[VIDEO] Calon DAP kecam Parti Warisan sebagai pengacau di Semenanjung
18:02 Feb 28, 2022  |  By SabahKini2
[VIDEO] Calon DAP kecam Parti Warisan sebagai pengacau di Semenanjung

Liow Cai Tung penyandang DUN Johor Jaya selama dua penggal mengecam Warisan bertanding di Kerusi Johor Jaya sebagai pengacau DAP dan tidak ikhlas untuk rakyat

Liow Cai Tung yang juga penyandang DUN Johor Jaya selama dua penggal mengecam Warisan bahawa keputusan mereka bertanding di kerusi terbabit bukan ikhlas untuk berkhidmat demi rakyat tetapi hanya menjadi pengacau undi DAP.

Jelasnya, selama ini, beliau sentiasa menyantuni kira-kira 3,000 pengundi Sabah di kawasan DUN itu dan tidak pernah membezakan kaum, bangsa dan agama dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada penduduk.

“Kali ini WARISAN datang ke Semenanjung, saya anggap mereka cuma datang nak ganggu undi DAP di sini dan mereka tidak membawa satu hati yang ikhlas untuk berkhidmat buat rakyat atau penduduk setempat.

“Saya harap pengundi boleh nampak perkara ini dan jangan bagi WARISAN Sabah kacau undi kita di sini,” katanya.

Cai Tung bakal berdepan tiga pencabar, iaitu Chan San San dari BN, Chen Hain Kai (WARISAN) dan Datuk Dr Ker Ching Sheng (Gerakan- PN).

Selepas dua penggal bertanding di kawasan itu, ini adalah kali pertama Cai Tung berdepan calon dari parti WARISAN.

Sementara itu tular di laman sosial pada kempen Cai Tung dan Lim Guan Eng dileter oleh seorang penjaja tular dalam sebuah klip video ketika dia mengadakan program ‘walkabout’.

Dalam klip video itu, penjaja yang menjual buah-buahan itu berdepan dengan Liow dan memberitahu bahawa tidak akan menyokong Liow selepas mengadu bahawa wakil DAP itu tidak menyelesaikan masalah jalan raya.

 [ARTIKEL BERKAITAN-(VIDEO) WARISAN Sabah pengacau undi pembangkang di Johor kata Guan Eng ]

 

 

2 Comments