Peruntukan lebih RM200 juta, RM18.24 juta untuk penggunaan segera urus bencana
23:09 Sep 19, 2021  |  By SabahKini2
Peruntukan lebih RM200 juta, RM18.24 juta untuk penggunaan segera urus bencana

RM18.24 juta penggunaan segera, RM147 juta untuk baik pulih infrastruktur yang rosak akibat banjir manakala sebanyak RM83 juta lagi untuk pengurusan bencana COVID-19. Sebelum ini RM8 juta disalurkan lebih awal

Kerajaan Sabah memaklumkan akan menerima lebih RM200 juta daripada Kerajaan Persekutuan bagi pengurusan bencana di negeri ini.

Jumlah RM18.24 juta melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) yang disampaikan Perdana Menteri baru-baru ini adalah untuk penggunaan segera pengurusan bencana termasuk COVID-19.

Malah sebelum ini  Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri telah menerima RM8 juta untuk bantuan bencana.

Pembantu Menteri Kewangan negeri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, dalam satu kenyataan berkata Kerajaan Negeri telah mengemukakan permohonan baharu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara baru-baru ini.

Peruntukan itu ialah RM147 juta untuk baik pulih infrastruktur yang rosak akibat banjir manakala sebanyak RM83 juta lagi untuk pengurusan bencana COVID-19.

Katanya, Perdana Menteri dalam lawatannya ke Sabah baru-baru ini juga memberi jaminan bahawa kerajaan Persekutuan akan memberi lebih banyak bantuan kepada Sabah.

Pengumuman RM18.2 juta oleh Perdana Menteri baru-baru ini menjadi bahan serangan media sosial oleh pemimpin Warisan dan DAP dengan membuat perbandingan dengan bantuan bencana banjir Negeri Kedah RM78 juta untuk membaiki infrastruktur serta rumah penduduk Kuala Muda yang terjejas akibat bencana kepala air.

Mengulas dakwaan Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin dari DAP yang mempersoal kerajaan Persekutuan hanya memberikan RM18.24 juta itu Nizam berkata  Chan MP DAP itu perlu menyemak fakta sebenar tentang perkara itu sebelum membuat sebarang kenyataan.

Hakikatnya kehadiran Perdana Menteri ke Sabah memberikan banyak faedah kepada rakyat Sabah dengan pengumuman peruntukan lebih RM8 bilion.

Sikap pemimpin Warisan, DAP dan PH hanya mahu mengalihkan isu kerana bimbang peruntukan besar kepada Sabah mengurangkan sokongan rakyat kepada Warisan yang  sebelum ini sudah ditolak rakyat

[ARTIKEL BERKAITAN- Warisan dengki RM4.66B RMK-12, RM3.61B Jendela, BWI dinaikkan maka serang bantuan NADMA RM18.24juta! ]

Warisan dengki RM4.66B RMK-12,  RM3.61B Jendela, BWI dinaikkan maka serang bantuan NADMA RM18.24juta!

Projek Mitigasi Banjir Sungai Sugud Penampang

Sementara itu dalam satu kenyataan Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan,Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G. Kitingan telah melawat beberapa kawasan di Sugud Penampang dan menyatakan Kerajaan Sabah telah memperuntukkan sebanyak RM9 juta untuk kerja-kerja Mitigasi Banjir (Fasa 3) di Sungai Sugud sepanjang 1.13 km yang akan mengambil masa selama 3 tahun untuk disiapkan.

 

 

 

Comment