Warisan huru-hara Dr Yusof keluar parti namun kejutan diteruskan minggu ini?
05:10 Oct 04, 2021  |  By SabahKini2
Warisan huru-hara Dr Yusof keluar parti namun kejutan diteruskan minggu ini?

Seperti biasa selepas penafian keluar parti akan ada adun Warisan yang keluar melakukan kejutan. Sekalipun Warisan dan Dr Yusof dilaporkan membuat penafian namun kejutan katanya bakal diteruskan. Benarkah?

KOTA KINABALU – Selepas diasak dan dikecam pengikut Warisan, Ketua Penerangan Parti Warisan Sabah Datuk Dr Yusof Yacob menafikan dakwaan kononnya beliau akan meninggalkan parti itu seperti yang tular sejak Sabtu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin itu berkata, perkara tersebut hanya spekulasi kerana laporan yang mendakwa beliau akan berbuat demikian bukanlah berdasarkan kenyataannya.

“Itu bukan kenyataan saya. Saya akan buat penjelasan nanti,” katanya kepada Bernama melalui aplikasi WhatsApp pada Ahad.

Pegawai media Dr Yusof,  Mazlan Sanoh sebelum mendedahkan Ketua Bahagian Warisan Sipitang itu akan meninggalkan parti untuk menjadi ADUN Bebas kerana ingin membantu rakyat di kawasannya.

Susulan laporan keluar parti tu Warisan kembali bergolak dan menafikan Dr Yusof bersama 15 lagi Adun keluar parti. Beberapa laporan media awal seperti Sinar Harian memadam artikel asal kenyataan Mazlan Sanoh itu.

[ARTIKEL BERKAITAN- Dr Yusof dan 15 lagi Adun Warisan keluar parti? ]

Beberapa kumpulan aplikasi WhatsApp Warisan mendapati Dr Yusof menjawab isu kenyataan tuduhan beliau keluar parti. Katanya beliau orang lama dalam politik. Berpolitik mesti bijak dan waras.

"Kalau mahu kutuk saya atau tuduh saya katak silakan, teruskan saja, saya ok terbuka' katanya.

Sementara itu Setiausaha Agung Warisan, Datuk Loretto S Padua mengesahkan belum menerima surat rasmi keluar parti daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob.

"Setakat ini, Warisan tidak menerima surat peletakkan jawatan Yusof baik di peringkat parti mahupun keluar dari Warisan.

"Selalunya, kalau sesiapa yang mahu meletak jawatan atau meninggal parti, mereka akan kemukakan surat," katanya

Bagaimanapun menurut sumber terdekat kenyataan Dr Yusof melalui aplikasi WhatsApp menafikan keluar parti itu hanya untuk meredakan isu yang panas.  Beliau akan mengumumkan keluar parti dalam tempoh terdekat

Yusof adalah antara pemimpin terawal yang berjuang bersama Warisan sejak ia ditubuhkan pada 2016 selain pernah dilantik sebagai Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah ketika parti itu menerajui pentadbiran kerajaan negeri.

Beliau mempertahan kerusi Dewan Undangan Negeri Sindumin dengan majoriti 424 undi dalam persaingan enam penjuru pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-16 yang berlangsung September tahun lepas.

 

11 Comments