Warisan sokong Shafie Apdal PM-9, Anwar perlu buktikan sokongan majoriti MP PH kata Azis Jamman
00:08 Aug 18, 2021  |  By SabahKini2
Warisan sokong Shafie Apdal PM-9, Anwar perlu buktikan sokongan majoriti MP PH kata Azis Jamman

WARISAN akan menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri jika Anwar dapat memberikan nombor magik dan berharap PH memberikan tawaran pula kepada Datuk Seri Mohd Shafie Apdal jika Anwar tidak dapat memperoleh nombor magik itu.

Parti Warisan Sabah (WARISAN) menyatakan pendirian akan menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke sembilan jika sekiranya Anwar Ibrahim Ahli Parlimen Port Dickson dapat membuktikan beliau memperoleh angka sokongan mencukupi.

Ketua Wira WARISAN, Datuk Mohd Azis Jamman berkata bersedia memberikan kerjasama kepada ketua pembangkang Pakatan Harapan itu.

"WARISAN akan menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri jika Anwar dapat memberikan nombor magik (jumlah sokongan majoriti) dan berharap Pakatan Harapan (PH) memberikan tawaran pula kepada Datuk Seri Mohd Shafie Apdal jika Anwar tidak dapat memperoleh nombor magik itu.

"Minimum 111 daripada 220 Ahli Parlimen dan seperti sekarang ini, pembangkang memiliki 105 Ahli Parlimen, jadi kita kekurangan tujuh lagi Ahli Parlimen," katanya.

"Sesiapa yang mendapat (sokongan) tertinggi harus diberi peluang menulis nama mereka di akaun bersumpah (SD), adakah anda mempunyai idea lain?" katanya 

Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna dinamakan sebagai calon Perdana Menteri adalah sebahagian percaturan dibuat parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) yang dipimpin Tun Dr Mahathir. 

Berdasarkan senarai Ahli Parlimen di Dewan Rakyat ketika ini, WARISAN memiliki lapan Ahli Parlimen, manakala empat Ahli Parlimen PEJUANG.

Jumlah 12 Ahli Parlimen WARISAN dan PEJUANG dijadikan sebagai ugutan kepada Anwa Ibrahim jika cadangan Warisan tidak diterima.  

Shafie dalam satu kenyataan di media berkata dia mempunyai sokongan yang sama 105 dengan Anwar Ibrahim. Oleh itu menyerahkan MP Pakatan Harapan untuk memilih jika Shafie dan Anwar mempunyai sokongan lebihan.

[ARTIKEL BERKAITAN- Calon PM PH, Shafie Anwar seri 105 akur siapa dapat sokongan lebih ]

[ARTIKEL BERKAITAN- Dulu sanggup mati bubar DUN kini Shafie Warisan kemaruk mahu jadi PM!

 

21 Comments