Azam KP SPRM tak perlu layan auta MP, NGO Pro PH
17:02 Feb 13, 2022  |  By SabahKini2
Azam KP SPRM tak perlu layan auta MP, NGO Pro PH

Isu saham Azam telah selesai selepas siasatan SC. Jadi Azam tidak perlu layan MP PH atau NGO pro PH. Azam perlu banyakkan siasatan, tangkapan dan buat pendakwaan kepada pemimpin PH yang berlagak suci. Begitu juga kepada penjawat awam. Persetan dengan PH!

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki tidak patut melayan lagi desakan MP PH atau pendokong PH selepas semua siasatan selesai dan disahkan oleh Suruhanjaya Sekuriti saham milik keluargannya. Persetankan semua pandangan pemimpim PH dan medianya yang segaja membangkitkan semula isu menjelang PRN Johor.

Desakan ke Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) ni hanya alat untuk menampilkan semula isu Azam Baki. Lantak PSClah mereka bukan mahkamah pun. KP SPRM bukan dilantik oleh syor parlimen pun.

 

Perkara sudah selesai memanggil PSC yang diketuai oleh MP PH sebagai Pengerusinya hanya satu kesempatan memburukkan imej penjawat awam saja. Jadi tidak perlu pun menjawab PSC atau desakan media.

Apa yang Azam perlu lakukan ialah fokus kepada menyiasat, menangkap dan mengheret pemimpin PH yang lantang berlagak suci daripada rasuah seperti yang Azam lakukan sekarang.

SPRM jangan berhenti setiap hari. Hari-hari laporkan siasatan, tangkapan dan pendakwaan SPRM. Jika Bahagian Komunikasi SPRM tak mampu untuk melaporkan Azam boleh merombak bahagian itu masukkan sesiapa yang boleh bekerja. Tunjuk SPRM buat kerja bukan menangkis hari-hari sebarang tuduhan.

Kerja SPRM ialah menyerang!, siasat, tangkap pesalah dan dakwa.

Oleh itu apa susah sangat,  terus heret Dr Maszlee Malik bekas Menteri Pendidikan menjelang pencalonan PRN kerana rasuah dan salah guna kuasa. Bukan membiarkan kes itu reda dan senyap. Biarkan netizen bercerita mengenai Dr Maszlee. Salah atau tidak kemudian cerita. Pemimpin BN berpuluh tuduhan boleh dibuat mengapa pula pemimpin PH tak boleh.

[ARTIKEL BERKAITAN - Dr Maszlee salah guna kuasa minta Vellfire, lantik pegawai khas Menteri tutup skandal rasuah EMGS]

[ARTIKEL BERKAITAN - Dr Maszlee mengaku terima Vellfire, terbukti salah guna kuasa bila SPRM nak dakwa?]

Dr Maszlee mengaku terima Vellfire, terbukti salah guna kuasa bila SPRM nak dakwa?

Begitu juga kes Pegawai MARA yang sedang hot. SPRM jangan anti klimak. Ini peluang SPRM untuk ‘divert’ isu yang sedang menyerang SPRM.

Maka terus saja menyiasat dan mendakwa segera kes salah guna kuasa 5 pegawai MARA yang  mencuri hampir RM1 juta membayar elaun melampau mereka untuk kerja 6 bulan tambah 6 bulan walaupun punya gaji di MARA dengan Gred 44 dan 52. Jika tidak didakwa kes pegawai MARA boleh jadi precedent case pegawai ada jawatan gred hakiki boleh lanyak elaun sehingga RM269k setahun!

[ARTIKEL BERKAITAN- Gila! Irwan dibayar RM 269K, hampir RM 1 Juta bayar elaun 5 Pegawai MARA Corp Gred 44-55 ]

Arahkan Pegawai SPRM Putrajaya ke Sabah untuk menyiasat semula kes-kes yang tertangguh seperti mencuri dana selenggaraan jalan oleh 4 konsesi Peter Anthony dan lain-lain lagi.

[ARTIKEL BERKAITAN- Skandal JKR: Kerajaan Sabah rugi RM145.1 juta bayar 1755 ‘Jalan Hantu’ kepada konsesi kroni ]

Mengapa perlu Azam melayan lagi!. Apa Azam perlu buat IALAH meneruskan TUGASNYA lebih padu, serang bertalu-talu sehingga dia pencen. Jika Azam takmbuat sekarang orang akan buat kepada dia selepas dia pencen nanti.

Divert isu jangan biarkan pihak menyerang sehingga tidak mampu bertindak balas.

Kalau SPRM perlu bantuan dengan mendedahkan segala kes rasuah, dokumen sulit dan lain-lain untuk makluman rakyat lebih awal,  silakan beri kepada kami Sabahkini2 kami bersedia membantu. Bila masa lagi. inilah masanya Ganyang PH!

3 Comments