Tim Leissner mengaku beli rumah USD 10 juta di London buat skandalnya Rohana bekas CEO Astro
07:02 Feb 24, 2022  |  By SabahKini2
Tim Leissner mengaku beli rumah USD 10 juta di London buat skandalnya Rohana bekas CEO Astro

Leissner mengaku membelikan sebuah rumah kepada skandalnya Rohana di London pada 2013 kerana wanita itu “sangat kecewa” selepas hubungan 10 tahun mereka diputuskan untuk dia mengahwini Kimora Lee Simmons.

Bekas Ketua Operasi Goldman Sachs Tim Leissner memberitahu mahkamah Amerika Syarikat (AS) bahawa dia membeli rumah berharga AS$10 juta di London untuk bekas CEO Astro Rohana Rozhan yang mempunyai hubungan sulit dengannya selepas diugut akan didedahkan penglibatannya dalam skandal 1MDB.

Leissner mengaku membelikan sebuah rumah kepada skandalnya Rohana di London pada 2013 kerana wanita itu “sangat kecewa” selepas hubungan 10 tahun mereka diputuskan untuk dia mengahwini Kimora Lee Simmons.

“Jika saya tidak membelikannya rumah itu, dia akan memberitahu pihak berkuasa tentang penglibatan saya dalam skandal 1MDB.

“Dia mengugut untuk dedahkan penglibatan saya. Pada masa itu, pada 2013, saya sangat takut ia berlaku,” katanya

Leissner bekas ketua operasi Goldman di Asia Tenggara dan kini merupakan salah seorang saksi bagi perbicaraan Roger Ng, bekas ketua bank pelaburan itu di Malaysia.

Paling mengejutkan pengakuan Leissner Bank Negara di bawah Zeti membenarkan pemindahan keluar negara wang sebanyak USD1 bilion dalam tempoh semalaman daripada 1MDB kepada PetroSaudi International (PSI), selepas suami gabenor BNM ketika itu dibayar rasuah

BACA - Tim Leissner mengaku rasuah suami Zeti luluskan USD1 bilion dalam tempoh semalaman ]

Tim Leissner mengaku rasuah suami Zeti luluskan USD1 bilion dalam tempoh semalaman

Rohana Rozhan bekas CEO Astro merupakan anak kepada Tan Sri Rozhan Kuntom bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dari 1 Ogos 1985 sehingga 26 Januari 1987. 

Dilaporkam gaji Rohana di Astro setahun ialah RM13 juta setahun.

Sejak semalam terdapat suara-suara pemimpin PH mengggesa kerajaan menyita rumah bekas Ketua Pegawai Eksekutif Astro Malaysia Holdings Bhd, Rohana Rozhan di London yang dibeli menggunakan wang diperoleh dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Namun tiada pula suara dan tekanan mereka agar Zeti dan suaminya diheret ke mahkamah. 

9 Comments