Peter jumpa Ketua Menteri bukan kerana projek tapi sokongan parti baru
17:02 Feb 09, 2022  |  By SabahKini2
Peter jumpa Ketua Menteri bukan kerana projek tapi sokongan parti baru

Sejak Peter keluar parti 28 Disember dan umum lancar parti baru tapi parti baru Peter nampaknya menghadapi masalah teknikal daripada ROS. Oleh itu Peter dan AJK penajanya meminta sokongan Ketua Menteri Sabah. Pastinya bukan projek atau kontrak!

Baru-baru ini tular gambar Datuk Peter Anthony bekas Naib Presiden Warisan bersama rombongan parti barunya  telah bertemu dengan Datuk Seri Panglima Hj Hajiji Mohd Noor Ketua Menteri Sabah di kediamannya.

Begitu banyak desas-desus dan sebaran palsu mengenai perjumpaan Peter dengan Ketua Menteri itu dikalangan netizen khusus kumpulan kontraktor yang tidak senang seolah-olah Ketua Menteri memberi layanan istimewa kepada Peter.

Bukan Projek

Kononnya Peter telah dianugerahkan projek oleh Kerajaan GRS wal hal pertemuan itu adalah untuk meminta sokongan kepada Ketua Menteri berkenaan penubuhan parti baru Peter untuk Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) seperti yang diumumkan selepas keluar parti pada 28 Disember lalu.

Hakikatnya Ketua Menteri sentiasa melayan baik semua pihak yang mahu menyokong atau menyertai GRS. Sejak beberapa pemimpin ADUN Warisan keluar parti Hajiji tidak pernah menolak mereka sebaliknya semua menjadi rakan demi memajukan negeri Sabah.

Peter yang sepatutnya mengumumkan parti barunya itu pada 28 Januari terpaksa menangguhkan pengumuman itu apabila parti sedia ada yang perlu dijenamakan semula berhadapan masalah teknikal daripada Jabatan Pendaftar Pertubuhan .

Pelancaran Parti baru Peter tidak dapat dilaksanakan di Tenom -  Kelihatan Datuk Loh Ee Eng dan Juil Nuatim
Namun perjumpaan ini membuktikan Peter mempunyai pengikutnya

Sehingga kini parti baru itu tidak  dapat diumumkan kerana hal teknikal yang menyukarkan pengambil alihan parti sedia ada itu seakan-akan disabotaj pihak tertentu.

Oleh itu kehadiran Datuk Peter, Datuk Datuk Juil Natim Adun Limbahau dan Datuk Loh Ee Eng memohon Ketua Menteri membantu menyelesaikan masalah mereka

Para penyokong Warisan yang benci dengan Peter Anthony tidak berhenti menyebarkan fitnah semata-mata memberi persepsi buruk dengan Ketua Menteri dan GRS.

 

 

 

3 Comments