Warisan lebar sayap ke 'Malaya' ditaja Syarikat kroni Peter, Max Chong JKR?
04:09 Sep 08, 2021  |  By SabahKini2
Warisan lebar sayap ke 'Malaya' ditaja Syarikat kroni Peter, Max Chong JKR?

Dulu Shafie dan Warisan kata tolak parti 'Malaya'. Kempen politik pun anti Malaya. Kini Warisan bangga akan lebar saya ke Malaya. Penaja dan pembiaya kewangan Warisan daripada syarikat kroni Peter Anthony dan Max Chong juga dah bersedia.

Shafie Apdal seperti yang dilaporkan oleh portal The Vibes mengaku mengenai rancangan Warisan melebarkan sayapnya ke Semenanjung Malaysia tahun ini bagaimanapun menyatakan tepaksa menangguhkan Hasrat itu kerana wabak pandemik Covid-19.

Shafie berkata parti mempunyai penaja dan sedang menunggu masa yang tepat untuk dilancarkan.

Warisan bersedia mengubah ideologinya kepada parti bukan berasaskan kaum memperjuangkan isu-isu seperti ekonomi, pendidikan, kesihatan dan keselamatan.

 “Kami adalah parti berbilang kaum, bukan berdasarkan agama dan bangsa.

 "Tujuan kami adalah untuk perpaduan, pendidikan, kesihatan dan keselamatan, yang mendesak seluruh rakyat Malaysia.

 “Saya menyamakan Warisan dengan perjuangan Parti Buruh dan Konservatif di United Kingdom, atau Demokrat dan Republikan di Amerika Syarikat, di mana mereka tidak berdasarkan bangsa dan agama.

Warisan sebelum ini sudah membayangkan akan meletakkan calonnya di Semenanjung selepas persetujuan Syed Saddiq melancarkan parti Warisan di Parlimen Muar. Kemelut pendaftaran parti MUDA yang belum selesai memungkinkan Syed Saddiq dan pasukannya menyertai Warisan.

Warisan milik ‘Sempornarian’ dan Bajau Suluk

Shafie berusaha keras menukar persepsi dan stereotaip parti Warisan milik orang Semporna dan bajau suluk sahaja. Paling pedas apabila parti Warisan dilabelkan parti dari ‘Tawi-tawi’ atau ‘Pilak’ (istilah dikait Filipina). Sekalipun Darell Leaking, Junz Wong dan beberapa pemimpi KDM lain dalam Warisan ia tidak membantu Warisan malah menjadi bahan kempen orang KDM dan Cina yang terpaksa tunduk dengan Shafie Apdal.

26 bulan berkuasa persepsi Warisan sebagai parti ‘Sempornarian’ terlalu menebal sehingga sebahagian kekalahan Warisan dalam PRN lalu sangat berkaitan.  Ia diperkukuhkan lagi melalui dasar Warisan ketika berkuasa memperjuangkan agenda projek IC atau pemberian dokumen kepada warga asing sehingga usaha merealisasikan Pas Sementara Sabah (PSS) yang sangat kontroversi.

Warisan tewas banyak tempat di kawasan-kawasan Kadazan Dusun Murut (KDM) atau luar bandar yang tidak mahu Warisan kerana isu ‘Sempornarian’.

Ketika kempen PRN Sabah tahun lalu penyebaran pengakuan video ucapan Shafie Apdal dalam Bahasa ‘Bajau Suluk’ kepada bangsa, keluarganya dan ‘Sempornarian’ telah memberi kesan buruk kepada kempen Warisan.

[ARTIKEL BERKAITAN- [VIDEO] Hipokrasi 5: Shafie mengaku lantik keluarga, 'orang semporna' dalam jabatan, GLC kaum lain dapat apa? ]

Najib Razak dalam facebooknya ketika Kempen PRN Sabah menyindir kempen Unity Shafie Apdal Warisan. 

"Unity" apa yang Warisan Plus laungkan jika Shafie sendiri mengaku melantik orang dia mengikut kaum ke jawatan-jawatan paling penting Sabah?'

Rakyat Sabah akhirnya dapat tahu apa agenda tersembunyi Shafie, unity dan'Sempornariannya'. 

 

Oleh itu membuka Warisan sehingga ke 'Malaya' adalah satu jalan merelevankan Warisan. Walaupun sebelum ini Warisan sangat kerap menggunakan perkataan menolak 'Orang Malaya' dan 'Parti Malaya' namun kali ini Warisan tidak punya pilihan demi kuasa. 

Pelancaran Warisan di 'Malaya' dan pelanggaran SOP

Julai lalu Sabahkini2 melaporkan Naib Presiden Warisan Datuk Jaujan Sambakong yang juda Adun Sulabayan menyalahgunakan surat kebenaran dan permit merentas negeri kerana kecemasan kematian isteri di Kuala Pilah Negeri Sembilan dengan membuat jelajah Warisan melancarkan penubuhan warisan Semenanjung di Negeri Sembilan dan Kelantan.  

[ARTIKEL BERKAITAN- Jaujan Naib Presiden Warisan salah guna permit rentas negeri langgar SOP lancar Warisan 'Malaya' ]

Jaujan Naib Presiden Warisan salah guna permit rentas negeri langgar SOP lancar Warisan 'Malaya'

Ia jelas melanggar SOP dengan menyalahgunakan permitnya di Semenanjung untuk program politik. Mungkin atas sebab itu dalam suasana Covid-19 kes meningkat mencecahkan 20 ribu sehari maka keputusan menangguhkannya pelancaran Warisan Malaya terpaksa dibuat.

Penaja Warisan, Dana Kroni Peter dan Max Chong?

Shafie mengaku penaja Warisan di Malaya telah sedia ada. Sama ada dari segi tenaga kerja, kerjasama parti MUDA dan juga kewangan dari Kroni Peter daripada projek-projek kroni berbilion di Sabah sebelum ini. Sekalipun Kerajaan Warisan bertukar kepada GRS hakikat sukar membuang pegawai Warisan berkuasa di agensi amat sukar dilakukan. Pembersihan boleh dilakukan namun tidak dapat dilakukan secara besar-besaran atau serta-merta. 

Dilaporkan sehingga ke hari ini kontraktor kroni Peter yang sebelum ini melaksanakan projek rundingan terus RM1.5 bilion terus melaksanakan kerja-kerja penyelenggaran jalan di Sabah dengan kos lebih tinggi. Ada kalangan syarikat telah ditamatkan kontrak oleh Kerajaan GRS namun diam-diam pegawai JKR melantik semula. Sesetengah pegawai seperti  Ir. CHONG KOK HOWE @ MAX Ketua Penolong Pengarah JKR Bahagian Cawangan Pemeliharaan Jalanraya menjadi orang tengah untuk 'kawtim' kontraktor konsesi kroni Peter Anthony.

Dana kroni Peter dan Max Chong terus mengalir kepada Shafie Warisan untuk digunakan menyerang semula Kerajan GRS di Sabah. SPRM pula terus tidur. Rasuah di depan mata tetapi mereka berdiam diri. Selagi SPRM tidak mengheret Max Chong untuk siasatan dalang projek RM1.5b dan kini disambung lagi tidak mungkin akan selesai. 

[ARTIKEL BERKAITAN- Skandal JKR parah! 4 konsesi ‘kroni’ ditamat kontrak prestasi teruk dilantik semula laksana projek, mana SPRM? ]

[ARTIKEL BERKAITAN- RM44.1 juta AK Setia Bina! Pegawai JKR bodohkan lagi rakyat Keningau, Tambunan, Nabawan, Beaufort, Sipitang, Kuala Penyu ]

Skandal JKR parah! 4 konsesi ‘kroni’ ditamat kontrak prestasi teruk dilantik semula laksana projek, mana SPRM?

Ini belum masuk isu Pengarah Jabatan Air Sabah lantikan Warisan yang sebelum ini pernah direman SPRM. Dan kini semua kontraktor kroni Peter terus melaksanakan projek bekalan air di Sabah. Malah terbaru mahu membina Ibu Pejabat Jabatan Air Negeri Sabah secara 'Land Swap' kepada syarikat dikaitkan kroni terowong Pulau Pinang. Ir Edward Lingkapo Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) bersama kroni Peter Anthony sedang 'makan besar' di Sabah. 

Rakyat dapat apa? Yang jelas orang Sepanggar dan Beaufort air terus tak ada tapi projek hari-hari laksana beri kepada kontraktor kroni. 

[ARTIKEL BERKAITAN -   Dulu direman SPRM, Edward Lingkapo Pengarah bakal lingkupkan Jabatan Air Sabah?

[ARTIKEL BERKAITAN- Kantoi lagi! Edward Lingkapo 'Kawtim' Syarikat Terowong Pulau Pinang projek 'Land Swap' Ibu Pejabat JANS ]

Kantoi lagi! Edward Lingkapo 'Kawtim' Syarikat Terowong Pulau Pinang projek 'Land Swap' Ibu Pejabat JANS

 

25 Comments