Gagal jadi PM PH Shafie seru lawan BN, peralat MUDA untuk Warisan ke ‘Malaya’
20:12 Dec 13, 2021  |  By SabahKini2
Gagal jadi PM PH Shafie seru lawan BN, peralat MUDA untuk Warisan ke ‘Malaya’

Selepas beberapa kali gagal dicalonkan PM PH melawan Anwar Ibrahim kini Warisan menggunakan Parti MUDA Syed Saddiq membawa Warisan ke Semenanjung. Warisan seperti tidak kisah kembali berkuasa di Sabah melawan GRS asalkan boleh tumbangkan BN di Malaya

Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal terus mengingatkan ahli Warisan terus bersemangat untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya ke 15 akan datang.

Sekalipun beberapa adun dan ahli parlimen Warisan keluar parti Warisan perlu terus beriltizam berhadapan pilihanraya.

Oleh itu cita-cita Warisan meluaskan kuasanya ke Semenanjung perlu diteruskan bermula membawa ahli parti MUDA menggunakan platform Warisan di Semenanjung.

“Kita mahu melahirkan banyak generasi muda sebagai pelapis kepimpinan parti. Kita mahu melahirkan generasi muda menerusi kepimpinan kita.

“Oleh itu, Parti MUDA boleh menggunakan platform kami kerana dalam perjuangan tidak boleh bersendirian, mesti ada rakan dan gabungan.

“Mana mungkin kita boleh tumbangkan BN kalau hanya kita sendirian. Walau kita tidak banyak duit namun, kita akan terus berjuang untuk anak-anak Sabah.

“Namun, apabila kita laungkan Sabah untuk rakyat Sabah, tidak bererti negeri ini hak kita sahaja. Saya sayang orang Semenanjung, keluarga dan menantu saya juga dari Semenanjung dan Sarawak.

“Apa yang kita laungkan itu hak kita kerana itu perjanjian yang harus ditunaikan. Perjanjian (MA63) untuk tunaikan hak Sabah,” katanya semasa merasmikan Persidangan Agung Tahunan Warisan di Dewan Hakka hari ini.

Ramai berpendapat usaha Shafie membawa Warisan ke Semenanjung adalah kerana kegagalannya beberapa kali untuk dicadangkan sebagai Perdana Menteri menyingkirkan Anwar Ibrahim.

Oleh itu gabungan Warisan dengan MUDA dipimpin Syed Saddiq adalah satu usaha memperalat atau mempergunakan parti MUDA itu.

[ARTIKEL BERKAITAN- Warisan jadi 'Parti Malaya' mahu tanding 222 kerusi parlimen ]

Shafie dalam ucapannya orang Sabah berpecah kepada UMNO, Parti Keadilan Rakyat (PKR) hingga menyebabkan negeri ini miskin biarpun kaya dengan sumber asli bagaimanapun beliau terlupa 26 bulan berkuasa tindakan Shafie ‘menjilat’ dan takutkan Tun Dr Mahathir sehingga semua usaha Warisan Plus seperti menuntut 20 peratus Royalti minyak dan 50% hasil cukai gagal dilaksanakan di Sabah.

Ekonomi Sabah di bawah Warisan sejak Mei 2018 hinggalah sebelum PRN Sabah pada September 2020 jatuh menjunam dengan teruk. KDNK hanya sekitar 0.5 dan 1.5 peratus pada 2019.

Sebelum ini beberapa pemimpin Warisan seperti Adun Sebatik, Sindumin dan MP Lahad Datu yang meninggalkan parti mengatakan Warisan gagal menunaikan janji mereka di Sabah maka perlu bertindak demi rakyat di kawasan mereka.

 Teruknya Warisan! Ekonomi Menjunam, kos hidup tinggi, 1 daripada 2 orang miskin di Pitas

 

1 Comment