Dulu direman SPRM, Edward Lingkapo Pengarah bakal lingkupkan Jabatan Air Sabah?
05:08 Aug 10, 2021  |  By SabahKini2
Dulu direman SPRM, Edward Lingkapo Pengarah bakal lingkupkan Jabatan Air Sabah?

Kebalnya Edward Lingkapo. Direman 6 hari oleh SPRM, SKN tidak pula menggantung Edward. Kekal jadi pengarah hingga kini. Tapi Pegawai Pertanian Keningau direman rasuah seks dipindahkan serta merta. Kini Edward buat lagi projek demi kroni.Arahannya...

Pendedahan Sabahkini2 bermula 14 Februari 2020 mengenai Projek  konsesi rundingan terus RM1.5bilion mendapat respon marah daripada Datuk Peter Anthony Menteri Pembangunan Infrastruktur Ketika itu dan mengugut menyaman portal Sabahkini2. Bagaimanapun pendedahan surat kelulusan SST projek itu menutup mulut Peter ia bukan fitnah selepas syarikat AK Kontraktor Sdn Bhd milik kroni Peter yang terlibat dengan kes rasuah RISDA turut didakwa dimahkamah pada bulan jun 2020.

Pada 9 Jun 2020 Naib Presiden Warisan Peter Anthony dipanggil hadir ke ibu pejabat SPRM Sabah di Kota Kinabalu bagi soal siasat kes RISDA dan kontrak penyelenggaraan jalan bernilai RM1.5 bilion yang diberikan secara rundingan terus kepada 4 syarikat. Peter sendiri mengaku ia kelulusan Menteri Kewangan Sabah yang juga Ketua Menteri Datuk Seri Shafie Apdal ketika itu. Siasatan kes RM1.5b ini masih berjalan sehingga sekarang namun tertangguh kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) melawan pandemik Covid-19. Kita tunggu apa langkah SPRM. 

SPRM tahan ‘orang kepercayaan’ Peter Anthony

Sebulan selepas pelantikan Ir Edward Lingkapo sebagai Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) menggantikan Amarjit Singh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menahan Edward Lingkapo berhubung projek pembangunan infrastruktur JKR ketika beliau sebagai bekas Timbalan Pengarah JKR (Jeraya). Edward direman lebih 4 hari. Macam biasalah jika pegawai ditahan bersetuju menjadi saksi ambil wang rasuah pun boleh dibebaskan.

[ARTIKEL BERKAITAN- SPRM tahan Pengarah Jabatan Air 'Orang Kanan Peter' kes projek infrastruktur RM1.5B? ]

SPRM tahan Pengarah Jabatan Air 'Orang Kanan Peter' kes projek infrastruktur RM1.5B?

Martin Tommy pemegang amanah duit Peter juga diheret ke SPRM

Turut ditahan SPRM ialah Peguam kesayangan Peter Anthony iaitu Martin Tommy. Beliau merupakan Peguam yang menyimpan wang-wang Peter Anthony dalam urusan komisen projek Peter. Jika dahulu Martin Tommy sentiasa bersama Peter untuk kes mahkamah kini nampaknya Martin agak kurang bersama selepas beliau direman SPRM. 

[ARTIKEL BERKAITAN- Martin Tommy Peguam ‘proksi’ Peter Anthony direman SPRM ]

Bagaimanapun Datuk Seri Safar Untong Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah tidak pula menggantung atau ‘pool’ jawatan Edward Lingkapo dalam tempoh siasatan malah membenarkan beliau menjawat jawatan Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah sehingga sekarang berbanding kes rasuah seks Pegawai Jabatan Pertanian Keningau Sabah yang diarahkan pindah serta merta.

Apa status kes rasuah  Ir Edward Lingkapo dan Martin Tommy itu masih kekal misteri hingga sekarang. Tidak diketahui sama ada dilepaskan atau bakal dibuat pertuduhan. Tumpuan kes SPRM ialah pada kes mahkamah Datuk Peter penipuan dokumen palsu UMS yang sedang dibicarakan mahkamah sekarang. Sultan Selangor pun bising kepada SPRM kerana melengahkan kes siasatan pegawai yang ditangkap di Selangor.

Ir Edward Lingkapo Pengarah JANS ini seperti 'Sesumpah' boleh bertukar warna kulit bila-bila masa. Ketika di JKR beliau boleh taat setia dan kaki kipas kepada Peter Anthony sehingga dilantik menjadi Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah menggantikan Amarjit Singh Warisan yang kontroversi. Kini ketika Menteri JKR yang baru pun dia tetap melakukan peranan sama. Kaki kipas dan bijak menyembunyikan kesalahan lamanya maka beliau kekal sebagai Pengarah JANS sehingga sekarang. Edward kini menjadi 'mata dan telinga' Peter di dalam Jabatan Air Negeri Sabah. Semua projek Peter dia sambung malah geng Warisan terus kaya dengan projek Jabatan Air.

Apa kepakaran beliau di Jabatan Air Negeri Sabah? beliau hanya jurutera jalan di JKR sekian lama bukan jurutera air. Lantaran itu masalah air di Sepanggar, Kota Kinabalu, Beaufort serta seluruh Sabah meruncing di zaman beliau menjadi Pengarah JANS. 

Masalah loji air berulang kerana beliau bukan jurutera air. Apa kepandaian beliau mengurus air? Malah kelemahan beliau mengurus isu bekalan air di Sepanggar memalukan Kerajaan GRS sehingga Ketua Menteri dan Timbalan Ketua Menteri terpaksa turun ke kawasan itu.  Ini belum masuk banyak aduan lain di Sabah. Di Kota Kinabalu sahaja lebih 2400 aduan masalah air diterima. 

 

Arahan Edward Lingkapo - Buat projek dulu- Sebut harga tanpa Kuasa Membelanja Peruntukan (KMP)
 
Ir Edward Lingkapo memang seorang yang berani. Melalui  surat JANS/HQ (P&B)400-8/1/4JLD.6(283) bertarikh 28 Julai 2021 beliau mengarahkan Ketua Penolong Pengarah, Jurutera Air Daerah dan Pegawai Kerja Air Daerah meneruskan pemanggilan Sebutharga tanpa mengikut peraturan kewangan AP 54 Kuasa Membelanja Peruntukan (KMP) oleh Pegawai Pengawal.

AP 54 mesti diluluskan Kementerian Kewangan terlebih dahulu. Tapi Edward melakukan belanja dahulu kelulusan MOF kemudian. Maka kenyanglah kontraktor kroni kawasan meminta projek nanti. Dalam ertikata lain MOF pun tak tahu apa projek JANS lakukan atau bina. Buat dahulu kemudian saja kelulusan MOF. Katanya ini bukan amalan biasa hanya untuk menampung tunggakan bayaran AP 58 (a) sejak 2015. Pandemik Covid-19 datang maka semua ini ala-ala permohonan AP55 Darurat. Kementerian Kewangan Pusat atau Sabah mesti luluskan kalau projek nampak terdesak. 

Ini sama perangai dengan Ir Chong Max Bahagian projek Selenggaraan jalan. DNA sama itu yang perangai mereka pun sama.

 

 

Ir Edward Lingkapo memang sangat berani. Beliau menggunakan setiap inci kuasanya untuk beri projek kepada syarikat kroninya atau kawan-kawan Peter Anthony. Ada pendedahan panas selepas ini. Nantikan siri kedua.

 

 

 
24 Comments