Noraini perlu singkir Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi 'Kayangan' jenis 'Musang Berbulu Ayam'
00:08 Aug 29, 2021  |  By SabahKini2
Noraini perlu singkir Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi 'Kayangan' jenis 'Musang Berbulu Ayam'

Tugas pertama Noraini ialah menyingkirkan Prof Dato’ Dr Husaini Omar Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi jenis 'gunting dalam lipatan'. Ini peluang kedua Noraini menyusun semula KPT.

Isnin ini Datuk Seri Dr Noraini Ahmad Ahli Parlimen Parit Sulong mengangkat sumpah semula sebagai Menteri Pengajian Tinggi. 6 Ogos lalu beliau meletak jawatan sebagai Menteri namun kini dilantik semula. Sebagai Ketua Wanita UMNO beliau jelas menunjukkan kesetiaannya kepada Presiden parti. Walauapapun orang kata mengenainya Noraini kembali sebagai Menteri Pengajian Tinggi!

Peletakan jawatannya sebagai Menteri KPT menguji siapa sahabat, lawan dan ‘kaki kipas’. Ramai pegawai mengelupur. Dua hari selepas meletak jawatan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Prof Dato’ Dr Husaini Omar memalukan Noraini apabila menangguhkan pelantikan Prof. Dr. Roziah Mohd Janor sebagai Naib Canselor wanita pertama Universiti Teknologi Mara (UiTM). Dalam erti kata lain Noraini tidak berkuasa maka semua lantikannya boleh disampahkan serta-merta.

Apakah sebabnya? tanpa menunggu arahan Menteri KPT baharu dan juga KSU kementerian. 

[ARTIKEL BERKAITAN- KPPT 'Kayangan' tangguh pelantikan NC wanita pertama UiTM bukti gagalnya Noraini sebagai Menteri KPT!]

Sama ada Noraini gagal atau tidak sebagai Menteri, apa yang jelas pegawai atasan KPT di bawahnya tidak boleh dikawal dan beliau sepatutnya menyingkirkan awal pegawai-pegawai KPT itu. Sebelum ini Sabahkini2 mendedahkan tentang  IKRAM yang menguasai kampus dan KPT.

Peluang kedua Noraini sebagai Menteri KPT

Kini Noraini mempunyai peluang kedua membetulkan keadaan. Masuk semula ke KPT dengan tenang dan menunggu Prof Dato’ Dr Husaini Omar KPPT itu menyambutnya semula sebagai Menteri KPT dengan penuh senyuman.

Noraini perlu kembali ke kerusinya dan melihat semua senarai pegawai yang boleh bekerja bersamanya sehingga PRU-15. Tunjukkan ketegasannya sebagai seorang menteri. Struktur  semula pegawai kementerian kerana itu kuasanya sebagai Menteri sebagaimana tertakluk Akta Fungsi Menteri 1969. Teliti semula Naib-naib Canselor Universiti Awam, segerakan pelantikan Naib Canselor yang kosong serta ahli Lembaga pengarah universiti. Lakukan apa yang bekas Menteri KPT lakukan sebelum ini. 

Pegawai Menteri pula jangan melebih sudu dari kuah. Jika pegawai KPT benci kepada pegawai menteri jenis 'Napoleon kecil' berlagak tahu semua benda hanya akan merosakkan Noraini. Noraini mesti memilih pegawai yang benar-benar sesuai memahami persekitaran kampus. Gerakkan semula Mahasiswa Aspirasi yang unggul, memperkasa Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) dan susun perkaderan kepimpinan mahasiswa. Jika dulu Persatuan Mahasiswa pro PAS berbalah dengan mahasiswa aspirasi maka tiba masa gabungkan mereka semula sebagaimana kerjasama kerajaan BN dan PN untuk melawan Mahasiswa pro pembangkang PH. Tidak perlu bersembunyi kerana Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 kini membenarkan sokongan politik. 'Pandai Makan Pandailah Simpan'.

Tugas pertamanya paling penting ialah menyingkirkan Prof Dato’ Dr Husaini Omar Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi 'Kayangan'. Noraini tidak boleh bekerja dengan Ketua Pengarah jenis ‘Musang berbulu ayam’ dan jenis gunting dalam lipatan. Menyingkirkan Ketua Pengarah adalah bukti permulaan langkah Noraini bangkit di KPT. Mengiringi langkah itu paling penting pelantikan tertangguh  Naib Canselor wanita pertama UiTM Prof. Dr. Roziah Mohd. Janor diputuskan serta-merta.

Tindakan tatatertib dibawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U. (A) 395/1993] kepada Dato’ Dr Husaini Ketua Pengarah dan dua TNC UPM yang dikenakan denda RM2,000 atas kesalahan mengingkar prosedur operasi standard (SOP) mengadakan jamuan raya di asrama pelajar di UPM Mei lalu mesti dilaksanakan sebagainya arahan Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. Tiada double standard kepada pengurusan KPT dan Universiti. 

[ARTIKEL BERKAITAN- Ketua Pengarah, Dua TNC UPM dikompaun RM16,000, Menteri dan KPPA wajar segerakan tindakan tatatertib! ]

[ARTIKEL BERKAITAN- Demi jawatan Naib Canselor, Ketua Pengarah KPT, Dua TNC UPM sanggup dikompaun RM10,000 ]

 Ketua Pengarah, Dua TNC UPM dikompaun RM16,000, Menteri dan KPPA wajar segerakan tindakan tatatertib!

Pegawai Universiti Awam terutama di UPM akan melihat perkara ini sama ada KPPT Kayangan dan Pengurusan UPM terus kebal atau
Noraini arahkan tindakan dibuat serta-merta

 

 

3 Comments