Ismail Sabri PM: Peluang BN tunai janji laksana MA63 Sabah, Sarawak
12:08 Aug 22, 2021  |  By SabahKini2
Ismail Sabri PM: Peluang BN tunai janji laksana MA63 Sabah, Sarawak

Selepas dua tahun kini Kerajaan BN-PN melantik PM daripada UMNO iaitu Dato' Sri Ismail Sabri. Janji UMNO-BN melaksanakan MA63 Sabah Sarawak wajar dilaksana segera. Pengerusi BN wajar menggesa PM baharu menjayakannya. Sabah Sarawak pasti menyokongnya.

Kini sahlah Ahli Parlimen Bera yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri kesembilan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.

Dalam erti kata lain BN-UMNO Kembali memerintah dengan gabungan Perikatan Nasioal, GPS dan bebas seramai 114 sokongan. Situasi berubah tiada parti yang dominan dan semua parti mengharapkan Kerjasama.

Benarlah kata Presiden UMNO Dato’ Seri Zahid Hamidi BN-UMNO Kembali berkuasa sebelum PRU-15 sekalipun Perdana Menterinya bukan Zahid Hamidi tetapi Naib Presiden UMNO Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.

Tidak kiralah apa nama baru kerajaan yang dipimpin Ismail Sabri ini. Kerajaan BN-PN atau Perikatan hakikatnya Perdana Menterinya adalah daripada UMNO-BN. UMNO BN kali ini perlu buktikan mereka PM yang berjaya.

Tuntutan TPM Sabah Sarawak atau Hak-hak MA63

Pertukaran PM baru-baru ini jelas disumbangkan oleh gabungan daripada Perikatan Nasional dan paling penting Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang kekal memilih Dato’ Sri Ismail Sabri yang mencukupkan bilangan 114 kerusi.

Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebelum ini membantu dalam pembentukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri dengan sokongan 18 ahli parlimen.

Oleh itu Sarawak menuntut agar TPM diberikan kepada Sarawak sebagai penyumbang besar Kerajaan BN-PN ini. 

Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Tan Sri James Jemut Masing misalnya berkata PM baharu wajar memikirkan perkara itu.  sekiranya perlu, Perdana Menteri boleh melantik dua calon untuk jawatan tersebut.

“Sekiranya Perdana Menteri baharu berhasrat memilih dua individu bagi mengisi portfolio tersebut, pastikan satu untuk parti di Semenanjung dan satu lagi dari Sabah atau Sarawak.

‘’Pelantikan ini akan menjadi sejarah buat negara kerana sejak pembentukan Malaysia, Putrajaya tidak pernah mengiktiraf sumbangan kami dalam mengukuhkan Malaysia sebagai sebuah negara,’’ kata Masing

Turut mencadangkan Timbalan Perdana Menteri daripada Sabah Sarawak ialah Datuk Jeffrey Kitingan Presiden STAR yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah. Cadangan itu terbaik.

Pemimpin Sabah dan Sarawak rata-rata memuji pelantikan Ismail Sabri dan boleh menunaikan lagi segala tuntukan Kerajaan Sabah dan Sarawak.

Paling penting ialah tunaikan hak-hak MA63 yang dituntut oleh Sabah Sarawak sebelum ini. Tidak sekadar mengiktiraf sebagai Wilayah tetapi royalti 20 Peratus dan 40 peratus hasil negeri. Percepatkan segala jawatan kuasa yang ada untuk MA63 jika mahu Sabah dan Sarawak memilih siapa PM akan dating.

Janji Presiden UMNO

Pada januari 2020 ketika Pilihanraya Kecil Kimanis Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid dalam ucapan kempennya berjanji jika BN memerintah akan melaksanakan seratus peratus Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sekiranya BN kembali berkuasa.

[ARTIKEL BERKAITAN- (VIDEO) BN Akan Laksana MA63 Sepenuhnya Sekiranya Kembali Memerintah – Ahmad Zahid]

Katanya walaupun bakal ada kekangan untuk melaksanakan MA63 namun ia bukan bermakna perkara ini tidak boleh dilaksanakan.

“Ini bukan janji sebarang janji, ia harus dilaksanakan. Saya tahu ada kekangan tapi ia tidak mustahil untuk kita buat.

“Selain itu, akujanji dalam bajet setiap tahun, sekian bilion akan diperuntukkan kepada Sabah dan Sarawak dan mereka akan tentukan sendiri untuk membuat pembangunan dan sebagainya.

“Hak negeri Sabah harus dikembalikan 100 peratus kepada kerajaan Sabah,” katanya

Tunaikan janji beri hak Sabah MA63

Kini BN Kembali berkuasa maka Zahid Hamidi wajar menggesa Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri dalam tempoh setahun ini selain menangani pandemik Covid-19 menunaikan juga hak-hak Sabah yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

Jika Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mahu menang Pilihanraya akan datang maka inilah masa sesuai menunaikan tuntutan Sabah itu. Luluskan sahaja tidak perlu pening.

Pengerusi BN Zahid Hamidi dan Perdana Menteri Ismail Sabri pasti disanjung oleh rakyat Sabah dan Sarawak jika MA63 berjaya direalisasikan. Ini peluang BN menunjukkan janji mereka kepada rakyat Sabah Sarawak.

BN-PN mesti mesti menyelesaikan segera isu MA63 kerana usaha dari zaman BN itu sudah banyak perkara diberi. Ketika Warisan berkuasa PM PH Tun Dr Mahathir gagal menunaikan hak-hal MA63 itu. Bagaimanana Warisan membuat 'claim' mereka berjaya menunaikan 17 daripada 21   tuntutan Sabah berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) namun hakikatnya ia tidam pernah diluluskan. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili mengkantoikan Warisan katanya 17 perkara yang dimaksudkan itu hanya dipersetujui untuk diselesaikan, namun belum ada keputusan muktamad.

“Pihak pembangkang, ketika kerajaan PH sebelum ini mengatakan mereka sudah mencapai sesuatu ketika pentadbiran mereka.

“Mereka mendakwa, daripada 21 isu yang dibangkitkan, sebanyak 17 diselesaikan tetapi ia sebenarnya tidak betul. Apa yang berlaku sebenarnya ialah ada 21 isu disenaraikan, jawatankuasa meneliti 17 daripadanya dan bersetuju untuk menyelesaikannya.

“Tiada keputusan muktamad kecuali dua atau empat isu di Sabah termasuk berkaitan perhutanan. Mereka hanya menyatakan komitmen untuk menyelesaikan 17 isu berkenaan tetapi dasar, undang-undang dan peraturan belum diubah dan dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen,” katanya 

Sebaliknya, Maximus berkata kerajaan Perikatan Nasional (PN) ketika ini giat melaksanakan pindaan terhadap dasar, undang-undang dan peraturan berkaitan isu terbabit melalui Majlis Khas MA63 (MKMA63) yang diwujudkan pada tahun lalu. Antara yang muktamadkan segera ialah menyerahkan pentadbiran Pulau Sipadan dan Ligitan kepada kerajaan Sabah, manakala Sarawak akan mendapat kawalan penuh terhadap pengurusan pengagihan gas di negeri itu.

[ARTIKEL BERKAITAN -Tidak benar PH selesaikan 17 daripada 21 isu MA63 – Ongkili ]

[ARTIKEL BERKAITAN - Majlis Khas MA63 Kembalikan Pentadbiran Pulau Sipadan Ligitan Kepada Sabah ]

 

 

24 Comments