Musa dan Anifah pertahankan Sabah dari tuntutan Filipina
16:02 Feb 02, 2018  |  By SabahKini2
Musa dan Anifah pertahankan Sabah dari tuntutan Filipina

Susulan kenyataan Filipina, Ketua Menteri Sabah dan Menteri Luar Negeri terus mempertahankan Sabah bersama.

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah secara jelas dan tegas menolak sebarang tuntutan Filipina ke atas negeri ini, kata Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman.

“Saya telah tetapkan pendirian kami tentang perkara ini sebelumnya. Kini, izinkan saya menyatakan dengan jelas sekali lagi kami tidak mengiktiraf atau memperakukan sebarang tuntutan Filipina atau mana-mana negara lain ke atas Sabah,” katanya 

Berkongsi pendirian yang sama Menteri Luar Negeri Dato' Seri Anifah Aman berkata Pertubuhan Bangsa Bersatu dan masyarakat antarabangsa mengiktiraf Sabah sebagai sebahagian daripada Malaysia sejak penubuhan persekutuan ini pada 16 September 1963. Malaysia tidak akan melayan sebarang tuntutan.

“… kenyataan tuntutan seperti ini akan hanya mendedahkan kejahilan tentang sejarah dan undang-undang antarabangsa di pihak mereka yang menyuarakannya serta berpotensi untuk merosakkan hubungan 2 hala yang begitu kukuh antara Malaysia dan Filipina ketika ini,” kata Anifah

Ketua Menteri dan Menteri Luar berkata demikian sebagai maklum balas terhadap kenyataan seorang ahli Jawatankuasa Perundingan Filipina, Aquilino Pimentel Jr seperti yang dilaporkan media baru-baru ini.

Sementara itu bagi parti pembangkang sehingga ke hari ini Presiden Warisan Dato' Seri Shafie Apdal hanya terus berdiam diri. Hanya Darell Leiking, Timbalan Presiden Warisan respon sekadar mengulangi pendirian BN yang sebelum ini dinyatakan oleh Menteri Luar berasaskan pengiktirafan Pertubuhan Bangsa Bersatu.

"Pemimpin BN Sabah mesti keluar dengan penyelesaian konkrit sama ada menggunakan semua saluran diplomatik atau melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menghantar mesej yang jelas ke Manila bahawa ia harus menghentikan tindakan provokasi ini dan menggugurkan tuntutan tidak berasas mereka terhadap Sabah," kata Leiking yang juga Ahli Parlimen Penampang.

Darell menyindir usaha Tun Dr Mahathir dan  Shafie Apdal berhubungan projek IC yang dicetuskan oleh mereka sebelum ini termasuk penubuhan RCI pendatang asing sebelum ini.

"Ancaman mereka jelas sehingga melalui RCI mereka diiktiraf dan mengasimilasikan diri mereka ke dalam masyarakat kita." kata Darell. Tun Dr Mahathir sendiri dalam RCI mengaku memberi kerakyatan dalam Projek IC. Manakala Shafie pula terang-terang menyokong projek kad pengenalan itu.

Sebelum ini Shafie Apdal turut dikaitkan dengan waris Kesultanan Sulu Jamalul Kiram III dan adiknya Agbimuddin Kiram yang menceroboh Kg Tanduo Lahad Datu pada Februari 2013. Gambar Shafie Apdal bersama Agbimuddin telah lama dibangkitkan seawal tahun 2013 lagi, khususnya menjelang PRU-13.  Mereka yang membangkitkan itu, adalah para pemimpin pembangkang termasuk Darell Leiking. Namun kali ini Darell Leiking mempertahankan Shafie Apdal.

Dulu dia kutuk kini dia bela Shafie

 

 
 

 

 

1 Comment