Junz Wong seru pemimpin kecewa dari BN, PN, PH lompat ke Warisan
10:01 Jan 13, 2022  |  By SabahKini2
Junz Wong seru pemimpin kecewa dari BN, PN, PH lompat ke Warisan

Sebagaimana pemimpin Warisan seperti Datuk Peter keluar parti, Junz Wong Naib Presiden Warisan juga menyeru mana-mana pemimpin BN, PN dan PH kecewa atau lompat parti menyertai Warisan. Peluang bertanding di 'Malaya' terbuka

Warisan semakin berkubur. Satu persatu pemimpin knan dan orang kepercayaan Shafie Apdal Presiden Warisan keluar parti. Alasan mereka Shafie dan Warisan semakin tersasar daripada perjuangan asal.

Usaha Warisan masuk ke semenanjung dilihat menjadi punca utama pemimpin Warisan keluar parti. Jika dahulu Warisan sering mengecam kemasukan parti ‘Malaya’ ke Sabah. Parti semenanjung dihina sebagai perompak harta Sabah walaupun secara ironis Shafie Presiden Warisan sangat taat pada Tun Dr Mahathir bekas PM7.

Peter Orang Kanan Kepercayaan Shafie berkata Warisan lari perjuangan asal

Di peringkat bahagian ramai pemimpin Warisan meletak jawatan malah mengumumkan terang-terangan menyokong Datuk Peter Anthony bekas Naib Presiden Warisan.

Bimbang dengan situasi itu seorang Naib Presiden Warisan Junz Wong menyeru rakyat memilih MUDA dan Warisan dari memilih Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH)

Wong berkata rakyat sudah mula menolak PH seperti yang ditunjukkan keputusan pilihan raya negeri di Melaka dan Sarawak, di mana PH mengalami kekalahan besar.

“Di Melaka, peratusan keluar mengundi masyarakat Cina dan India berkurangan hampir 30%, malah MCA dan MIC berjaya memenangi kerusi. Di Sarawak, kita boleh lihat masyarakat Cina pun menolak DAP. Ini menunjukkan rakyat kecewa dengan PH,” katanya

Di Melaka, PH hanya berjaya memenangi lima kerusi berbanding 15 yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum 2018. Sebulan kemudian, gabungan itu hampir disapu bersih di Sarawak, dengan hanya mengekalkan dua daripada 10 kerusi yang dimenanginya dalam pilihan raya negeri sebelum ini.

Wong berkata hanya Datuk Shafie Apdal sesuai sebagai Perdana Menteri akan datang kerana rakyat menolak Anwar dan Dr Mahathir. Lantaran itulah Warisan cuba melebasrkan sayap ke ‘Malaya’.

Setakat ini, 85 cawangan Warisan telah ditubuhkan di Semenanjung dan parti itu akan memberi tumpuan kepada kerusi campuran pada pilihan raya umum akan datang.

Oleh itu Junz Wong menyeru mana-mana pemimpin kecewa, marah dengan BN, PN, PH atau mana-mana sesuai menyertai Parti Warisan.

5 Comments