RM44.1 juta AK Setia Bina! Pegawai JKR bodohkan lagi rakyat Keningau, Tambunan, Nabawan, Beaufort, Sipitang, Kuala Penyu
05:08 Aug 04, 2021  |  By SabahKini2
RM44.1 juta AK Setia Bina! Pegawai JKR bodohkan lagi rakyat Keningau, Tambunan, Nabawan, Beaufort, Sipitang, Kuala Penyu

AK Setia Bina Sdn Bhd Kroni Peter Anthony sebelum ini dapat RM400 juta. Prestasi buruk, projek tak buat tapi 'claim' ratusan juta. Ditamatkan pada januari tetapi pegawai JKR beri projek semula. Kini mahu 'pau' RM44.1 juta pula. Kasihan rakyat Sabah..

2 Ogos lalu Sabahkini2 telah mendedahkan bagaimana Ir. CHONG KOK HOWE @ MAX Ketua Penolong Pengarah JKR Bahagian Cawangan Pemeliharaan Jalanraya memperalatkan Ir Hj Ali Ahmad Hamid Pengarah JKR Sabah untuk melantik semula 4 konsesi kroni Peter yang telah ditamatkan pada 7 Januari 2021. Lebih istimewa syarikat gagal  konsesi milik 'Kayangan' Borneo Nabalu Builders Sdn Bhd hanya dibuat secara Penamatan Bersama (MUTUAL TERMINATION).  Tiada senarai hitam kepada syarikat yang gagal laksana kontrak.

Chong Kok Howe @Max kantoi mengeluarkan surat Arahan melaksanakan kerja penyelenggaraan jalanraya semasa tempoh Pelan Pemulihan Negara Fasa 2 Negeri Sabah bermula 10 Julai 2021 melalui surat bertarikh 16 Julai 2021 (Rujukan JKR.PJN:600-31/0 JLD.13 (  ) menggunakan 'Letter head' Pengarah JKR Sabah tetapi ditandatangani oleh Ir Chong Kok Howe @Max!. Max memberikan arahan kepada semua jurutera daerah dengan memberikan salinan surat kepada semua syarikat konsesi termasuk konsesi yang telah ditamatkan kontrak.

[ARTIKEL BERKAITAN- Skandal JKR parah! 4 konsesi ‘kroni’ ditamat kontrak prestasi teruk dilantik semula laksana projek, mana SPRM? ]

 

Benarkah Ir Chong Max KPP dan Ir Hj Ali Ahmad Hamid Pengarah JKR Sabah  memberi kontrak baharu kepada konsesi diitamatkan kontrak selenggaraan sebelum ini? Bayangkan syarikat konsesi yang ditamatkan awal januari 2021 diarahkan semula secara formaliti membuat permohonan semula kontrak selenggaraan pada 20 Januari 2021.

Satu contoh syarikat ialah AK Setia Bina Sdn Bhd punya hubungan rapat dengan Peter Anthony dan Ir Chong Max. Syarikat yang terbukti perkhidmatannya paling teruk diberi projek semula! Konsesi AK Setia Bina Sdn Bhd sebelum ini mendapat kontrak RM80 juta setahun atau selama 5 tahun dalam RM400 juta! Namun 20 januari AK Setia Bina sudah menghantar Cadangan Kerja Provisional Sum No.2 tahun 2021 Penyelenggaraan Jalanraya Majlis Perbandaran dan Daerah Pantai Barat Selatan dan Pedalaman Bawah dengan harga kontrak RM 44,187,365.20 

Pada 28 Mei 2021 keluarlah surat wayang Pengarah JKR Sabah yang diuruskan Ir Chong Max bagi arahan pengurangan skop kerja konsesi. Wal hal bulan januari lagi AK Setia Bina membuat permohonan kepada Ir Chong Max KPP JKR.

Sebelum ini RM80 Juta setahun atau RM400 juta 5 tahun. Harga PerKM ketika itu ialah RM105,328.30
sebulan bagi 759.53 KM

 

 

RM 44,187,365.20  AK Setia Bina Sdn Bhd bakal rompak lagi. Selain kos didaerah lain seperti Zon Keningau, Tambunan,Nabawan, Beaufort , Sipitang dan Kuala Penyu

 

JKR dan Kerajaan Negeri sangat maklum betapa teruknya prestasi AK Setia Bina Sdn Bhd ini. Lihat gambar projek selenggaraan mereka di Zon Keningau, Tambunan,Nabawan, Beaufort , Sipitang dan Kuala Penyu. Syarikat konsesi 'claim projek' ratusan juta pada kerja yang tidak dilaksana sebelum PRN Negeri Sabah lagi.

Oleh itu apakah Ir Hj Ali Ahmad Hamid Pengarah JKR Sabah sudah dibutakan oleh  Ir Chong Max KPP? 

Sabahkini2 telah mendedahkan siapa AK Setia Bina Sdn Bhd pada bulan Februari dan Mac. Artikel itu boleh dibaca dalam artikel ini

[ARTIKEL BERKAITAN- Konsesi 'Peter' AK Setia Bina RM400 juta: Rakyat Keningau, Tambunan, Nabawan, Beaufort, Sipitang, Kuala Penyu dapat apa? ]

[ARTIKEL BERKAITAN- SPRM serbu JKR Daerah, Konsesi ‘Peter’ Gagal di Jalan Beaufort, Sipitang, Kuala Penyu pula terbongkar!

Rakyat Sabah di kawasan Tambunan,Nabawan, Beaufort , Sipitang dan Kuala Penyu sudah rugi, jalan tidak dibuat dan selenggara tapi 'claim' Syarikat dapat berjuta. Tak mungkin rakyat Sabah dibodohkan sekali lagi oleh 4 Konsesi kroni ini lagi. Rakyat Sabah wajib bangun menentang secara terbuka syarikat konsesi yang terbukti gagal ini. Jika dah tamat kontrak maka tamatlah. Ganti syarikat yang baharu. Mengapa perlu mengulangi kebodohan?

 

 

 

29 Comments