Serang Azam motif dendam pihak tertentu, tiga TKP SPRM sokong Azam
18:01 Jan 09, 2022  |  By SabahKini2
Serang Azam motif dendam pihak tertentu, tiga TKP SPRM sokong Azam

Azam diserang dari dalam dan luar SPRM. Geng dalam SPRM 'budak-budak Shukri' menggunakan blog dan laman sosial untuk dedahkan saham keluarga Azam Baki.Mengapa mereka takut Azam? mengapa ketika Abu Kassim & Shukri KP SPRM saham keluarga Azam tidak didedahA

Bermula dari perang dalaman pegawai SPRM terutama bekas anak didik Shukri Abdul bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM yang disayangi Pakatan Harapan yang boleh menutup dan menggugurkan semua kes rasuah pemimpin PH, melepaskan akaun taikun DAP yang dibeku, pelantikan Latheefa Koya sebagai KP SPRM dan kini pendedahan saham bernilai RM330 ribu milik Azam Baki dan keluarganya digunakan sebagai senjata untuk menggugurkan Azam Baki.

Semua tahu Azam Baki adalah Bekas Pengarah Siasatan dan TKP SPRM yang paling banyak memasukkan pemimpin PH dan DAP ke lokap SPRM malah kes Lim Guan Eng bekas Menteri Kewangan itu turut diheret di mahkamah semula selepas Shukri dan Tommy Thomas sebelum ini menggugurkan kesnya. Kes Lim Guan Eng sedang berjalan dan kemungkinan lebih banyak mendedahkan rasuah terowong apabila melibatkan ramai Exco Pulau Pinang menerima rasuah. Dokumen siasatan SPRM kes terowong yang bocor membuktikan rasuah pemimpin PH-DAP berlaku.

Kini Azam Baki adalah Ketua Pesuruhjaya SPRM dengan pendakwaan kes semula Lim Guan Eng merimaskan DAP dan pemimpin PH. Dulu Latheefa Koya menjadi benteng PH namun kini tidak mungkin Azam Baki berkompromi. Oleh itu usaha dari dalam dan luar digerakkan menjatuhkan Azam sejak beberapa bulan lalu.

Azam pada september lalu cuba melakukan rombakan dalam SPRM bagaimanapun beberapa budak Shukri Abdul masih dikekalkan bagi mengelak perubahan drastik. Rombakan ini tidak disenangi oleh kumpulan SPRM bekas budak-budak Shukri Abdul. 

[ARTIKEL BERKAITAN- SPRM dirombak, kini Tan Kang Sai Pengarah Bahagian Operasi Khas tapi Zamri Pengarah AMLA Pro PH kekal! ]

Sumber mendedahkan puak-puak Shukri Abdul yang ada di dalam dan luar SPRM adalah dalang kepada usaha ini. Antara yang dikaitkan ialah Zamri Zainul Abidin Pengarah Bahagian Pencegahan Wang Haram  (AMLA) budak Shukri adalah sebahagian dari perancang menyerang Azam. Turut terlibat ialah beberapa Ahli Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) yang sekarang khianat dan meletak jawatan. 

Lantaran itu Ketiga-tiga timbalan pesuruhjaya SPRM mengisytiharkan sokongan mereka kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki, susulan dakwaan pemilikan saham.

Tiga timbalan Azam itu, Ahmad Khusairi Yahaya (operasi), Norazlan Mohd Razali (pencegahan) dan Junipah Wandi (pengurusan dan profesionalisme) menolak dakwaan terhadap ketua SPRM dan menyifatkan ia serangan terhadap suruhanjaya antirasuah berkenaan.

"Kami mewakili seluruh warga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyatakan pendirian kami menyokong kepimpinan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki.

"Kami berpendirian bahawa tohmahan dan serangan yang dibuat adalah bermotifkan politik dendam bagi menjatukan kredibiliti SPRM," kata mereka pada kenyataan bersama 

"Kami menggesa agar semua pihak menghentikan kemelut ini dan membiarkan proses undang-undang berjalan secara adil, telus dan saksama.

"Warga SPRM tetap bersatu hati dalam mempertahankan institusi ketua pesuruhjaya SPRM demi kelangsungan pencegahan rasuah di negara tercinta," tegas mereka.

 

Siapakah pihak yang berdendam di maksudkan oleh 3 TKP SPRM itu? Mereka sudah sedia maklum sejak awal apabila beberapa blog tajaan bekas pegawai SPRM mendedahkan pemilikan saham itu. 

Sekalipun bukan menjadi kesalahan kepada penjawat awam memiliki Saham apatah lagi Saham itu milik keluarga selaras dengan Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991, pemindahan pemilikan sekuriti di kalangan ahli keluarga tidak memerlukan kelulusan dari Depositori Bursa. Perkara (B2), ahli keluarga (Tidak memerlukan kelulusan awal daripada Bursa Depository diperlukan untuk melaksanakan pemindahan sekuriti)

[ARTIKEL BERKAITAN- Miliki Saham 'Family Member' apa salah Azam Baki? ]

 

Ketika sidang media pada Rabu, Azam berkata dia menafikan skandal saham itu sebagai sesuatu yang salah kerana telah memberitahu Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) bahawa akaun dagangannya digunakan oleh adiknya Nasir Baki untuk membeli saham dalam kedua-dua syarikat itu pada 2015.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar juga menyatakan jumlah saham yang dikaitkan dengan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), SPRM Azam Baki mampu dimiliki kebanyakan orang. Wan Junaidi juga berkata adalah tidak salah untuk penjawat awam memperoleh saham dalam syarikat senaraian awam.

Wan Junaidi berkata pada 2016, satu juta saham yang dibeli oleh Azam bernilai RM330,000, antara 30 sen dan 33 sen sesaham dan dikumpul secara beransur-ansur.

Wan Junaidi berkata, di bawah Akta Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, penjawat awam hanya dilarang berdagang dalam pasaran hadapan, dalam dan luar negara. Tambahnya, penjawat awam yang memiliki saham dalam syarikat senaraian awam juga dikehendaki mengisytiharkannya sebagai aset.

Jadi apa yang pemimpin PH dan DAP takutkan sangat? mereka takut Azam Baki bertindak balas. Menurut sumber ada sesuatu yang lebih besar bakal berlaku melibatkan kes-kes rasuah pemimpin PH sebelum ini. Apakah itu? sama-sama kita nantikan.

 

 

11 Comments