Dr Maszlee kaki rasuah bolot projek, beli Vellfire, batal tender demi kroni kini disiasat SPRM
20:01 Jan 30, 2022  |  By SabahKini2
Dr Maszlee kaki rasuah bolot projek, beli Vellfire, batal tender demi kroni kini disiasat SPRM

Dr Maszlee berlagak suci! Sejak 2 tahun lalu banyak aduan rasuah terhadap Dr Maszlee ketika jadi Menteri KPM. Siapa kata intimidasi? Memang benar pun kaki rasuah. Bolot projek, batal tender kerana kroni tak dapat. Lepas tu arah EMGS beli Vellfire bermewah

Baru-baru ini bukan main lagi Dr Maszlee mempersoalkan SPRM seolah-olah beliau suci dari melakukan kesalahan rasuah.  Dia lupa ketika beliau menjadi Menteri Pendidikan begitu banyak aduan aduan rasuah terhadapnya. 

Terbaru Dr Maszlee bising menuduh SPRM melakukan intimidasi terhadapnya sedangkan ia hanya siasatan kerana terdapat aduan mengenainya. 

Menjerit-jerit tetapi lupa dia memang lakukan rasuah..dia lupa dia perasuah sebenar

Bagaimanapun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan terdapat aduan dibuat terhadap bekas Menteri Pendidikan Maszlee Malik dan siasatan sedang dijalankan.

“SPRM telah menerima dua aduan terhadap Maszlee berkenaan sesuatu kesalahan rasuah dan penyelewengan dan sedang menjalankan siasatan berhubung perkara tersebut,” kata SPRM dalam satu kenyataan hari ini.

SPRM menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa pegawainya melakukan intimidasi terhadap Ahli Parlimen Simpang Renggam berkenaan.

“SPRM ingin menegaskan proses siasatan perlu dijalankan setelah terdapat aduan rasmi berhubung sesuatu kesalahan rasuah dan penyelewengan sebagaimana peruntukan undang-undang,” katanya.

 Langkah SPRM menyiasat Dr Mazlee yang berlagak suci ini adalah tepat kerana banyak juga salah laku rasuah ketika beliau menjadi Menteri Pendidikan. Silih berganti Setiausaha Politiknya dibuang kerana terlibat bersekongkol rasuah. 

Apapun aduannya sama ada lama atau yang baharu adalah lebih baik SPRM membuka siasatan. Jika dulu mungkin ada Atok menghalangnya kini tidak ada lagi. 

Dr Maszlee rasuah salah guna kuasa!

Dr Maszlee sama juga seperti pemimpin lain dalam politik bukanlah suci. Permulaan sebagai Menteri memanglah menunjukkan sedikit kebodohan dan sering menjadi bahan troll namun saban hari beliau semakin pandai juga untuk mencari wang  ‘pau’ kontraktor. Hendak bayar baju blazer pun kontraktor bayarkan.

Sabahkini2 pernah mendedahkan mengenai siapa Dr Maszlee. Di awal tahun 2019 beliau sudah pandai membolot projek, kerap membatal tender KPM dan menukar perolehan di Sabah dikawal Putrajaya yang akhirnya menikam dirinya kembali

[ARTIKEL BERKAITAN- Menteri Pendidikan mahu ‘bolot’ projek tender KPM arah batal kuasa perolehan Sabah ]

 

 

Membatalkan kuasa Pegawai Sabah ini ditentang habis-habisan kerajaan negeri ketika itu

Bayangkan tiga kali Dr Maszlee membatalkan tender dan mengugut  Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pendidikan Malaysia, Dato' Dr. Mohd Ghazali Abas jika kontraktor kroni tidak diberi projek.

Alasan Dr Maszlee membatalkan tender Disember 2018 dan Jun 2019 kononnya penyata akaun syarikat tidak boleh digunakan lagi.  Hanya kerana syarikat kroni Maszlee tidak disenarai pendek kerana gagal dalam proses penilaian, penyaringan dan pemarkahan tender yang telah dibuat berulang kali maka Dr Maszlee membatalkannya. Akhirnya pembatalan tender itu telah memberi kesan negatif kepada lebih 10,000 sekolah seluruh Malaysia. Bahagian perolehan ketika itu terpaksa melantik kontraktor sedia ada secara sambungan bulan ke bulan sehingga tender baru selesai. 

Semua di KPM ketika itu tahu Dr Maszlee, Setiausaha Politik dan pegawai khasnya meminta komisen tender-tender sekolah ini. Tak percaya tangkap Setiausaha Politik pertamanya dan kemudian yang kedua. SPRM ketika itu tidak menyiasat penuh dan kini adalah wajar SPRM menyiasatnya hingga ke lubang cacing. 

[ARTIKEL BERKAITAN-  Sah! Tender KPM batal, Menteri bakal pindahkan KSU, SUB gagal bantu beri kontraktor kroni? ]

 

 

Sah! Tender KPM batal, Menteri bakal pindahkan KSU, SUB gagal bantu beri kontraktor kroni?

Beliau hanya mampu batal tender tapi tak sempat menukar KSU dan pegawainya

Antara infografik Dr Maszlee dan Dr Ezree tular dalam laman sosial mendedahkan kemelut
kementerian pendidikan awal disember 2020

Pegawai Menteri termasuk Setiausaha Politiknya juga sudah mula kaya-raya selepas kawalan projek dilakukan. Setiausaha Politik siap diberi kenderaan mewah lagi. Dulu hanya guru yang pendapatan tak seberapa tetapi selepas menjadi Setiausaha Politik semua serba mewah.

[ARTIKEL BERKAITAN-  Setiausaha Politik Menteri Pendidikan lapor polis nafi terima kereta mewah ]

Malah Menteri sudah pandai bermewah-mewah sehingga mengarahkan agensinya membeli kereta mewah seperti Vellfire sedangkan secara rasmi KPM membekalkan sebuah kereta rasmi kepadanya.

Education Malaysia Global Services (EMGS) misalnya adalah agensi lubuk rasuah KPM. Skandal EMGS dan Scicom (MSC) Berhad projek Visa pelajar sehingga sekarang belum selesai. Begitu juga kisah rasuah Pengerusi Education Malaysia Global Services  Datuk Abdul Rahman Mohamed yang ditahan SPRM januari 2020.

Kerana wang rasuah banyak mengalir daripada EMGS Pengerusi boleh membelikan kereta khas Vellfire kepada Dr Maszlee.

[ARTIKEL BERKAITAN- [VIDEO] Pengerusi EMGS belikan Dr Maszlee Vellfire VDC2828 didakwa SPRM, Dr Maszlee turut disiasat? ]

[VIDEO] Pengerusi EMGS belikan Dr Maszlee Vellfire VDC2828 didakwa SPRM, Dr Maszlee turut disiasat?
Skandal EMGS dan Scicom (MSC) Berhad menguntungkan Scicom sehingga RM400 juta namun tidak selesai.
Pengerusi boleh beri Vellfire kepada Dr Maszlee



Bergaya. Salah guna kuasa Menteri. Ketika ini Vellfire belum pernah diluluskan
kenderaan rasmi Menteri. Dia kata dia belanja demi rakyat tapi arah EMGS beli kereta mewah

Dengan segala kontroversi sebelum ini di KPM termasuk kes rasuah di EMGS melibatkan pengerusinya tentunya menjadi kemusykilan mengapa SPRM ketika itu tidak menyiasat dan memanggil Dr Maszlee Malik.

Maka sudah tentu jika Dr Maszlee disiasat sekarang ia tindakan yang tepat dan amat bijak sekali. Tahniah Tan Sri Azam Baki mohon buka dan bongkar rasuah pemimpin PH berlagak alim. Jika boleh heret Dr Mazlee ni ke mahkamah.

Ajar sikit pemimpin rasuah berlagak alim ni.

 

6 Comments