Mengejutkan! RM154.5 juta dibayar kepada 4 konsesi kroni Peter Anthony, Ir Max Chong JKR selepas PRN Sabah
18:11 Nov 22, 2021  |  By SabahKini2
Mengejutkan! RM154.5 juta dibayar kepada 4 konsesi kroni Peter Anthony, Ir Max Chong JKR selepas PRN Sabah

Rakyat dapat jalan teruk tapi 4 konsesi kroni Peter Anthony dibayar RM154.5 juta. Sebulan selepas PRN Sabah hampir RM 45 juta disalurkan kepada konsesi secara tergesa-gesa. Kini sehingga September 2021 RM154.5 juta disalurkan kerana Ir Max Chong!

Sabahkini2 telah mendedahkan Ir. Chong Kok Howe @Max Ketua Penolong Pengarah di Bahagian Cawangan Pemeliharaan Jalanraya projek Senggaraan jalan Sabah sebagai dalang 'mark up' harga kontrak konsesi yang melampau dan mengesahkan pembayaran projek kepada 4 konsesi kroni Peter Anthony walaupun kerja-kerja itu terbukti tidak dilaksanakan dengan berkesan.

 

Amat sukar menyingkirkan konsesi kroni Peter Anthony seperti AK Kontraktor Sdn Bhd (RM 325 Juta), Borneo Nabalu Builders Sdn Bhd (RM 500 juta), AK Setia Bina Sdn Bhd (RM400 juta) dan Sinaran Mewah (RM325 juta) dengan kontrak sekitar RM65 juta hingga RM100 juta setahun selagi budak Peter Anthony, pegawai JKR Ir Max Chong melindungi mereka.

Kronologi pelantikan syarikat konsesi itu jelas 4 syarikat pernah ditamatkan sejak 7 Januari 2021 melalui surat rujukan HQ.7(2020 (5)/ sehinggalah penamatan penuhnya pada 28 April 2021 rujukan KEW (S) 100-15/1/1Kit 3.6 namun disambung semula atas syor-syor Ir Max Chong. Alasan Max Chong dalam mesyuarat penamatan 4 konsesi sebagai drastik dan mengelak tindakan undang-undang. Kerajaan sepatutnya memulangkan semula kepada konsesi awal dengan harga yang lebih murah RM31 ribu perKM berbanding 4 konsesi yang punya harga sehingga RM203 ribu perKM. 

 

Akhirnya JKR Sabah mencadangkan kerja-kerja dibuat secara 'Perubahan Kerja ' atau 'Variation Order (VO) kepada 4 konsesi yang menyebabkan harga lebih mahal dari kontrak biasa dalam tempoh setahun. Misalnya syarikat konsesi AK Setia Bina Sdn Bhd diarah oleh Ir Max Chong menghantar Cadangan Kerja Provisional Sum No.2 tahun 2021 Penyelenggaraan Jalanraya Majlis Perbandaran dan Daerah Pantai Barat Selatan dan Pedalaman Bawah dengan harga  RM 44,187,365.20.

[ARTIKEL BERKAITAN- RM44.1 juta AK Setia Bina! Pegawai JKR bodohkan lagi rakyat Keningau, Tambunan, Nabawan, Beaufort, Sipitang, Kuala Penyu ]

 


Kerugian Kerajaan Negeri Sabah mencecah lebih RM300 juta bagi Kerja-Kerja Provisional Sum

ini kerana harga subjektif tidak ditetapkan

 

Sekalipun prestasi 4 konsesi  ini terburuk rakyat Sabah pasti akan terkejut.  Syarikat bukan sahaja diberi projek baharu tetapi tuntutan bayaran tetap dibayar oleh JKR Sabah. Sabahkini2 pernah mendedahkan bukti-bukti bergambar prestasi 4 konsesi ini. 

Netizen boleh lihat laporan dan gambar-gambar kerja konsesi yang diuruskan oleh Ir Max Chong JKR ini. Berbaloikan dengan nilai kontrak beratus juta?

[ARTIKEL BERKAITAN - Jalan Zon Utara Teruk, Tapi kroni Peter ‘Sinaran Mewah’ kontrak RM325 juta di Lido Avenue Kondo terus kaya!

[ARTIKEL BERKAITAN - [VIDEO] Konsesi Peter AK Kontraktor gagal, bayaran berjuta tapi Jalan Kg Manduring Beluran sangat teruk! 

[ARTIKEL BERKAITAN - Bukti Menteri Warisan, UPKO 'Curi' Duit Rakyat! Jalan 2.3KM, Kos RM1.06 juta 1KM, Rakyat dapat jalan teruk

[ARTIKEL BERKAITAN -'Peter' AK Setia Bina RM400 juta: Rakyat Keningau, Tambunan, Nabawan, Beaufort, Sipitang, Kuala Penyu dapat apa?

[ARTIKEL BERKAITAN - SPRM serbu JKR Daerah, Konsesi ‘Peter’ Gagal di Jalan Beaufort, Sipitang, Kuala Penyu pula terbongkar!

 

Borneo Nabalu Builders Sdn Bhd - Selenggara Jalan Zon Tawau, Lahad, Datu, Semporna dan Kunak

 

Projek Sinaran Mewah Sdn Bhd- Selenggara Jalan Zon Tuaran, Kota Belud, Ranau, Kota Marudu, Kudat dan Pitas

 

  AK Setia Bina Sdn Bhd- Konsesi Zon Keningau, Tambunan,Nabawan, Beaufort , Sipitang, Kuala Penyu

Gambar-gambar ini sebahagian yang telah dihantar kepada SPRM sebagai bukti konsesi gagal melaksana
kerja tetapi membuat tuntutan bayaran


TUNTUTAN BAYARAN 4 KONSESI

Shafie Apdal Presiden Warisan membubarkan DUN Sabah pada 30 Julai 2020. Pembuangan undi PRN Sabah diadakan pada 26 September 2020. GRS memenangi 38 kerusi dalam PRN Sabah. Datuk Seri Panglima Hj Hajiji Mohd Noor dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu menggantikan Shafie Apdal. Upacara angkat sumpah Ketua Menteri diadakan pada 29 September dan pembentukan kabinet kerajaan Sabah ialah 8 Oktober 2020.

Sebelum pembubaran DUN Sabah, 4 konsesi jalan telah membuat tuntutan bayaran bagi kerja-kerja selenggaraan jalan walaupun terbukti kerja-kerja itu tidak dilaksanakan oleh kontraktor konsesi Borneo Nabalu Builders Sdn Bhd, AK Kontraktor Sdn Bhd, AK Setia Bina Sdn Bhd dan Sinaran Mewah Sdn Bhd. 

Belum pun sempat Ketua Menteri dan Menteri Kabinet bersuai kenal dengan kementerian masing-masing para pegawai kementerian kurang daripada sebulan pembentukan Kerajaan GRS, KKR telah meluluskan bayaran lebih RM40 juta kepada 3 konsesi iaitu Borneo Nabalu Builders Sdn Bhd (RM 21.9 juta), AK Kontraktor Sdn Bhd (RM11.8 juta) dan Sinaran Mewah Sdn Bhd (RM8.3 juta). Lihat rajah di bawah.

Arahan siapa semua bayaran ini dipercepatkan? Jika tidak bukan kerana Datuk Peter Anthony kepada pegawai yang pro Warisan. Mengapa sangat tergesa-gesa membuat bayaran? Nilainya bukan sedikit menghampiri RM45 juta!.

Sepatutnya disemak kepada Menteri yang baharu  terlebih dahulu sebelum SUT Kementerian KKR bertindak membuat bayaran. Apakah syarikat konsesi sedar mereka mungkin tidak dibayar atau ditamatkan kontrak jika berlaku pertukaran kerajaan? maka semua perlu dilakukan dengan cepat oleh pegawai kementerian. 

Sangat mengejutkan Borneo Nabalu Builders Sdn Bhd milik syarikat VIP Kayangan Pembinaan Azam Jaya dibayar RM21.9 juta. Apakah bayaran itu? Dalam tempoh LOA 24 Januari 2020 hingga sebelum PRN Sabah 26 September apa sangat jalan yang mereka selenggara?

Sedangkan lebih 300 ribu gambar yang diserah kepada SPRM membuktikan jalan-jalan itu tidak diselenggara malah terdapat jalan hantu atau jalan tidak wujud dibuat bayaran oleh KKR. Bukan sedikit tetapi melibatkan lebih 2000 KM 'Jalan Hantu'!. Kita akan dedah cerita 'Jalan Hantu' tidak wujud ini kemudian. 

Begitu juga syarikat yang terkait dengan pemilik skandal rasuah RISDA bersama Peter Anthony AK Kontraktor Sdn Bhd telah dibayar pada 19 Oktober 2020 sejumlah RM11.8 juta. Lebih awal daripada itu konsesi Sinaran Mewah Sdn Bhd dibayar RM8.3 juta.

Pada bulan November AK Kontraktor sekali lagi mendapat bayaran hampir RM7 juta dan Sinaran Mewah Sdn Bhd hampir RM4 juta. Tuntutan bayaran ini berterusan sehingga bulan disember dengan Sinaran Mewah dibayar RM6.7 juta dan AK Setia Bina Sdn Bhd mendapat bayaran RM7.3 juta.

 

 

Ini bermakna dalam tempoh 3 bulan secara keseluruhan Borneo Nabalu mendapat bayaran tertinggi RM21.9 juta, AK Kontraktor RM18.7 juta dan Sinaran Mewah RM15.2 juta. Apakah habuan Datuk Peter Anthony dan Ir Max Chong mempercepatkan bayaran ini? komisen dan habuan pilihanraya?

Pendedahan ini hanya 3 bulan selepas PRN iaitu RM66.7 juta dibayar kepada 4 syarikat konsesi tidak termasuk tuntutan tahun 2021 melibatkan perbelanjaan RM 83.5 sehingga september 2021.   Kita akan dedahkan  kemudian bayaran tahun 2021. Sepanjang tahun 2020 dan 2021 Kerajaan Negeri telah membuang RM154.5 juta kepada konsesi kroni Datuk Peter Anthony dan Ir MAx Chong. 

Konsesi jalan harga kontrak melampau yang telah di 'mark up'  40 kali ganda ini sebenarnya jika dikira semula merugikan Kerajaan Negeri Sabah kira- kira hampir RM500 juta setahun.

Siapa yang kenyang? Tentulah Shafie Apdal, Datuk Peter Anthony, Max Chong dan pegawai-pegawai yang terlibat dengan kontrak konsesi yang melampau ini.

Ke mana agaknya wang tuntutan syarikat puluhan juta sejak selepas PRN Sabah dan hingga kini? Semakan kepada 4 konsesi terdapat syarikat konsesi tidak menghantar laporan audit akaun kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Hanya Syarikat Sinaran Mewah Sdn Bhd telah menghantar laporan audit akaun yang menunjukkan ada bayaran masuk ke dalam akaun syarikat mereka.

Mana Syarikat Borneo Nabalu Builders Sdn Bhd, AK Kontraktor Sdn Bhd dan AK Setia Bina Sdn Bhd menyembunyikan bayaran pendapatan konsesi mereka? Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pastinya mengetahui akaun 4 syarikat konsesi ini.

Diharap SPRM, LHDN dan Bank Negara bergabung menyiasat dana bayaran yang diterima oleh 4 konsesi ini walaupun kerja tak buat. 

 

Modal berbayar syarikat RM750 ribu. Pendapatan tahun 2019 ialah RM0.00. Rugi RM12 ribu.
Tuntutan bayaran konsesi mereka selepas

PRN Sabah saja ialah RM21.9 juta. Sekarang dah November 2021 Audit Akaun SSM tak pernah dihantar lagi

 

Modal berbayar syarikat RM1.24 juta. Pendapatan tahun 2019 ialah RM0.00. Rugi RM320 ribu. 
3 bulan selepas PRN kerajaan negeri membayar RM7.3 juta untuk bayaran konsesi

 

 

Modal berbayar syarikat RM1 juta. Pendapatan tahun 2019 ialah RM0.00. Rugi RM1.1 juta.
Laporan Audit kewangan belum dihantar. Bagaimanapun Kerajaan telah membayar RM 11.8 juta selepas PRN.
Manakala RM6.9 juta pada bulan November 2020

 

 Kerajaan telah membayar konsesi Sinaran Mewah sebanyak RM 18.7 juta sehingga disember 2020.

Lembaga Hasil Dalam Negeri sewajarnya menyemak semua pendapatan 4 konsesi ini. Bayangkan 4 konsesi ini telah ditamatkan kontrak pada 7 Januari 2021 namun syarikat kroni Peter ini tetap mendapat bayaran konsesi lebih RM80 juta sehingga September 2021.

Lantaran itu Datuk Peter Anthony hanya tersenyum melihat syarikat kroninya telah melaksanakan kerja dan mendapat bayaran selagi dibantu oleh  Ir Max Chong di JKR!.

Rakyat dapat apa? Konsesi kroni dapat bayaran ratusan juta tetapi rakyat dapat selenggaraan Jalanraya Majlis Perbandaran dan Daerah terburuk!

Note: Situasi sama dengan pinjaman RM300 juta Sabah Development Bank (SDB) kepada AirAsia Berhad telah dibayar dalam tempoh kempen PRN Sabah. Semua diluluskan secara tergesa-gesa demi kroni. Apa jadi akhirnya Air Asia tak mampu bayar pinjaman kepada SDB . 

 

18 Comments