dari konsesi milik 'Kayangan' yang mempunyai hubungan dengan VVIP Istana Negeri milik taikun Syarikat Pembinaan Azam Jaya iaitu Borneo Nabalu Builders Sdn Bhd tidak ditamatkan dan disenarai hitamkan kerana gagal melaksanakan kerja tetapi hanya dibuat secara Penamatan Bersama (MUTUAL TERMINATION).  Surat Pengarah JKR Sabah 7 Januari 2021 rujukan HQ/8202/(S) 199 jelas membuktikannya. 

Siapa berani menyanggah Syarikat Pembinaan Azam Jaya dipayungi VVIP istana pro Warisan ini? Apa istimewanya syarikat Borneo Nabalu Builders Sdn Bhd milik kayangan ini sehinggga boleh diberi Penamatan Bersama (MUTUAL TERMINATION)? Apakah kerana penama Jesscia Lo @Lo Vun Che ( Pengarah Eksekutif di Azam Jaya Properties Sdn Bhd) anak Tan Sri Joseph Lo maka Borneo Nabalu Builders tidak boleh diusik?

Surat Pengarah JKR Sabah itu di atas jelas mengesahkan kegagalan syarikat itu melaksanakan kontraknya di Sabah. Prestasi syarikat lemah kerja-kerja pemeliharaan, pemulihan, penyelenggaraan jalan, longkang, pemotongan rumput, naiktaraf jalan,penurapan dan banyak lagi spesifikasi dalam kontrak tidak dilakukan. Kerja pemeliharaan jalan 100 peratus tidak dilaksana dan hanya 19 peratus sahaja penyelenggaraan rutin dilaksana. Semua kerja tidak mengikut jadual ditetapkan malah diberi amaran sejak bulan Mac, Oktober dan November 2020 kerana prestasi kerja yang buruk.

Syarikat Borneo Nabalu Builders Sdn Bhd diberi MUTUAL TERMINATION sepatutnya ditamatkan dan disenarai hitamkan!

Garis Panduan Pelaksanaan Penamatan Bersama (Mutual Termination) Pekeliling Perbendaharaan Malaysia jelas menyebut Penamatan Bersama kontrak kerja bagi projek Kerajaan hanya akan dipertimbangkan apabila Agensi Pelaksana telah memastikan bahawa obligasi sesuatu kontrak tidak dapat dilaksanakan selepas kontrak ditandatangani.

Penamatan Bersama tidak boleh dipertimbangkan atas sebab ketidakmampuan kontraktor ataupun kemungkiran kontraktor dalam melaksanakan tanggungjawab kontraknya. Mana-mana penjawat awam yang bersetuju dengan Penamatan Bersama dalam keadaan ini boleh ditafsirkan sebagai menyalahgunakan kuasa dengan membantu melepaskan kontraktor daripada melaksanakan tanggungjawab kontraknya dan boleh dikenakan tindakan tatatertib/surcaj.

Bukankah jelas kontraktor salah. Mengapa Borneo Nabalu Builders Sdn Bhd diberikan Penamatan Bersama jika terbukti salah?  Salah tetap salah bukan kawtim!. Jalan selenggara konsesi ini di Zon Tawau, Lahad, Datu, Semporna dan Kunak sangat buruk sekali sebagaimana yang dinyatakan oleh Pengarah JKR Sabah di atas. Claim RM500 juta tapi kerja tak buat! Tak kan SPRM tak nampak lagi?

 

 

Penyelewengan dan salah guna kuasa Ir. CHONG KOK HOWE @ MAX Ketua Penolong Pengarah JKR

Terbaru Chong Kok Howe @Max mengeluarkan surat Arahan melaksanakan kerja penyelenggaraan jalanraya semasa tempoh Pelan Pemulihan Negara Fasa 2 Negeri Sabah bermula 10 Julai 2021 melalui surat bertarikh 16 Julai 2021 (Rujukan JKR.PJN:600-31/0 JLD.13 (  ). Kepala Surat ialah Pengarah JKR Sabah tetapi yang tandatangan bagi pihak Pengarah JKR adalah Ir Chong Kok Howe @Max! Kuasa apa dia boleh tandatangan bagi pihak Pengarah JKR?

Ir Hj Ali Ahmad Hamid Pengarah JKR Sabah mahu mengambil tanggungjawab ke jika berlaku salah laku atau penyelewengan? Atau sengaja membiarkan Max yang rakus menandatangani segala dokumen. Jawatan hanya Ketua Penolong Pengarah/Pemeliharaan Jalanraya tetapi sangat berkuasa berbuat apa sahaja. Claim kerja yang tak buat pun dia juga. 


Pengarah JKR Sabah Ir Ali Ahmad Hamid tetapi yang sibuk menandatangani surat adalah Ir Chong Kok Howe @Max.
Semua arahan Pemeliharaan dan senggaraan jalanraya termasuk Surat Setuju Terima (SST) pun ditandatangani oleh Max.
Mengapa Max sangat berani?

Pengarah JKR Sabah buta atau sengaja menunggu Max masuk ke dalam

Persoalan besar ialah jika 4 konsesi itu telah ditamatkan termasuk Borneo Nabalu secara Mutual Termination mengapa pula Ir Chong Kok Howe @Max memberi salinan arahan kerja penyelenggaraan Jalanraya semasa tempoh PPN? Jawapanya Ir Chong Kok Howe @Max telah melantik semula 4 syarikat konsesi itu melaksana projek Penyelenggaraan Jalanraya-jalanraya Majlis-Majlis Perbandaran dan Daerah (MCDC) di Sabah pada bulan MEI 2021!

Kalau pun hendak melantik syarikat baharu lantiklah yang benar-benar baru mengapa melantik semula syarikat yang telah di tamatkan kontrak? Yang terbukti gagal. Polisi apakah ini? Apa kepentingan Pengarah JKR dan Ir Chong Kok Howe @Max melantik syarikat yang telah ditamatkan kontrak? Dah tahu prestasi buruk dilantik semula.

Banyak keputusan JKR tidak dirujuk kepada Kementerian Kewangan Negeri dan Pusat. Sesetengah itu menyalahgunakan Arahan Perbendaharaan AP 54 (melebiihi peruntukan perlu mohon MOF) dan AP55 (Perbelanjaan Darurat). Semua dibuat sesuka hati ikut kepala Ir Chong Kok Howe @Max.

Sabahkini2 akan mendedahkan episod seterusnya bukti 4 syarikat konsesi Peter Anthony yang ditamatkan kontrak dilantik semula oleh Ir Chong Kok Howe @Max. Berapa juta terbang lagi melalui proposal syarikat konsesi yang gagal ini. Nampaknya JKR semakin parah sudah tidak boleh dikawal lagi. SPRM nampaknya nak tunggu Sabahkiini2 dedah surat baru kelulusan JKR lagi. Kalau SPRM tak nampak lagi tak tahulah. Nantikan pendedahan seterusnya yang mengejutkan bagaimana seorang Ketua Penolong Pengarah Pemerliharaan Jalanraya boleh memperbodohkan bosnya Pengarah JKR Sabah. 

Apakah semua ini kerana wang? Menghentikan semua kerosakan ini tiada cara lain ialah membawa Ir Chong Kok Howe @Max! ke SPRM. Reman dan kenal pasti semua salah laku Max JKR. Kerajaan GRS akan rosak hanya kerana pegawai seperti ini.

 

[BACA ARTIKEL BERKAITAN - Laporan Ketua Audit Negara buktikan MOF Sabah laksana senggaraan Jalan PBT, JKR laksana jalan seliaan JKR!]

 

 

31 Comments