Dr Maszlee salah guna kuasa minta Vellfire, lantik pegawai khas Menteri tutup skandal rasuah EMGS
21:02 Feb 04, 2022  |  By SabahKini2
Dr Maszlee salah guna kuasa minta Vellfire, lantik pegawai khas Menteri tutup skandal rasuah EMGS

Siapa kata Dr Maszlee tak rasuah salah guna kuasa? Bersekongkol Pengerusi EGMS tutup skandal rasuah EGMS. Arah Pengerusi EGMS belikan Vellfire, lantik seorang Pegawai Khas Menteri dibayar gaji EGMS. Semuanya demi lobi untuk menteri.

Empat hari Dr Maszlee Malik berhempas pulas menepis isu rasuah dan salah guna kuasa ketika beliau sebagai Menteri Pendidikan dari tahun 2018 hingga awal 2020. Selepas disiasat SPRM Dr Mazslee berpura-pura berani dan menyerang SPRM kononnya melakukan intimidasi terhadapnya wal hal kes SPRM itu sudah didedahkan 2 tahun lalu.

Bezanya SPRM di zaman PH Shukri dan Latheefa Koya tidak mahu meneruskan siasatan terhadapnya. Di dalam FB, Twitter laman sosial miliknya berhempas pulas Dr Maszlee menjawabnya. Begitulah bila terkena batang hidung sendiri. Perit juga membaiki kerosakan.

Bekas Menteri Pendidikan itu berkata, perkara tersebut dilihat sebagai satu dakwaan berunsur fitnah dan satu tuduhan berniat menjatuhkannya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

“Saya telah membaca laporan sebuah portal berita bertarikh 30/1/2022 berhubung dakwaan rasuah melibatkan saya yang ditimbulkan oleh pihak tertentu.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya kenyataan rekayasa dusta berbaur fitnah ini. Saya melihat perkara ini sebagai satu usaha pembunuhan karakter berunsur jahat (malafide) oleh pihak tertentu terhadap saya menjelang PRN Johor dan komitmen saya terhadap isu-isu pendidikan.

Wal hal di KPM ketika itu semua tahu Dr Maszlee kaki bolot projek sehingga gemar membatalkan tender berulang kali semata-mata syarikat kroni tidak berjaya disenarai pendek dalam tender. Habis semua pekeliling dipinda termasuk membatalkan kuasa pegawai perolehan di Sabah semata-mata mahu Menteri KPM mengawal penuh tender KPM!

[ARTIKEL BERKAITAN- Dr Maszlee kaki rasuah bolot projek, beli Vellfire, batal tender demi kroni kini disiasat SPRM ]

Maka benarkah ia satu fitnah?

Kisah salahlaku rasuah dan salahguna kuasa Dr Maszlee bukan isu baru, ia sudah lama berkumandang. Jika SPRM mahu bertindak segera maka menangkap bekas Setiausaha Politiknya bernama Mohd Nizam Murad yang kontroversi adalah satu jawapan begitu juga Wan Saiful Wan Jan bekas Penasihat Khas kepada Menteri Pendidikan. Kedua-duanya meletak jawatan kerana tidak tahan perangai bekas ‘Menteri Telinga Capang’ ini.

[ARTIKEL BERKAITAN- Selepas Penasihat kini Setiausaha Politik Menteri Pendidikan letak jawatan ]

Selepas Penasihat kini Setiausaha Politik Menteri Pendidikan letak jawatan

Dua Pegawai awal utama yang lebih mengenali siapa Dr Maszlee. 

 

Salahguna kuasa ‘Vellfire’!

Isu Vellfire milik agensi KPM iaitu Education Malaysia Global Services (EMGS) adalah sebahagian salahguna kuasa Dr Maszlee Malik.

EMGS agensi KPM yang penuh skandal rasuah antara EMGS dan Scicom (MSC) Berhad sebuah projek Visa pelajar yang merugikan kerajaan Malaysia kerana perjanjian berat sebelah.

Datuk Abdul Rahman Mohamed sebagai Pengerusi Education Malaysia Global Services telah lama disiasat SPRM sehinggalah dilaporkan secara rasmi masalah EMGS dalam Laporan Audit Negara (LKAN) 2018 Siri 1 yang dibentangkan di Parlimen pada 15 Julai 2019

Tun M pernah mengarahkan lkepada Dr Maszlee laporan perlu dibuat kepada SPRM pada 18 Mei 2019 tetapi Dr Maszlee sebaliknya melayan mesra Datuk Abdul Rahman Mohamed sehingga diberikan seorang Pegawai Khas bertaraf Pengurus Kanan secara pentadbiran daripada EMGS. Akhirnya tiada tindakan dibuat sehinggalah Dr Maszlee dipecat sebagai Menteri Pendidikan pada awal januari 2020.

Laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) parlimen pada 8 Disember 2020 mengesahkan masalah pengurusan EMGS. EMGS membelanjakan RM 71,500 bagi tempoh 1 November 2018 (selepas PRU) hingga 15 April 2019 untuk Pegawai Khas Menteri KPM Dr Maszlee. Tujuannya EMGS kononnya nanti punya akses dengan Menteri KPM jika seorang Pegawai EMGS diletakkan di sana. Pengerusi EMGS yang bijak kena melobi Menteri KPM 24 jam. Layan apa sahaja kehendak menteri asalkan tidak dibuang sebagai Pengerusi. 

Bukankah ini salah guna kuasa dan kepentingan untuk Dr Maszlee? Untuk apa pelantikan itu jika bukan kerana  mempergunakan  EMGS kerana ada dana peruntukan sehingga mengarahkan Pengerusi EMGS Datuk Abdul Rahman Mohamed mengarahkan EMGS membeli Vellfire khas untuk Dr Maszlee. EMGS tak akan beli kenderaan jika tidak kerana arahan Menteri. 

Tiada keperluan buat EMGS beli Vellfire untuk Menteri KPM

Ketika itu kerajaan hanya memperuntukkan anggota pentadbiran (Kabinet) kenderaan rasmi Perdana. Belum lagi mendapat kelayakan menggunakan Vellfire seperti sekarang. Jadi pembelian Vellfire ratusan ribu itu satu pembaziran.

Mengapa? Semuanya kerana Dr Maszlee bersekongkol menutup skandal rasuah Pengerusi EMGS. Semua apa yang diminta Dr Maszlee mendapat kelulusan segera Datuk Abdul Rahman Mohamed. Gaji pegawai khas dapat, peruntukan dapat hinggalah kenderaan mewah Vellfire!

Dr Maszlee sedikitpun tidak berani mengusik Pengerusi EMGS sehinggalah Dr Maszlee di pecat sebagai Menteri dan Datuk Abdul Rahman Mohamed didakwa di mahkamah dengan tiga pertuduhan pecah amanah bawah seksyen 409 Kanun Keseksaan pada 13 Januari 2020.

Terang-terang salahgunakuasa lepas tu salahkan pihak lain kononnya memfitnah. 

 

 

 

2 Comments