Agong jumpa 114 Ahli Parlimen hari ini untuk sahkan sokongan Ismail dilantik PM
09:08 Aug 19, 2021  |  By SabahKini2
Agong jumpa 114 Ahli Parlimen hari ini untuk sahkan sokongan Ismail dilantik PM

Sejumlah 114 Ahli Parlimen yang dilaporkan menyokong Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini.

Sejumlah 114 Ahli Parlimen yang dilaporkan menyokong Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini.

Senarai Ahli Parlimen yang tular malam tadi menunjukkan pelbagai parti yang membentuk pentadbiran Perikatan Nasional sebelum ini termasuk Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak, Parti Bersatu Sabah, STAR serta beberapa ahli Bebas.

Mereka menghadap Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dalam beberapa kumpulan mulai 10 pagi sehingga 5 petang secara bergilir mengikut senarai jemputan itu.

Yang di-Pertuan Agong dilaporkan mahu mengesahkan pendirian mereka dalam menyokong Ismail Sabri

Turut tular ialah mesej Aplikasi WhatApps Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan yang mengesahkan pihak Istana Negara sudah menghantar jemputan kepada semua Ahli Parlimen yang menyokong pencalonan Ismail sebagai Perdana Menteri supaya hadir untuk membuat pengesahan.

"Esok Khamis 19/8/21 bermula jam 10 pagi kami Ahli Parlimen UMNO/BN akan bertolak ke Istana Negara dari PWTC dgn menaiki bas. Hanya kumpulan yang menang sahaja dijemput utk pengesahan sokongan sekali lagi di Istana Negara. Bererti DS Ismail Sabri dgn izin Allah adalah calon PM yang menang". katanya

Perkembangan itu menyusul setelah Ismail dilaporkan memperoleh sokongan lebih 111 Ahli Parlimen untuk memperolehi majoriti mudah di Parlimen.

Di atas kertas ketua pembangkang Anwar Ibrahim hanya berjaya mendapat sokongan 105 namun jika disahkan sokongan sebenar mungkin berkurang lagi kepada 92 Ahli Parlimen.

Sebelum ini kesemua 220 Ahli Parlimen telah menyerahkan akuan berkanun bagi calon Perdana Menteri mereka sebelum 4 petang kepada Istana Negara. Malah ada MP Warisan mendedahkan lagi kerahsiaan Surat Akuan Bersumpah mereka melanggar ketetapan dibuat Istana.

Susulan peletakan jawatan Muhyiddin Yassin pada Isnin lalu, Ismail Sabri dan Anwar dilihat sebagai calon utama dalam persaingan untuk membentuk kerajaan baharu sekalipun sebelum ini Shafie Apdal antara pilihan Pakatan Harapan. Namun kerana Shafie Apdal gagal memujuk GPS maka PH mengekalkan Anwar Ibrahim calon tunggal PH.

Sumber menyebut terdapat juga Ahli Parlimen lain menyokong Dato’ Sri Ismail Sabri secara diam-diam antara yang diketahui ialah Ahli Parlimen daripada Sarawak. Bagaimanapun yang diumumkan setakat ini 114 kerana ahli parlimen BN Tengku Razaleigh berkecuali. 

21 Comments