5 Pegawai MARA rembat RM967,355.76 dipanggil SPRM hari ini bakal direman?
23:02 Feb 10, 2022  |  By SabahKini2
5 Pegawai MARA rembat RM967,355.76 dipanggil SPRM hari ini bakal direman?

Fokus SPRM hanya pada salah guna kuasa 5 Pegawai MARA . 20 saksi beri keterangan hari ini 5 mereka dipanggil ke pejabat SPRM. Apakah mereka akan direman?

Seperti dijangka Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil lima pegawai kanan MARA  untuk disoal siasat berhubung dakwaan salah laku dan isu integriti berkait tuntutan bayaran elaun melampau sehingga hampir RM1 juta

“Kelima-lima pegawai MARA akan dipanggil,” kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki

Seperti yang dijanjikan SPRM sebelum ini hanya fokus kepada isu salah guna kuasa pegawai bukan kebocoran surat atau apa-apa dokumen pegawai MARA kerana itu urusan polis.

SPRM menyiasat bagaimana 5 pegawai gred 44 hingga 52 secara pinjaman ke MARA Corp boleh dibayar sehingga RM268 ribu dan paling minima RM150 ribu untuk setahun.

Siasatan itu termasuk bayaran “backdated” dan terlebih bayar daripada apa yang diluluskan oleh Lembaga Pengarah MARA Corp.

Sebelum ini tular  surat permohonan siasatan Pengarah Eksekutif MARA Corp Datuk Suhaili Abdul Rahman mengenai 5 pegawai MARA kepada Pengerusi Majlis MARA Datuk Seri Panglima Azizah Mohd Dun.

Kemudian muncul pula dokumen Emolumen 5 Pegawai MARA sejak Julai 2020 hingga Januari 2022 yang membuka mata rakyat apabila Noor Irwan Marmin (Gred E52) dibayar RM 269,723.80, Rizal Abd Gani (Gred 44) RM207,069.00, Iskandar Zainudin (Gred 44) RM 152,738.48, Mohd Faizal Mat Top (Gred 44) RM168,022.32 dan Mohd Firdaus Zubir (Gred 44) dibayar RM169,802.16

Walaupun bagaimanapun Pengerusi MARA Corporation Sdn Bhd  Datuk Othman Aziz dan Ketua Pengarah MARA Datuk Azhar Manaf dilaporkan menyokong keras 5 pegawai MARA ini dan hanya digantung di MARA Corp tetapi bebas bermaharaja lela di MARA Pusat.

 

 

1 Comment