Terima kasih kekal GRS harap UMNO Sabah sokong Muhyiddin sebagai PM- Ronald Kiandee
17:08 Aug 07, 2021  |  By SabahKini2
Terima kasih kekal GRS harap UMNO Sabah sokong Muhyiddin sebagai PM- Ronald Kiandee

Ronald Kiandee alu-alukan pendirian Umno Sabah kekal GRS dan berharap UMNO Sabah sokong Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri usul tidak percaya September nanti.

Naib Presiden Bersatu Ronald Kiandee mengalu-alukan keputusan Umno Sabah untuk terus bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) ketika kemelut politik melanda Semenanjung.

Ia selepas Umno Sabah mengeluarkan kenyataan lewat malam semalam yang menyokong apa jua keputusan kepemimpinan parti selain terus menyokong kerajaan Sabah di bawah kepemimpinan Ketua Menteri Hajiji Noor yang juga Ketua Bersatu negeri.

[ARTIKEL BERKAITAN- UMNO Sabah kekal sokong kerajaan GRS, Ketua Menteri Hajiji ]

“Kami mengalu-alukan pendirian Umno Sabah dalam mengekalkan sokongan kepada GRS,” kata Kiandee hari ini.

“Dan sudah tentu kami berharap mereka kemudiannya menyokong kepemimpinan Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri apabila usul undi percaya dibentangkan di Parlimen (bulan depan).”

Kiandee, yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan berkata demikian ketika membuat lawatan ke Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Sabah.

Dalam kenyataan malam tadi, Umno Sabah berkata merka akan sentiasa menghormati keputusan dibuat di peringkat persekutuan tetapi mandat yang diberikan oleh rakyat Sabah kepada parti dalam Pilihan Raya Negeri Sabah ke-16 juga harus dihormati.

“Oleh yang demikian, Umno Sabah akan kekal menyokong kerajaan GRS di bawah kepemimpinan Hajiji.

“Kami berharap pendirian ini akan dihormati oleh semua demi kestabilan, keharmonian dan kemakmuran Sabah serta rakyatnya,” kata parti itu.

 

2 Comments