Tim Leissner mengaku rasuah suami Zeti luluskan USD1 bilion dalam tempoh semalaman
06:02 Feb 24, 2022  |  By SabahKini2
Tim Leissner mengaku rasuah suami Zeti luluskan USD1 bilion dalam tempoh semalaman

Bank Negara di bawah Zeti ketika itu membenarkan pemindahan keluar negara wang sebanyak USD1 bilion daripada 1MDB kepada PetroSaudi International (PSI), selepas suami gabenor BNM ketika itu dirasuah agar ia terlaksana kata Tim Leissner

Satu persatu skandal rasuah melibatkan Zeti Akhtar Aziz dan suaminya terbongkar lagi.

Bank Negara di bawah Zeti ketika itu membenarkan pemindahan keluar negara wang sebanyak USD1 bilion daripada 1MDB kepada PetroSaudi International (PSI), selepas suami gabenor BNM ketika itu dirasuah agar ia terlaksana, bekas pengurus bank Goldman Sachs, Tim Leissner memberitahu mahkamah di Amerika Syarikat.

Pemindahan itu berjaya dilakukan dalam tempoh semalaman, katanya. Zeti Akhtar Aziz merupakan gabenor BNM ketika itu dan suaminya adalah Tawfiq Ayman.

Leissner, saksi penting dalam perbicaraan seorang bekas pengurus bank Goldman Sachs, Roger Ng, menyifatkan penghantaran USD1 bilion dalam tempoh semalaman itu sebagai “tidak pernah berlaku dahulu”.

Difahamkan USD1 bilion itu termasuk USD700 juta untuk anak syarikat PSI, Good Star Ltd yang didakwa dikawal oleh ahli perniagaan dikehendaki, Low Taek Jho.

Petikan transkrip mahkamah rasmi perbicaraan Goldman Sach (GS) yang berlangsung mendedahkan pengakuan Tim Leissner.

Leissner pada Selasa memberitahu juri mahkamah persekutuan bahawa Ng memberitahunya apa yang dia dengar tentang kelulusan segera daripada BNM itu sebaik sahaja mereka dapat tahu 1MDB membuat pemindahan itu.

“Malaysia pada 2009 masih mempunyai kawalan modal dan pelaburan sebesar itu harus mendapat kelulusan Bank Negara,” katanya tentang wang keluar itu.

“Satu bilion dolar dihantar dari Malaysia kepada usahasama itu dan pemindahan itu boleh berlaku kerana suami kepada gabenor BNM ketika itu disogok agar ia terlaksana.

“Jadi dalam tempoh semalaman wang itu dipindahkan, ia sesuatu yang pada ketika itu tidak pernah berlaku dahulu. BNM tak pernah memberikan kelulusan sebegitu cepat,” katanya.

Pada November, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan sekurang-kurangnya RM65 juta dana berkaitan 1MDB yang diambil balik dari Singapura membabitkan akaun syarikat milik suami Zeti dan individu bernama Samuel Goh.

[ARTIKEL BERKAITAN- SPRM Sahkan Singapura pulangkan RM65 Juta daripada akaun Cutting Edge Industries milik suami Zeti ]

SPRM Sahkan Singapura pulangkan RM65 Juta daripada akaun Cutting Edge Industries milik suami Zeti


Suami Zeti, dan dua anaknya, mengaku mengetahui tentang wang 1MDB itu, menurut akuan berkanun yang ditandatangani pada Mac 2019.

Wang itu berada dalam akaun syarikat Cutting Edge Industries di Singapura dan mereka bertiga mengakui merupakan pemilik akaun itu.

Pendedahan pengakuan ini memberi persoalan besar mengapa Tun Dr Mahathir dan Ketua Pesuruhjaya SPRM ketika itu Shukri Abdull menyembunyikan fakta kes Zeti Majlis Penasihat Kerajaan PH ketika itu.

Paling musykil bagaimana mungkin Tommy Thomas Peguam Negara dan pasukan pendakwaraya dalam kes perbicaraan Datuk Seri Najib tidak mengetahui perkara ini dan tidak mendedahkan perkara ini kepada peguam Najib yang mana maklumat ini boleh digunakan untuk membela Najib dalam kedua-dua perbicaraan SRC dan 1MDB?

Apa pula tindakan SPRM sekarang? Bila pendakwaan boleh dibuat kepada Zeti? Dan apa Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun tunggu lagi.

 

3 Comments