Peter Vs Shafie: Peter larikan dana Warisan, heret Shafie kes rasuah?
09:12 Dec 29, 2021  |  By SabahKini2
Peter Vs Shafie: Peter larikan dana Warisan, heret Shafie kes rasuah?

Bukan lagi rahsia Peter pemegang dana Shafie dan Warisan. Keluarnya Peter dari Warisan beri tekanan kepada Shafie. Peter keluar bermakna duit 'komisen'projek untuk parti di bawa lari bersama. Sudah tiba masa Peter dedahkan semua salahlaku rasuah Shafie.

Bekas orang kanan kesayangan Shafie Apdal yang juga bekas Naib Presiden Warisan, Datuk Peter Anthony menyifatkan parti Warisan sudah jauh menyimpang daripada perjuangan sebenar penubuhannya.

Jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap itu lagi, presiden parti, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal juga dilihat tersasar dengan perjuangan apabila melebarkan sayap ke Semenanjung.

"Kami percaya perjuangan Warisan ini telah jauh tersasar apabila mereka beralih untuk pergi ke Kuala Lumpur (Semenanjung) sedangkan rata-rata pengundi dan rakyat Sabah mahukan parti yang betul-betul memperjuangkan nasib mereka selaku parti tempatan di negeri Sabah ini," jelasnya.

Peter juga mengumumkan akan menubuhkan satu parti tempatan baharu bermula Januari 2022.

"Penubuhan parti ataupun keputusan untuk keluar dari Warisan ini bukanlah disebabkan kerana saya mempunyai kes di mahkamah dan sebagainya, kes tersebut belum diputuskan, keputusan itu masih di peringkat mahkamah," katanya.

Berhubung parti yang bakal ditubuhkan itu beliau berkata parti baharu itu nanti adalah parti tempatan dan melibatkan pelbagai suku kaum di negeri itu.

Dana parti dikuasai Peter Anthony

Umum mengetahui sejak sebelum penubuhan Warisan Peter Anthony adalah pemegang dana Shafie Apdal melalui kontrak-kontrak di KKLW. Ketika Peter sebagai Menteri Pembangunan Infrastruktur semua projek di JKR digunakan untuk membiayai parti Warisan.

Para pengikut Warisan berbelah bahagi. Ada yang mneyerang Peter dan ramai juga menyertai Peter. Ada juga yang beranggapan ini semua wayang bagi melepaskan Peter daripada kes mahkamah sebagaimana pendapat Shafie Apdal Peter keluar kerana kes mahkamah. 

Namun lebih besar daripada itu keluarnya Peter Anthony daripada Warisan mencetuskan tanda tanya besar tentang dana parti Warisan terhenti dan akan dibawa oleh Peter untuk menubuhkan parti barunya.

Sumber sebelum ini memaklumkan jutaan dana komisen projek ketika Peter Menteri JKR digunakan untuk membiayai kempen Warisan ke ‘Malaya’. Peter dilaporkan tidak bersetuju penggunaan wang-wang ini untuk kempen ke Semenanjung dan lebih baik fokus di Sabah.

Sabahkini2 mendedahkan melalui  4 konsesi kroni Peter Anthony sejumlah RM154.5 juta dibayar kepada 4 konsesi kroni Peter Anthony, Ir Max Chong JKR selepas PRN Sabah.

[ARTIKEL BERKAITAN- Mengejutkan! RM154.5 juta dibayar kepada 4 konsesi kroni Peter Anthony, Ir Max Chong JKR selepas PRN Sabah ]

Semua dana itu termasuk jalan-jalan teruk dan ‘Jalan Hantu’ yang tidak wujud di mana kerajaan Sabah rugi RM145.1 juta dibayar di 1755 lokasi jalan hantu yang dicipta Max Chong dan Peter. 

[ARTIKEL BERKAITAN- Skandal JKR: Kerajaan Sabah rugi RM145.1 juta bayar 1755 ‘Jalan Hantu’ kepada konsesi kroni 

Semakan menunjukkan hampir semua syarikat-syarikat konsesi itu belum menghantar audit akaun mereka kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Antara syarikat itu ialah milik Taikun Sabah Tan Sri Joseph Loo Borneo Nabalu Builders Sdn Bhd, AK Kontraktor Sdn Bhd (Milik Peter), AK Setia Bina Sdn Bhd (Kroni Peter) dan Sinaran Mewah Sdn Bhd (Michael Chin).

Ketakutan Shafie - Peter dedah rasuah RISDA

Kes dokumen palsu UMS yang akan dibicarakan 3 januari ini  melibatkan syarikat Peter iaitu Asli Jati Engineering Sdn Bhd pasti memberi tekanan besar kepada Peter. Syarikat yang sama ketika Peter Anthony dan Michael P Ubu didakwa kes pecah amanah dana RISDA RM15.5 juta yang juga dituduh di mahkamah pada bulan Jun 2020 sebelum PRN Sabah.

[ARTIKEL BERKAITAN- Peter Naib Presiden Warisan 'Pencuri Wang RISDA' hadapi 5 pertuduhan RM8.75 juta]

[ARTIKEL BERKAITAN- Michael Ubu didakwa pecah amanah, AMLA libatkan wang RM19.5 Juta ]

[ARTIKEL BERKAITAN- Peter Anthony didakwa lagi pecah amanah bersubahat Michael Ubu ]

Tahniah Utusan Malaysia lapor skandal rasuah RISDA Shafie dan Peter Anthony

Budiman Juta syarikat Peter atas nama Safineh Doto. Safineh juga
penama dalam syarikat konsesi JKR skandal RM1.5B, AK Kontraktor Sdn Bhd

Kes RISDA paling menakutkan Shafie kerana pertuduhan mahkamah melibatkan penyaluran curi duit RISDA daripada dalam akaun syarikat Budiman Juta Sdn Bhd ke  Asli Jati Engineering Sdn Bhd milik Peter sebelum duit itu diberi kepada Shafie Apdal. Fakta didedahkan dalam pertuduhan jelas menyebut pada 4 Ogos 2014 Peter menerima wang berjumlah RM2 juta iaitu hasil daripada aktiviti haram daripada syarikat Budiman Juta Sdn Bhd yang dimasukkan ke akaun milik Asli Jati Engineering Sdn Bhd idi Malayan Banking Berhad, Lot 6 & 7, Jalan Perpaduan, Kampung Air. Kota Kinabalu

[ARTIKEL BERKAITAN-  Peter Goyang! Terbukti syarikat milik Peter, Michael Ubu bersubahat curi wang rakyat RISDA ]

Serangan orang-orang Warisan kepada Peter pasti menambahkan lagi perang mulut antara Shafie dan Peter. Apakah Peter Anthony akan membiarkan dirinya masuk bersendirian bermasalah di mahkamah? atau mendedahkan semua salah laku rasuah Shafie Apdal. Serangan Peter kepada Shafie dan Warisan sebagai lari dari perjuangan awal petanda mungkin Peter akan lebih menyerang lagi bekas bosnya Shafie Apdal itu.

Alang-alang menyeluk pekasam Peter sepatutnya menyeret Shafie Apdal dalam kes yang boleh rasuah sebelum ini. Kes rasuah Shafie Apdal sebelum ini yang digugurkan sepatutnya disiasat dan didakwa di mahkamah. Kes wang RISDA  sepatutnya dihalakan kepada Shafie yang mana Shafie menerima wang itu. 

Kita nantikan sama-sama apa serangan balas Peter Anthony kepada Shafie. Jika Peter membuat wayang beliau akan meringkuk dalam penjara bersendirian. Peter mesti buktikan dia benar-benar keluar dari Warisan dan menyokong GRS dengan mengheret sekali Shafie Apdal ke muka pengadilan.

 

 

1 Comment