Presiden Warisan “YES’ Filipina? Darell Timbalan sindir Tun M dan Shafie projek IC
19:02 Feb 01, 2018  |  By SabahKini2
Presiden Warisan “YES’ Filipina? Darell Timbalan sindir Tun M dan Shafie projek IC

Isu tuntutan Sabah kembali. Shafie terus berdiam. Darell pula bersuara tapi menyindir segala kerja bosnya Shafie Apdal dan juga Pengerusi Pakatan Harapan Tun M.

PENAMPANG: Dakwaan terbaru oleh kerajaan Filipina untuk memasukkan Sabah semula ke dalam Filipina telah menyebabkan kemarahan buat pemimpin dan rakyat Sabah.

Tan Sri Musa Aman Ketua Menteri Sabah dan Dato’ Sri Anifah Aman Menteri Luar masing-masing bersuara tegas tidak akan melayan sebaarang tuntutan kerana Sabah sudah sebahagian dari negeri di Malaysia.

Walaubagaimanapun sehingga ke hari ini Dato’ Seri Shafie Apdal Presiden Parti Warisan sedikit pun tidak mengeluarkan kenyataan berhubung tuntutan Filipina itu. Diam tanda setuju?

Umum sedia maklum kehadiran PATI dari Filipina selain bangsa Sulu (kesultanan sulu) ke Sabah mendapat restu dari Shafie Apdal yang menyokong usaha Tun Dr Mahathir dalam projek IC sebelum ini. Baru-baru ini Shafie menyeru rakyat Sabah agar memaafkan Tun Dr Mahathir atas kesalahan termasuk projek IC di Sabah.

Shafie Apdal juga berdiam diri dengan penghantaran lebih 300 orang warga Filipina yang juga dikesan mereka menjadi penyokong program Shafie Apdal di kawasan timur Sabah. Harapan mereka jika Shafie mempunyai jawatan semula mereka akan meminta mereka diiktiraf.

Begitu juga skandal sindiket IC dan sijil lahir yang punya kaitan dengan pegawai JPN Semporna ditahan SPRM salah guna kuasa tahun lalu.

Shafie Apdal hanya berdiam diri seakan mengiakan serta tidak membantah termasuk tuntutan Filipina terhadap Sabah.

Shafie Apdal mengarahkan Darell Leiking, Timbalan Presiden Warisan dari KDM sebagai reaksi bukan dari rumpun tausug atau Bajau bimbang kehilangan undi dari kaum Bajau atau Suluk.

Darell Leiking berpura-pura berkata kerajaan Malaysia dan terutamanya, pemimpin BN Sabah mesti menyediakan penyelesaian sekali gus untuk menamatkan tuntutan yang berulang oleh Filipina di terhadap Sabah.

"Pemimpin BN Sabah mesti keluar dengan penyelesaian konkrit sama ada menggunakan semua saluran diplomatik atau melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menghantar mesej yang jelas ke Manila bahawa ia harus menghentikan tindakan provokasi ini dan menggugurkan tuntutan tidak berasas mereka terhadap Sabah," kata Leiking yang juga Ahli Parlimen Penampang.

Darrel juga sebenarnya menyindir usaha Tun Dr Mahathir dan bosnya Shafie Apdal berhubungan projek IC yang dicetuskan oleh mereka sebelum ini.

"Ancaman mereka jelas melalui RCI yang dibentuk kerajaan akhirnya mereka memasukkan dan mengasimilasikan diri mereka ke dalam masyarakat kita." Mahathir sendiri dalam RCI mengaku memberi kerakyatan dalam Projek IC. Manakala Shafie pula terang-terang menyokong projek kad pengenalan itu.

Hari ini begitu ramai warga asing khususnya dari Filipina yang kini mempunyai Kad Pengenalan sah di bawa masuk Tun Dr Mahathir dan Shafie Apdal dulu.

Darrel berpura-pura meluahkan kekecewaannya terhadap Anifah Aman berhubung tuntutan Filipina itu sedangkan beliau tahu tuntutan Filipina terhadap Sabah bukan isu baru telah berlaku sejak Sabah terlibat dalam pembentukan Malaysia lagi.

Darrel sepatutnya menasihatkan Shafie Apdal akan respon sewajarnya Presiden Warisan terhadap PATI yang dihantar pulamg dan juga tuntutan Filipina terhadap Sabah.

3 Comments