Gila! Irwan dibayar RM 269K, hampir RM 1 Juta bayar elaun 5 Pegawai MARA Corp Gred 44-55
06:02 Feb 08, 2022  |  By SabahKini2
Gila! Irwan dibayar RM 269K, hampir RM 1 Juta bayar elaun 5 Pegawai MARA Corp Gred 44-55

Masuk akal ke hanya 5 Pegawai MARA Gred 44 hingga 55 dibayar RM967,355.76 atau hampir sejuta! Datuk Azhar KP MARA nak pertahan lagi ke 5 pegawai yang diserbu SPRM bayar sesama sendiri elaun gila ni? SPRM dan LHDN mohon siasat akaun dan aset-aset pegawai

SPRM serbu MARA Corp! banyaklah dokumen yang dirampas. 

Negara dikejutkan apabila 5 pegawai MARA yang dipinjamkan ke MARA Corp gred 41 dan 52 mendapat elaun dari RM3000 hingga RM5000. Hanya berkhidmat 6 bulan dan sambung lagi 6 bulan (alasan tiada pengganti) serta mendapat lagi elaun tambahan sehingga RM 10,000 hingga RM13,125. 

Gaji hakiki dan elaun Gred 41 hingga 52 mereka di MARA Pusat atau anak syarikat MARA sedikit pun tidak berkurang tetapi mendapat lagi habuan besar di MARA Corp.

Rakyat perlu tahu mengapa 5 pegawai ini perlu dibayar ‘Double’ lebih RM10 ribu sebulan sedangkan Laporan Audit MARA Corporation Sdn Bhd tahun 2020 rugi RM9.9 juta dan tahun 2021 rugi RM53.1 juta.

 

Yang dipersoalkan ialah  Proposal for Extension of MARA's Secondment Officers of MARA Corporation Sdn Bhd hanya mencadangkan elaun yang diterima bagi setiap perjawatan di MARA Corp sebanyak RM29,000 sebulan sahaja untuk 7 pegawai yang tersenarai namun hakikatnya amaun yang diluluskan  tidak sama dengan amaun yang diterima kerana amaun diterima merupakan jumlah yang lebih tinggi daripada yang diluluskan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah.

[ARTIKEL BERKAITAN- Mengejutkan! RM29 ribu elaun 7 pegawai tapi 5 Pegawai curi duit MARA Corp tanpa kelulusan Lembaga Pengarah!]

Lembaga Pengarah tidak pernah dimaklumkan mengenai kenaikan elaun-elaun lain termasuk bayaran tuntutan secara ‘backdated’. Semua kelulusan dilakukan sesama 5 pegawai ini yang punya jawatan Director HR, Director Finance, Director General Councel dan Acting CEO. Prinsipnya 'Aku lulus kau punya, kau lulus aku punya'. Ia sepatutnya di bawa dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah. 

Ketua Pengarah MARA Datuk Azhar Abdul Manaf dilihat seolah-olah menjadi dalang di belakang tabir apabila cuba bersekongkol dengan Iskandar Zainudin, Group General Counsel pegawai undang-undang yang menguruskan MARA Corp untuk membersihkan 5 pegawai MARA Corp.

5 Pegawai itu tidak pun diarahkan oleh KP MARA untuk bercuti ketika disiasat tetapi membenarkan lagi 5 pegawai berkampung di pejabat MARA Corp, Premiera Hotel pada sabtu dan ahad menyiapkan segala butiran dokumen siasatan SPRM.

Dalam masa sama 5 pegawai yang punya akses pengurusan membocorkan dokumen awal termasuk serangan kad kredit yang digunakan oleh Pengarah Eksekutif MARA Corp. Begitu juga dokumen-dokumen syarikat, minit mesyuarat, resolusi dan bil-bil tertentu.

MARA CORP tanggung hampir RM1 juta bayar gaji 5 pegawai

KP MARA Datuk Azhar Abdul Manaf  dan rakyat di luar sana tahu tak MARA Corp menanggung hampir RM1 juta setahun menggaji Pegawai MARA ini sejak Julai 2020 hingga Januari 2022. Lima Pegawai dilantik untuk menstruktur dan memulihkan MARA Corp tetapi sebaliknya MARA Corp pula yang dirompak

RM967,355.76 dibelanjakan untuk Pegawai MARA malaun ini!.

1. Noor Irwan Marmin (Gred E52) dibayar RM 269,723.80
2. Rizal Abd Gani (Gred 44) dibayar RM207,069.00
3. Iskandar Zainudin (Gred 44) dibayar RM 152,738.48
4. Mohd Faizal Mat Top (Gred 44) dibayar RM168,022.32
5. Mohd Firdaus Zubir (Gred 44) dibayar RM169,802.16

Kegilaan apa kah ini? Kerajaan perlu menanggung sehingga RM250 ribu untuk seorang Pegawai pinjaman MARA Corp!

Rekod Secondment Emolument Jun 2020 hingga Januari 2021 jelas menunjukkan kegilaan ini.

Pada 21 April 2021 Noor Irwan Marmin mendapat bayaran RM 36,742.00, Rizal Abd Gani RM26,600.00, Iskandar Zainudin RM 25,882.00, Mohd Faizal Mat Top mendapat RM33,600.00 dan Mohd Firdaus Zubir mendapat bayaran RM33,100.00.

17 September 2021 GCEO Noor Irwan dibayar segila RM53,468.75 bersama CFO MARA Corp Rizal Abd Gani RM41,675.00

Rakyat Malaysia boleh telitikan sendiri jadual bayaran elaun keseluruhan hampir RM1 juta untuk 5 pegawai biawak hidup ini.

Apakah Ketua Pengarah MARA tidak tahu? Apakah KP MARA nak sokong juga 5 pegawai ini termasuk  Iskandar Zainudin yang bercita-cita melobi mahu naik pangkat di Bahagian Undang Undang MARA?

SPRM telah mendapat maklumat bayaran ini selain semua dokumen berkaitan yang dirampas. SPRM pasti boleh memadankan bayaran daripada MARA Corp ini ke dalam akaun peribadi atau gaji mereka.

Rakyat fikir sendiri masuk akal tak bayar lebih RM250 ribu kepada pegawai MARA yang dah ada gaji Gred 52 RM7000-RM11,000?

Elaun mereka dah macam Menteri, Timbalan Menteri. Pengerusi GLC biasa pun mungkin tak sampai seperti itu.

Jadi Datuk Azhar Abdul Manaf  KP MARA nak pertahan biawak hidup ke?


Azhar sejak jadi KP MARA apa dia buat? MARA merosot!. Hal salah laku pegawai dia tak peduli.
Lepas tu ikut hasutan Iskandar Zainudin Peguam gila. Apa dia gila setuju elaun budak tu bayar RM 152,738.48?
Itu wang rakyat. Dia sepatutnya arah 5 pegawai bercuti sehingga siasatan SPRM selesai

Di harap Dato' Seri Mahdzir Bin Khalid Menteri Pembangunan Luar Bandar jangan terikut dengan kebodohan Ketua Pengarah MARA untuk menyokong 5 pegawai MARA gila yang meluluskan bayaran elaun sendiri sehingga RM 269,723.80.

Mohon SPRM cepat sikit angkut 5 Pegawai ini periksa hasil pendapatan mereka, asset dan segala sumber hasil termasuk penggunaan kad kredit GCEO MARA Corp yang juga dilaporkan dibelanjakan sewenang-wenangnya

Mohon juga Datuk Mohd Nizom Sairi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)Lembaga Hasil Dalam Negeri menyemak pendapatan luar biasa Pegawai Gred 44 hingga 55 MARA ini. Berapa mereka bayar cukai, apa pendapatan lain dan akaun lain berkaitan milik mereka dan keluarga mereka.

Pencuri duit rakyat seperti ini jangan lepaskan. Asyik nak salahkan orang politik saja tetapi punca rasuah dalam kementerian, jabatan dan agensi tersembunyi bawah karpet. Ini baru gaji belum lagi urusan perolehan di MARA Corp yang dikendalikan oleh 5 pegawai ini.

 

36 Comments