Anwar calon tunggal PH, Shafie kecewa GPS tak sokong sebagai PM-9
16:08 Aug 18, 2021  |  By SabahKini2
Anwar calon tunggal PH, Shafie kecewa GPS tak sokong sebagai PM-9

Shafie hari ini menyatakan dukacitanya berikutan ketiadaan sokongan daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk merealisasikan pelantikan perdana menteri dari Borneo yang beliau idam-idamkan itu.

Akhirnya Shafie mengalah dicalonkan sebagai PM selepas blok pembangkang memutuskan Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim sebagai calon tunggal perdana menteri gabungan itu, kata Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal.

“Anwar adalah calon tunggal daripada pembangkang. Parti saya akan memberi sokongan penuh kepada Anwar sebagai perdana menteri,” katanya mengalah

Sebelum ini Warisan dalam beberapa laporan media seperti digerakkan Azis Jamman bertegas menamakan Shafie Apdal  sebagai pilihan kedua bagi jawatan nombor satu jika masign-masing mendapat lebih 105 Ahli Parlimen.

Bagaimanapun, Shafie hari ini menyatakan dukacitanya berikutan ketiadaan sokongan daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk merealisasikan pelantikan perdana menteri dari Borneo yang beliau idam-idamkan itu.

Shafie berkata ia tidak akan berhasil tanpa sokongan padu GPS. GPS menolak PH kerana secara tradisi musuh politik GPS di Sarawak ialah DAP. Oleh itu tidak mungkin GPS akan bekerjasama dengan DAP.

Shafie Apdal pernah menjadi Ketua Menteri 26 bulan sebelum membubarkan DUN Sabah julai 2020 sering melaungkan perjuangan hak-hak Sabah namun gagal merealisasikan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) selepas dilihat sentiasa tunduk dengan Tun Dr Mahathir Mohamad. Royalti 20% dan hasil 40 peratus pun gagal ditunaikan oleh Dr Mahathir ketika berkuasa.

Sarawak lebih ke hadapan dengan mencabar Kerajaan PH dan Tun Dr Mahathir membawa ke mahkamah isu Cukai Jualan Petroleum akhirnya dimenangi di mahkamah. Sabah di bawah Warisan hanya meniru apa yang Sarawak lakukan.

[ARTIKEL BERKAITAN- TKM Sarawak sahkan Warisan ‘takut’ tuntut hak minyak, gas dari Dr Mahathir

[ARTIKEL BERKAITAN-  Cara Shafie 'takut' Dr Mahathir ajak masuk Warisan rugikan Sabah sehingga PH, Warisan tumbang!

Terdahulu, Setiausaha Agung GPS, Alexander Nanta Linggi berkata gabungan itu bersedia memberi sokongan penuh kepada Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri ke-9.

[ARTIKEL BERKAITAN- GPS tiada masalah Ismail Sabri jadi PM teruskan Kerajaan PN ]

GPS adalah sebahagian daripada kerajaan Perikatan Nasional diketuai Muhyiddin Yassin, yang meletakkan jawatan sebagai perdana menteri Isnin lalu.

 

27 Comments