Tony Pua, Ong Kian Ming seru DAP pilih 'CSA' Muhyiddin berbanding 'Kleptokrat'
22:08 Aug 13, 2021  |  By SabahKini2
Tony Pua, Ong Kian Ming seru DAP pilih 'CSA' Muhyiddin berbanding 'Kleptokrat'

Mengapa Tony Pua menyeru rakan DAPnya memilih Muhyiddin. Begitu juga Ong Kian Meng? Misi DAP kali ini nampaknya Asal Bukan 'kleptokrat' berkuasa. Apakah tawaran Muhyiddin terbaik? Atau semua ini telah diatur lama sebelum Dewan Parlimen bersidang lagi..

Awal ogos lalu Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua dalam facebooknya sudah membayangkan Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) dengan Muhyiddin. Ketika itu ia hanya sebuah desas desus walaupun sumber menyatakan CSA itu telah Berjaya ditandatangani sebelum sidang dewan parlimen dimulakan. Malah mungkin senarai itu jugalah yang dibawa Perdana Menteri ketika mengadap Yang Dipertuan Agong.

[ARTIKEL BERKAITAN- Tumbangkan PN: Tony Pua bayangkan DAP pilih Muhyiddin bukan 'kleptokrat' ]

Muhyiddin punya keyakinan sehingga Undian tidak percaya dibuat di Dewan Rakyat atau sehingga Dewan Rakyat dibubarkan. Oleh itu segala desakan menyatakan Muhyiddin tiada majoriti mudah diabaikan begitu sahaja. Tiada siapa boleh mendakwa punya sokongan MP terbesar. 

 

Mengapa Tony Pua memulakan idea itu? Atau DAP sengaja mencipta naratif baru kepada persiapan CSA itu? DAP sedar Anwar Ibrahim tidak mungkin menjadi Perdana Menteri berdasarkan pengalaman situasi sebelum ini. Anwar pastinya tidak mempunyai sokongan PH yang mencukupi kerana kumpulan parti Pejuang dan Warisan tidak mungkin mengundi Anwar sebagai PM. Jika sekalipun ‘Team Jajaran’ memilih Anwar tidak mungkin Tun Dr Mahathir dan Shafie Apdal memilih Anwar. Team Jajaran Baru mahukan blok mereka menjadi Perdana Menteri Interim. Maka tidak ada sesiapa parti mempunyai majoriti.

Kata Tony Pua mahu pilih kekal Muhyiddin atau UMNO mengambil alih jawatan PM jika Muhyiddin meletakkan jawatan? Menggulingkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkemungkinan besar akan berpihak atau memberi manfaat kepada UMNO.

“Tidakkah sekiranya nanti beliau (Muhyiddin) mengundurkan diri atau meletakkan jawatan sebagai PM, UMNO dilihat lebih mudah dalam mengatur kedudukan untuk mereka menerajui jawatan PM?

“Atau mungkin kita boleh berfikir selangkah ke hadapan untuk menghentikan golongan kleptokrat ini daripada terlepas?

Itu sebahagian hujah dan pertanyaan Tony Pua. Tony mengajak rakan-rakannya berfikir panjang dan berfikir betul-betul.

Tawaran baru Muhyiddin dan Perikatan Nasional

Hari ini Tan Sri Muhyiddin dan Perikatan Nasional mengumumkan secara terbuka mahu bersepakat dan berunding dengan pemimpin parti di luar gabungan itu bagi memastikan undi percaya ke atas Muhyiddin Yassin dapat diluluskan.

Menurut Muhyiddin langkah itu dibuat agar kerajaan PN dapat terus berfungsi sehingga tiba waktunya rakyat mendapat kembali hak memberikan mandat kepada pihak yang dirasakan wajar menjadi kerajaan.

“Kami (PN) telah mencapai satu kata sepakat, untuk berunding dengan pimpinan-pimpinan parti di luar PN bagi meluluskan undi percaya kepada perdana menteri di Dewan Rakyat.

“Ini akan membolehkan kerajaan yang ada pada hari ini terus berfungsi menguruskan pandemik hingga tiba satu masa yang sesuai untuk diadakan pilihan raya bagi mengembalikan semula mandat kepada rakyat,” katanya dalam ucapan khas yang disiarkan petang tadi.

Rangka persefahaman diumumkan Muhyiddin ialah;

  • RUU Perbekalan (Belanjawan) akan dirundingkan terlebih dahulu dengan semua ahli parlimen tanpa mengira parti sebelum dibentangkan di parlimen.
  • Pelaksanaan Undi 18 tanpa menunggu pelaksanaan pendaftaran automatik yang mengambil masa.
  • Mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri kepada dua penggal sahaja
  • Undang-undang antilompat parti
  • Peruntukan tahunan yang sama kepada semua ahli parlimen tanpa mengira parti politik.
  • Separuh daripada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen dipengerusikan oleh ahli parlimen pembangkang.
  • Ketua Pembangkang diberikan saraan dan kemudahan yang setara dengan seorang menteri kanan.

Apa naratif yang cuba dibawa Muhyiddin? Menurut sumber sebenarnya Tan Sri Muhyiddin sudah bersiap-siap awal dengan kaedah CSA ini. Mungkin Muhyiddin sudah pun memperolehi tandatangan 17 MP DAP itu. Ia bergantung kepada pencapaian gerak kerja Datuk Seri Ismail Sabri Timbalan Perdana Menteri memujuk Ahli Parlimen BN. Nampaknya sebahagian memilih keluar bersama Presiden UMNO walaupun kalangan MP UMNO dikatakan telah menandatangani dua SD. Satu kepada Perdana Menteri dan Presiden UMNO. Tawaran kepada Undi Tidak Percaya sudah tentu mungkin memberi kelebihan kerana sokongan dibuat secara undian rahsia di Dewan Rakyat.

Naratif DAP 'Asal Bukan Kleptokrat' pilih Muhyiddin

Hari ini Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming yang juga bekas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri mahu pembangkang duduk semeja berbincang mengenai tawaran Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kian Ming melalui ciapan di Twitternya berkata, cadangan yang dikemukakan itu memberikan impak besar terhadap masa depan politik negara.

"PM @MuhyiddinYassin telah mencadangkan cara untuk bergerak ke hadapan dengan beberapa reformasi institusi yang akan memberikan impak terhadap politik Malaysia jika ia diluluskan (di Parlimen).

"Saya berfikir semua parti politik perlu duduk dan berbincang jika sama ada cadangan yang diberikan boleh diterima atau tidak," katanya.

Apakah semua ini kebetulan selepas sahabat baiknya Tony Pua juga mengutarakan isu sama sebagaimana awal bulan ogos lalu?

Menurutnya, cadangan itu dibuat bagi membolehkan kerajaan terus berfungsi ketika pandemik Covid-19 dengan sokongan bi-partisan di Parlimen.

Sekali lagi DAP menghujahkan asalkan dapat mengelak kumpulan kleptokrat memerintah jika kemelut politik berterusan dan tidak diselesaikan segera.

Nampaknya misi DAP dalam percaturan ini mudah. Mereka menerima 'CSA' Muhyiddin, tidak menerima jawatan sehingga PRU namun peruntukan parlimen diberikan dan paling penting mereka tidak mahu kumpulan 'Jajaran Baru' menjadi Perdana Menteri sama ada sebagai PM Interim atau kerjasama dalam PH. Maka DAP mengulangi pendirian perkara 'Kleptokrat' itu.

DAP tidak mungkin dapat bekerjasama dengan UMNO dalam PN namun nampaknya DAP lebih memilih menolak kerjasama UMNO dalam PH bersama Anwar Ibrahim atas hujah 'Bersama Kleptokrat'. Maka naratif seumpama ini disediakan DAP kepada penyokong mereka agar pilih mana yang baik untuk mereka. Mana lebih selamat PM Interim atau PM Muhyiddin?

Sekalipun ada parlimen DAP seperti Ahli Parlimen Ipoh Timur, Wong Kah Woh menolak saranan Ong Kian Ming percayalah tawaran terbuka ini hanyalah satu medan formaliti yang membuka ruang kepada pihak lain menerima idea ini. 

Bagi Parti Warisan pula jangan sombong kerana menurut sumber ada MP Warisan yang sudah menandatangani CSA ini. Siapa pasti ia mengejutkan Warisan.

Tarbaru Tony Pua  dalam FBnya mengulangi pendiriannya dan kini terang-terang meminta rakan-rakan DAPnya memikirkan tawaran Muhyiddin itu sebagai piihan yang terbaik.

Nampaknya sebulan ini pasti isu CSA ini lebih menarik!

 

 

 By: Harun L

 

20 Comments