Fokus SPRM 5 Pegawai MARA RM967,355.76
05:02 Feb 09, 2022  |  By SabahKini2
Fokus SPRM 5 Pegawai MARA RM967,355.76

KP SPRM berkata Fokus SPRM ialah dakwaan salah guna kuasa oleh lima pegawai kanan MARA menggunakan kedudukan untuk mendapatkan elaun yang tidak sepatutnya mereka dapat

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) buat masa ini hanya fokus kepada siasatan 5 pegawai MARA yang didakwa salah guna kuasa

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki berkata, pihaknya bertindak atas laporan yang dibuat.

Setakat ini tiada aduan diterima berhubung salah laku Pengarah Eksekutif MARA Corporation (MARA Corp), Suhaili Abdul Rahman berhubung penggunaan kad kredit korporat syarikat itu.

“Setakat ini kita tidak terima laporan apa-apa lagi.

“Kalau ada pihak buat laporan kepada polis terpulang keepada mereka. Fokus saya pada hari ini ialah dakwaan salah guna kuasa oleh lima pegawai kanan MARA iaitu menggunakan kedudukan untuk mendapatkan elaun yang tidak sepatutnya dapat,” katanya

Hari ini rakyat didedahkan sesuatu yang sangat mengejutkan apabila 5 Pegawai MARA yang dipinjamkan kepada MARA Corp menggunakan kedudukan mereka menerima elaun tidak masuk akal bagi pegawai Gred 44 hingga 52.

 Gila! Irwan dibayar RM 269K, hampir RM 1 Juta bayar elaun 5 Pegawai MARA Corp Gred 44-55

MARA Corp menanggung hampir RM1 juta setahun menggaji Pegawai MARA ini sejak Julai 2020 hingga Januari 2022. Noor Irwan Marmin (Gred E52) dibayar RM 269,723.80, Rizal Abd Gani (Gred 44) RM207,069.00, Iskandar Zainudin (Gred 44) RM 152,738.48, Mohd Faizal Mat Top (Gred 44) RM168,022.32 dan Mohd Firdaus Zubir (Gred 44) dibayar RM169,802.16

[ARTIKEL BERKAITAN- Gila! Irwan dibayar RM 269K, hampir RM 1 Juta bayar elaun 5 Pegawai MARA Corp Gred 44-55 ]

 

Gantung 5 Pegawai MARA

Pengerusi MARA Corporation Sdn Bhd  Datuk Othman Aziz dan Ketua Pengarah MARA Datuk Azhar Manaf sepatutnya fokus kepada menggantung 5 pegawai MARA bukan mempertahankan mereka kerana terbukti 5 pegawai ini dibayar elaun tidak masuk akal bagi seorang penjawat awam Gred 44 hingga 52.

RM 269 ribu untuk Noor Irwan Marmin pemangku CEO malah untuk seorang peguam MARA Gred 44 seperti Iskandar Zainudin kesayangan KP MARA dibayar lebih RM150 ribu sesuatu yang tidak boleh diterima rakyat.

Terang-terang dokumen bocor mengenai elaun 5 Pegawai ini sangat tinggi tapi KP MARA seolah-olah merestui 5 pegawai itu.Sepatutnya Pengerusi dan KP MARA menyerahkan kepada siasatan SPRM sehingga keterangan 5 pegawai dan saksi-saksi selesai dipanggil. 5 Pegawai adalah pengurusan tertinggi MARA Corp jika tidak digantung mereka akses kepada semua dokumen dan boleh memanipulasikan dokumen bagi tujuan kepentingan mereka.

Setakat ini 4 pegawai MARA hanya di gantung di MARA Corp tetapi tidak di MARA pusat, Pegawai undang-undang Iskandar Zulkarnain belum digantung. Turut digantung oleh BOD MARA Corp ialah Pengarah Eksekutif MARA Corp Datuk Suhaili Abdul Rahman

 

3 Comments